Talha Harith

Pelakon lelaki Malaysia

Talha Amir Harith (Jawi: طلحة حارث; lahir 11 Februari 1989) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Drama lakonan Talha yang mendapat reaksi positif dan mencapai populariti adalah seperti Juvana , Setia Hujung Nyawa , Menjinak Ombak dan banyak lagi. Pada tahun 2017, beliau telah muncul dalam dua buah drama di TV3 iaitu Andainya Takdir dan Menantu Bilal manakala telemovie ialah Alim - Alim Kucing di TV1 , Menantu Second Class di TV9 dan Roda Ceketeng di TV2.

Talha Harith
Kelahiran
Talha Amir bin Harith[1]

(1989-02-11) 11 Februari 1989 (umur 35)
PendidikanDiploma Teater
Pusat pendidikanAswara (Akademi Seni Warisan dan Budaya Kebangsaan)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010–kini
Ketinggian5 ft 8.5 in (1.74 m)

Kehidupan awal sunting

Talha dilahirkan pada Hari Sabtu 11 Februari 1989 bersamaan 5 Rejab 1409 dan berasal dari Johor Bahru, Johor. Beliau mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Bahru. Beliau mempunyai pendidikan dalam jurusan Diploma Teater di Akademi Seni Warisan dan Budaya Kebangsaan (Aswara).

Kerjaya sunting

Selain melibatkan diri dalam bidang lakonan, Talha juga bekerjaya sebagai seorang pensyarah yang mengajar asas lakonan. Namun, disebabkan minat mendalam dalam bidang lakonan, jadi beliau lebih ke arah berlakon. [2]

Talha memulakan karier beliau pada tahun 2010 dengan membintangi drama Habil dan Qabil di TV3 dan telemovie Tetangga di TV1. Nama Talha, mula dikenali selepas membintangi drama Tudung Ekspres dan drama Juvana [3] serta drama bersiri keagamaan iaitu Tanah Kubur dari musim 2 hingga musim 14. Selain itu, drama Menjinak Ombak juga menaikkan nama beliau kerana impak populariti drama tersebut.

Pada tahun 2012, Talha pernah menjadi tunggak utama dalam sebuah drama di Slot Azalea di TV3 bertajuk Darjat bersama pelakon lain seperti Syazwan Zuklifly dan Ika Nabila. Drama ini mengisahkan percintaan antara dua darjat. [4] Di samping itu, beliau juga turut berlakon dalam drama Setia Hujung Nyawa memegang watak sebagai Hadi seorang antagonis. [5]

Pada Jun 2017, Talha akan membintangi sebuah drama terbitan Enuja Production Sdn Bhd yang akan mula bersiaran di TV3 pada 2 Jun 2017. Beliau yang memegang watak sebagai Rashdan, anak kepada Bilal Brahim dan Mak Esah yang disegani oleh orang. Drama ini memaparkan kerenah tiga menantu iaitu Marlisa dari Negeri Sembilan, Normala (Kedah) dan Norain (Terengganu) yang masing-masing cuba memenangi hati mentua dengan pendekatan tersendiri. Selain itu, drama ini juga dibintangi oleh Amar Asyraf, Syazwan Zuklifi, Nazeera Sardi , Ruhainies Farehah dan banyak lagi. [6] Seterusnya , beliau juga membintangi drama Andainya Takdir yang juga bersiaran di TV3 dan beliau memegang watak sebagai Zaki pada tahun 2017.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Seratus Filem pertama dan penampilan khas

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Tudung Ekspres Qayyum Astro Prima Drama pertama
2011 Gemilang Azlan TV3
Keranamu Laila Fendi (20 tahun)
Juvana Black
Cinta Elysa Joey
Terowong Aril Episod: "Ayu"
2011–2012, 2015 Tanah Kubur Ezal Astro Oasis
2012 Masyitah Ustaz Amin TV2
Miss Octopus Senin TV3
Darjat Ghaz
Setia Hujung Nyawa Hadi
2013 Menjinak Ombak[7] Asyraf
Teduhan Kasih Izzad
Rumah Kedai Amran
Terukir Di Bintang Chef Zoey
Rindu Ini Milik Dia Ezham TVi
Bila Hati Perempuan Menjerit Reza Astro Prima
2014 PLAN B[8] Mika TV3
Kusinero Cinta Isa Samad Astro Bella
2015 Chef Ramadan Chef Azrin TV3
2016 Pujaan Hati Umi Reza
2017 Andainya Takdir Zaki
Menantu Bilal Rashdan
2018 Halalkan Hati Yang Ku Curi ASP Aminah
Sedingin Cinta Antasya Jeffri HyppTV
Dia Segala-Segalanya Faizul TV1
Bila Aidil Ada Fitri Qhariz Astro Oasis
Lelaki Kiriman Tuhan Mirza Astro Oasis
2019 Curi-Curi Cinta Iskandar Astro Ria
Puteri Yang Ditukar Karim ( Muda ) Astro Prima
2021 I Promise Janji Anaqi Zafran Astro Ria
2022 Setelah Terlafaznya Akad 2 Zaki
Cinta Hilang Kata Taib Astro Prima
2023 Kau? C.E.O Aku? Syafiq TV1
Rajuk Karina Lelaki Misteri TV3 Pelakon jemputan
2024 Hawt Fellas Pakcik Mat Don Pelakon jemputan

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Tetangga Fariz TV1 Telefilem pertama
2012 Mencari Lailatul Qadar
Nur Fitri TV9
Pelarian TV3
Fiksi Fixie Astro Prima
2013 Arjunaku Keju Farid TVi
2014 Dia Al-Amin Rizal TV9
Kisah Hidup Jai Chai TV3
2015 Sesumpah Ramadan
Abangku Patriot[9] Zaharin TVi
2016 PA Encik Monster Andhika HyppTV
Sirat Al-Mustaqeem Megat Astro Oasis
Stailista Cinta Akmal TV2
2017 Alim - Alim Kucing[10] Harris TV1
Menantu Second Class Arman TV9
Roda Ceketeng Norman TV2
2018 Cikgu Dol Masuk Kampung Cikgu Dol HyppTV
2022 Tunggu Aku Balik Astro Citra
Syukur Itu Aku TV3
Afundi Piring Bulat Astro Ria
2024 Isteri Seorang Lelaki TV1
Restu Untuk Mila

Iklan sunting

Tahun Tajuk
2017 Dadah

Rujukan sunting

  1. ^ Dicapai 2 Februari 2017. Sukar terima kenyataan Utusan Online
  2. ^ Dicapai 3 Jun 2017. Pegang nasihat pelakon senior - Hiburan. Kosmo Online
  3. ^ 5 September 2012. Karier lakonan terus bersinar - Hiburan. Kosmo Online
  4. ^ 12 Februari 2012. Sinopsis Drama Darjat TV3. Budiey
  5. ^ 14 Februari 2013. Empat jiwa berkongsi rasa - Hiburan. Kosmo Online
  6. ^ 31 Mei 2017. Menantu Bilal (TV3) My Info Taip
  7. ^ 11 Disember 2013. Cinta penuh tragis, Menjinak Ombak penuh kejutan. Diarkibkan 2018-08-14 di Wayback Machine Sinar Harian
  8. ^ 25 Ogos 2014. Aksi mendebarkan - Hiburan. Diarkibkan 2018-08-14 di Wayback Machine Utusan Online
  9. ^ 24 Ogos 2015 - ditulis oleh GARRET DAWUM. Pengisian kemerdekaan - Hiburan. Utusan
  10. ^ (22 Januari 2017). Alim-Alim Kucing beri keinsafan. Dicapai 7 April 2017.

Pautan luar sunting