Taman Perling
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Taman Perling merupakan kawasan perumahan dan perbandaran yang terletak di Iskandar Puteri, Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Projek pembangunan tersebut dibangunkan oleh syarikat Pelangi Berhad, yang merangkumi keluasan 922 ekar (3.73 km2) dan mempunyai lebih 10,000 unit perumahan. Mercu tanda utama bagi kawasan pembangunan Taman Perling adalah Perling Mall, yang mempunyai keluasan 2 tingkat dan lebih kurang 100 unit kedai.
Pentadbiran sunting
Taman Perling ditadbir oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Dalam kawasan pilihanraya, Taman Perling terletak di bawah kawasan DUN Pengkalan Rinting (N46) di dalam kawasan Parlimen Pulai (P161).