Taman Warisan Melayu

Taman Warisan Melayu terletak di Kampong Gelam, Singapura.

Taman Warisan Melayu
Istana Kampung Glam
تامن واريسن ملايو
Map
Maklumat am
Ditubuhkan27 November 2004 (Penamaan semula)
JenisWarisan Orang Melayu
Maklumat geografi
Lokasi
Maklumat pelawat
Kemudahan pengangkutan awam
Laman sesawang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Taman Warisan ini wujud sejak zaman pemerintahan British bukan saja menjadi destinasi pelancongan semata-mata, malah ia juga muzium dan pusat menjalankan pelbagai aktiviti kebudayaan kaum Melayu.

Yayasan Warisan Melayu bekerjasama dengan STB , sentiasa mengadakan pelbagai program seperti teater, tarian dan nyanyian tradisional Melayu, pertandingan membuat tembikar dan kain batik.

Taman Warisan Melayu telah dibaik pulih sepenuhnya dan dibuka kepada orang ramai. Seluruh kampung itu yang dihiasi lampu berwarna-warni dibanjiri umat Islam yang berbuka puasa.

Taman Warisan Melayu dinaik taraf bukan saja untuk menarik minat penduduk Islam negara ini dan pelancong, tetapi juga mempromosikannya sebagai destinasi kedua terpenting ketika Ramadan dan Aidilfitri selepas Geylang Serai.

Kampung Glam yang bermandikan cahaya lampu hiasan menjadi tumpuan pelancong membeli-belah dan umat Islam sibuk membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan, selain membuat persiapan menyambut lebaran.