Taman Negara Ngarai Bryce

Taman Negara Ngarai Bryce adalah sebuah taman negara yang terletak di barat daya Utah, Amerika Syarikat. Ciri utama taman ini ialah Ngarai Bryce, walaupun bukanlah ngarai, tetapi koleksi perani semula jadi gergasi di sepanjang sisi timur Penara Paunsaugunt. Bryce berbeza kerana struktur geologinya yang dikenali sebagai hoodoo, terbentuk oleh luluhawa ibun dan hakisan aliran batu-batuan enapan dasar sungai dan tasik. Warna-warna merah, jingga dan putih pada batu-batuan memberikan pemandangan menakjubkan untuk para pelawat taman. Taman Negara Ngarai Bryce adalah lebih kecil dan mempunyai ketinggian yang lebih tinggi berbanding Taman Negara Zion yang berhampiran. Sembir di Bryce bervariasi dari 8,000 hingga 9,000 kaki (2,400 hingga 2,700 m).

Taman Negara Ngarai Bryce
Bryce Canyon National Park
IUCN Kategori II (Taman negara)
Taman Negara Ngarai Bryce is located in Bumi
Taman Negara Ngarai Bryce
Taman Negara Ngarai Bryce (Bumi)
LokasiKaunti Garfield dan Kane, Utah, Amerika Syarikat
Koordinat37°35′N 112°11′W / 37.583°N 112.183°W / 37.583; -112.183Koordinat: 37°35′N 112°11′W / 37.583°N 112.183°W / 37.583; -112.183
Ditubuhkan25 Februari 1928; 96 tahun yang lalu (1928-02-25)
Pelawat2,679,478[1]    (pada 2018)
Badan pentadbirPerkhidmatan Taman Negara
Laman sesawang rasmi
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kawasan Ngarai Bryce diterokai oleh perintis Mormon pada 1850-an dan dinamakan sempena Ebenezer Bryce, yang merupakan tuan tanah di kawasan itu pada 1874. Kawasan disekeliling Ngarai Bryce pada asalnya ditetapkan sebagai monumen nasional oleh Presiden Warren G. Harding pada 1923 dan ditetapkan semula sebagai taman negara oleh Kongres pada 1928. Taman Negara Ngarai Bryce meliputi kawasan seluas 35,835 ekar (55.992 bt2; 14,502 he; 145.02 km2)[2] dan menerima pengunjung yang jauh lebih sedikit daripada Taman Negara Zion (hampir 4.3 juta pada 2016) atau Taman Negara Grand Canyon (hampir 6 juta pada 2016), sebahagian besarnya disebabkan oleh lokasi Bryce yang lebih terpencil. Pada 2018, Ngarai Bryce menerima kunjungan seramai 2,679,478 orang, peningkatan 107,794 pelawat darip tahun sebelumnya.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "NPS Annual Recreation Visits Report" (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Taman Negara. Dicapai pada 6 Mac 2019.
  2. ^ "Listing of acreage as of December 31, 2011" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Bahagian Sumber Tanah, Perkhidmatan Taman Negara. 2011. Dicapai pada 6 Mac 2012.

Bacaan lanjut sunting

  • DeCourten, Frank (1994). Shadows of time : the geology of Bryce Canyon National Park. Photographs by John Telford, illustrations by Hannah Hinchman. Bryce Canyon, Utah: Bryce Canyon Natural History Association. ISBN 9781882054060.
  • Kiver, Eugene P.; Harris, David V. (1999). Geology of U.S. parklands (ed. ke-5). New York: J. Wiley. ISBN 9780471332183.
  • Sprinkel, Douglas A.; Chidsey, Thomas C., Jr.; Anderson, Paul B., penyunting (2010). Geology of Utah's parks and monuments (ed. ke-3). Salt Lake City, Utah: Utah Geological Association. ISBN 9780980048919.

Pautan luar sunting