Taman Burung Jurong

Taman Burung Jurong (Bahasa Cina: 裕廊飞禽公园; Tamil: ஜுரோங் பறவை பூங்கா), merupakan tempat tarikan pelancong di Singapura dan diuruskan oleh Wildlife Reserves Singapore. Tempat ini merupakan taman berlandskap yang dibina di cerun barat Bukit Jurong. Selain itu, ia juga terletak di antara Kawasan Perancangan Boon Lay dari daerah Jurong dan mempunyai keluasan sebanyak 202,000 meter persegi (50 ekar).

Taman Burung Jurong
Taman Burung Jurong
Tarikh dibuka3 Januari 1971 (1971-01-03)
LokasiJurong, Singapura
Koordinat1°19′05″N 103°42′26″E / 1.31806°N 103.70722°E / 1.31806; 103.70722Koordinat: 1°19′05″N 103°42′26″E / 1.31806°N 103.70722°E / 1.31806; 103.70722
Kawasan tanah20.2 he (50 ekar)
No. haiwan5,000[1]
No. spesies380[1]
Pelawat tahunan900,000 (2010)[1]
Laman sesawangwww.birdpark.com.sg

Pada 2016, syarikat Mandai Wildlife Group mengumumkan pemindahan taman burung ini ke suatu lokasi lebih besar di Mandai Lake Road pada 2020 menggabungkan tiga taman alam liar sedia ada membentuk suatu taman alam sekitaran raya dikenali sebagai Mandai Wildlife Reserve.[2][3] Syarikat ini mengumumkan taman baharu ini dinamakan Bird Paradise pada 2021.[4] Pada 2022, taman burung ini diumumkan bakal ditutup pada 3 Januari 2023 menamatkan pemindahan semua burungnya ke Bird Paradise Mandai.[5][6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Park Experience". Jurong Bird Park.
  2. ^ "Mandai Area Set for Major Redevelopment". Today. 5 September 2014. Dicapai pada 7 June 2016.
  3. ^ "Mandai nature precinct will house two new wildlife parks". Channel NewsAsia. 1 Jun 2016. Dicapai pada 7 Jun 2016.
  4. ^ "River Safari, Jurong Bird Park renamed in Mandai Wildlife Group rebranding". TODAYonline. Dicapai pada 2021-10-13.
  5. ^ "Taman Burung Jurong ditutup rasmi 3 Jan 2023". Berita Mediacorp. 30 Ogos 2022. Dicapai pada 8 September 2022.
  6. ^ Auto, Hermes (2022-08-30). "1971-2023: Jurong Bird Park's last day of operations is on Jan 3 as it prepares to move to Mandai". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Ogos 2022.