Taman Melawati merupakan sebuah bandar yang terletak di pinggir ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur. Meskipun menggunakan poskod Kuala Lumpur, namun jika dirujuk dalam peta, Taman Melawati terletak di dalam daerah Gombak, Selangor dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya.Taman Melawati mempunyai banyak klinik, sebuah hospital, Balai Polis Taman Melawati, Pejabat Pos Taman Melawati dan terdapat melebihi 50 buah syarikat yang berniaga di Taman Melawati daripada sekecil Pasar Malam ataupun kedai-kedai jaja di sekitar jalan-jalan kecil hingga ke kedai runcit sehingga syarikat besar. Di Taman Melawati juga terdapat Pusat khidmat Rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan dan pejabat Parti Amanah Negara daerah Gombak.

Pada ketika ini, YB Dato’ Seri Azmin Ali merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang manakala Ahli Parlimen Gombak ialah Dato' Seri Amirudin Bin Shari merupakan wakil rakyat Taman Melawati.

Institut Seni Malaysia (Malaysian Institute of Art) dan juga Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (Brainy Bunch International School) bertempat di sini.

Selain itu, terdapat juga sebuah hospital swasta, iaitu Hospital Servis Damai; sebuah kelab, iaitu KKlub (dahulunya dikenali sebagai Melawati Country Club, Club Century Park, dan Club Century Paradise); dan sebuah hotel yang bernama Melawati Times Inn di bandar ini. Hospital Servis Damai dan KKlub telah pun ditutup. Zoo Negara juga terletak berdekatan. Salah satu bukit di sini, iaitu Bukit Tabur, merupakan sebuah kawasan pendakian yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan kawasan masuk ke Pintu Empangan Klang Gates yang juga terletak di bandar ini.

Taman Melawati bersempadan dengan Taman Desa Melawati, Taman Melati Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Taman melawati juga bersempadan dengan Taman Permata, Kampung Klang Gates Baharu, Taman Kemensah, Bukit Mas, dan Taman Warisan Selangor.

Rumah pengarah Datuk Yusof Haslam, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato' Jailani Johari, Allahyarham Jins Shamsuddin (pelakon terkenal) dan bekas presiden MIC Dato G.Palanivel juga berada di sini.

Sebelum dibangunkan, Taman Melawati merupakan kawasan ladang getah serta kelapa sawit.[perlu rujukan]

Penduduk Terkenal sunting

*Daim Zainuddin[Bekas Menteri Kewangan]

*Jailani Johari[Timbalan Menteri Telekomunikasi dan Multimedia]

*Yusof Haslam[Pengarah Filem]

*Ibrahim Ali [Ahli Politik]

Kebolehcapaian sunting

Taman Melawati mempunyai kedudukan yang strategik, iaitu di sepanjang Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2). Ia juga mempunyai pautan ke Kuala Lumpur melalui Jalan Ampang, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur dan Lebuhraya Genting Klang-Pahang. Bandar ini juga boleh dicapai melalui pengangkutan awam dengan menggunakan bas 303 RapidKL dari Lembah Keramat, bas 304 Rapid KL dari stesen LRT Wangsa Maju juga dengan menggunakan khidmat Metro bas 191 dari Masjid Jamek dan bas Rapid KL U23 dari Chow Kit.

Sekolah awam sunting

Sekolah swasta sunting

Pautan luar sunting