Tampin

pekan di negeri Sembilan, Malaysia

Tampin merupakan sebuah bandar yang terletak di antara sempadan Negeri Sembilan dan Melaka.

Tampin
تمڤين
Bandar dan ibu daerah
Papan tanda sempadan negeri di bandar Tampin, dilihat dari sebelah Melaka (2008)
Papan tanda sempadan negeri di bandar Tampin, dilihat dari sebelah Melaka (2008)
Mohor rasmi Tampin
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
DaerahTampin
LuakWilayah Adat Tampin
Ditubuhkan1840
Daerah1 Julai 1980
Kerajaan
 • JenisMajlis Daerah
 • Tunku Besar TampinTunku Syed Razman al-Qadri
 • Yang DiPertuaTuan Haji Roduan Bin Ujang
 • Ahli ParlimenIsam bin Mohd Isa
Keluasan
 • Jumlah329.49 km2 (170 batu persegi)
Aras
79 m (259 ft)
Penduduk
 (2020)[4]
 • Jumlah96,440
 • Kepadatan290/km2 (570/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Laman sesawangMajlis Daerah Tampin

Tampin merupakan salah satu bandar yang unik di Malaysia dari segi lokasinya, di mana bandar ini terbahagi kepada Tampin, Negeri Sembilan dan Tampin, Melaka. Tampin di sebelah Negeri Sembilan merupakan pusat pentadbiran bagi daerah dengan nama yang sama. Sungguhpun begitu, Tampin, Melaka tidak wujud. Kawasan Tampin yang dikatakan dalam kawasan negeri Melaka sebenarnya Pulau Sebang di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah. Sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka melalui tengah-tengah bandar ini, ditandai oleh empat lampu isyarat. Tambahan lagi, bandar ini juga terletak di titik penghujung Banjaran Titiwangsa, iaitu banjaran gunung yang menjadi 'tulang belakang' Semenanjung Malaysia.

Pengangkutan sunting

Jalan raya sunting

Tampin boleh dihubungkan dengan Melaka, Seremban dan Johor Bahru melalui Laluan Persekutuan Malaysia 1. Lebuh raya utama tidak melalui daerah Tampin. Akan tetapi, tol yang terhampir dengan bandar ini adalah Tol Simpang Ampat yang menghubungkannya dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Terminal bas dan teksi yang terhampir terletak berhampiran dengan Stesen Keretapi Pulau Sebang/Tampin.

Kereta api sunting

Stesen kereta api terdekat bagi bandar Tampin ialah Stesen Keretapi Pulau Sebang/Tampin di sebelah Melaka, terletak hanya 1 kilometer sahaja dari pusat bandar Tampin.

Daerah Tampin secara am mempunyai dua stesen kereta api iaitu di Gemas dan Air Kuning Selatan. Namun stesen Air Kuning Selatan telah ditutup. Projek landasan kereta api berkembar antara Seremban ke Gemas turut menggantikan Stesen Keretapi Batang Melaka yang sedia ada di lokasi yang baru. Stesen keretapi lama Batang Melaka yang pada asalnya terletak di bahagian kawasan Negeri Sembilan telah ditutup dengan rasminya, dan mulai bulan Februari 2015, Stesen Keretapi Batang Melaka yang baru telah mula beroperasi. Stesen Batang Melaka yang baru ini terletak di kawasan negeri Melaka.

Sejarah sunting

Tampin merupakan nama tempat dan juga daerah di Negeri Sembilan. Tampin diperintah oleh Tengku Besar Tampin bermula dengan Syed Shaaban bin Syed Ibrahim Al-Qadri pada tahun 1832. Pemerintah yang terakhir adalah Syed Idrus bin Syed Muhammad sejak tahun 1944.

Asal-usul nama Tampin adalah daripada bekas makanan yang dikenali sebagai tampin yang diperbuat daripada daun mengkuang. Makanan yang biasanya diisi di dalam bekas tersebut adalah dodol. Pada zaman dahulu, Tampin adalah pusat perdagangan dan perniagaan antara penduduk dari kawasan Rembau dan Gemencheh dengan penduduk dari Alor Gajah. Daerah Tampin terbahagi kepada 7 mukim dengan keluasan keseluruhan adalah 87,868.82 hektar.

Orang tua-tua menyebut orang yang mula-mula meneroka Tampin ialah sepasukan perompak laut seramai 70 orang yang diketuai oleh Panglima Hitam, suku Batu Hampar. Tempat yang bernama Keru dan Tebong di Tampin sekarang mula dibuka oleh seorang suku Mungkal yang datang dari Machap di Melaka. Tempat yang bernama Repah pula mula dibuka oleh orang suku Tiga Batu, tetapi cerita ini tidak mempunyai tarikh dan bukti yang nyata.

Pada 28 Januari 1832, Datuk Undang Rembau bernama Datuk Nganit telah membuat surat perjanjian dengan orang Inggeris di Melaka. Beliau telah menyerahkan Tampin kepada Syed Shaaban, menantu Raja Ali. Syed Shaaban telah mangkat di Keru Tampin pada tahun 1850.

Pada tahun 1878, Datuk Haji Sahil iaitu Undang Rembau yang ke-15 telah menghantar angkatan perangnya untuk menyerang Tampin yang diperintah oleh Tengku Besar Tampin yang kedua, Syed Abdul Hamid bin Syed Shaaban. Angkatan perang Tengku Besar Tampin yang dipimpin oleh panglimanya yang bernama Memperang Khalifah telah melawan serangan dari Rembau dan berlakulah pertempuran di antara pihak Rembau dan pihak Tampin di tempat yang bernama Legong, menyebabkan banyak nyawa terkorban dan harta benda antara kedua-dua belah pihak. Akhirnya Rembau tidak dapat mengalahkan Tampin dan terpaksa berundur.[5]

Majlis Daerah Tampin telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980, hasil daripada penyusunan semula pentadbiran melalui peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sebelum itu, ia dikenali sebagai Lembaga Bandaran Tampin. Luas kawasan ialah 50 batu persegi atau 12,949 hektar.[6]

Demografi sunting

Demografi bagi Tampin[7]
Kumpulan etnik Peratus
Melayu & Bumiputera
  
60.1%
Cina
  
22.8%
India
  
14.1%
Lain-lain
  
0.2%
Bukan warganegara
  
2.8%

Penduduk Melayu sebanyak 60.1 peratus, Cina 22.8 peratus, 14.1 peratus India, 0.2 peratus dan minoriti lain 2.8 peatus bukan warganegara.[8]

Seluruh daerah Tampin mempunyai penduduk seramai 84,889 penduduk tempatan (2010) dan bancian tersebut tidak termasuk kawasan Pulau Sebang/Tampin di bahagian negeri Melaka.

Pentadbiran sunting

Wilayah Adat Tampin
  Luak separa berautonomi di Negeri Sembilan
Negara  Malaysia
Negeri  Negeri Sembilan
Institusi adatTunku Besar Tampin
Kerajaan
 • Tunku Besar TampinTunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri
 • Penghulu Pesaka RepahHashim Sentol
 • Penghulu Pesaka Tampin TengahAbdul Razak Tambi
 • Penghulu Pesaka Keruakan dikemas kini
 • Penghulu Pesaka Pondoi/Tebongakan dikemas kini

Daerah Tampin merangkumi 7 mukim . 5 mukim diselia oleh Pejabat Daerah Tampin dan 2 mukim lagi dibawah pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Gemas. Kewujudan daerah kecil ini adalah untuk memudahkan orang awam yang berada di Mukim Gemas dan Ayer Kuning untuk berurusan

Pejabat Daerah Tampin & Tanah Tampin : sunting

  1. Mukim Tampin Tengah ( Bandar Tampin, Pekan Tampin Tengah, Mukim Tampin Tengah
  2. Mukim Repah ( Mukim Repah, Pekan Repah Jaya, Pekan Repah Permai
  3. Mukim Keru
  4. Mukim Tebong
  5. Mukim Gemencheh ( Mukim Gemencheh, Pekan Gememcheh Baru, Pekan Ayer Kuning Selatan )

Pejabat Daerah Kecil & Tanah Gemas sunting

  1. Mukim Gemas ( Bandar Gemas , Pekan Pasir Besar )
  2. Mukim Ayer Kuning ( Mukim Ayer Kuning , Pekan Batang Melaka)

Pihak Berkuasa Tempatan sunting

Majlis Daerah Tampin merupakan PBT yang bertanggungjawab. Kawasan yang dirangkumi ialah

  1. Pekan Tampin Tengah
  2. Bandar Tampin
  3. Pekan Repah Jaya
  4. Pekan Repah Permai
  5. Pekan Gemencheh Baru
  6. Pekan Ayer Kuning Selatan
  7. Bandar Gemas
  8. Pekan Pasir Besar
  9. Pekan Batang Melaka
  10. Dan sepanjang jalan dari Pekan Tampin ke Gemas, Tampin ke Kuala Pilah

Struktur Pentadbiran Majlis Daerah Tampin terdiri daripada:

  1. Majlis (Penggubal Dasar)
  2. Jawatankuasa Kecil (Penasihat Kepada Majlis)
  3. Pengurusan (Pelaksana).

Politik dan pilihan raya sunting

Parlimen sunting

Daerah Tampin meliputi sebuah bahagian pilihan raya persekutuan atau Parlimen yang dinamakan Parlimen Tampin. Ahli Parlimen Tampin terkini ialah Datuk Dr Hasan Bahrom dari Parti Amanah Negara mewakili Pakatan Harapan.

Dewan Undangan Negeri sunting

Daerah Tampin juga meliputi 3 buah bahagian pilihan raya negeri yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Gemas, DUN Gemencheh dan DUN Repah. DUN Gemas diwakili oleh Dato' Abdul Razak Ab Said dan DUN Gemencheh diwakili oleh Dato' Mohd Isam Mohd Isa. Kedua-duanya dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mewakili Barisan Nasional. DUN Repah pula diwakili oleh Veerapan Superamaniam dari Parti Tindakan Demokratik mewakili Pakatan Harapan.

Perhubungan sunting

Anggaran jarak ke Tampin
Bandar/Pekan Jarak (km)
Kuala Lumpur 124
Seremban 61
Port Dickson 81
Rembau 23
Kuala Klawang 95
Kuala Pilah 36
Karak 139
Bahau 51
Alor Gajah 17
Masjid Tanah 28
Bandar Melaka 40
Jasin 47

Daerah Tampin juga merupakan sempadan antara kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Jika ke Tampin, mempunyai empat laluan seperti:

Kemudahan di Bandar Tampin[9] sunting

Perbankan sunting

Pusat membeli-belah dan Pasaraya sunting

  • Econsave
  • Tampin Shopping Centre
  • Kompleks Tampin Square
  • Pasaraya Sakan
  • Kedai Rakyat 1 Malaysia
  • TF Value Mart Gemas
  • Pasaraya Tunas Manja Gemas
  • Mydin Pulau Sebang

Farmasi sunting

  • Watson
  • Guardian
  • Alpro
  • Farmasi Sentosa

Kawasan perindustrian/komersial sunting

Pasar Basah sunting

  • Pasar Tampin
  • Pasar Gemencheh
  • Pasar Gemas

Hospital/Klinik sunting

  • Hospital Tampin
  • Klinik Kesihatan Gemas
  • Klinik Kesihatan Gemencheh
  • Klinik Pergigian Tampin
  • Klinik Yahya
  • Klinik Al Azim
  • Poliklinik Sakti
  • Klinik Pergigian Liza

Jabatan Kerajaan sunting

  • Pejabat Daerah dan Tanah Tampin
  • Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas
  • Majlis Daerah Tampin
  • Pejabat Agama Islam Daerah Tampin
  • Jabatan Kerja Raya Tampin
  • Jabatan Pendaftaran Tampin
  • Jabatan Pendaftaran Gemas
  • Kem Syed Sirajuddin, Gemas
  • Pejabat Pertanian
  • Risda Wilayah Selatan
  • Pejabat Perpaduan
  • KEMAS
  • Jabatan Penerangan

Tunku Besar Tampin sunting

Pada 13 September 1832, Luak Tampin ditubuhkan. 1883 pemerintah Tampin digelar Tunku Besar Tampin. Tunku Besar Tampin bersama-sama Undang yang empat merupakan kerabat diraja Negeri Sembilan. Tunku Besar Tampin yang terkini ialah YTM Syed Razman bin Syed Idrus Al-Qadri, baginda ditabalkan menjadi pemerintah Tampin sejak 2005 hingga kini.

Pendidikan sunting

Tempat menarik sunting

Dataran Tampin sunting

Dataran ini terletak berhampiran dengan Kompleks Sukan Tampin dan menjadi salah sebuah lokasi tumpuan penduduk untuk melakukan aktiviti riadah pada hari biasa dan hujung minggu. Antara kemudahan yang ada ialah taman permainan kanak-kanak yang serba lengkap, trek berjogging, alatan senaman, objek-objek mercu tanda yang menarik dan pentas terbuka.[10]

 
Sate Cendawan yang terkenal di bandar Tampin

Taman Tasik Tampin sunting

Taman Tasik Tampin terletak kira-kira 400 meter dari hentian sebelah Tampin. Dilengkapi dengan alatan permainan kanak-kanak, menara pandang jauh, wakaf, kerusi rehat dan trek berjogging. Antara lokasi yang boleh menjadi pilihan anda untuk beriadah bersama keluarga. Selain itu, gerai-gerai makanan juga terletak berdekatan dengan taman ini.[11]

Taman Rekreasi Tampin sunting

Kedudukan lokasi taman ini begitu strategik iaitu terletak berdekatan dengan Hospital Daerah Tampin, Rumah Rehat Tampin dan juga Kompleks Sukan Tampin. Keluasan kawasan Taman Rekreasi Tampin ini keseluruhannya berjumlah 9 ekar dimana 0.8 ekar adalah kawasan tasik sedia ada. Selain kehijauan alam semulajadinya, taman rekreasi ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti alat permainan kanak-kanak, gelanggang badminton, gelanggang tenis dan trek berjoging yang panjang. Kedudukannya yang strategik memberi peluang kepada orang ramai untuk mengunjunginya sambil beristirahat bersama keluarga.[12]

Gunung Tampin sunting

 
Gunung Tampin

Gunung Tampin merupakan pengakhiran kepada Banjaran Titiwangsa dari segi geografi. Beberapa kolam telah didirikan diatas gunung ini bagi membolehkan para pengunjung menikmati kejernihan air yang masih terpelihara ini. Walau bagaimanapun, kolam-kolam ini akan dinaiktaraf tidak lama lagi bagi memberikan keselesaan dan kepuasan serta imej yang lebih baik dengan konsep yang lebih moden. Laluan sedia ada ke puncak gunung dengan jarak kira-kira 5 km ini juga sering dijadikan trek berjogging dan beriadah oleh orang ramai pada sebelah petang dan cuti hujung minggu.[13]

Hentian Sebelah Tampin sunting

Hentian Sebelah Tampin merupakan kawasan hentian berkonsepkan Rawat Dan Rehat (R&R). Terletak di pintu masuk utama ke daerah ini daripada utara semestinya lokasi yang strategik bagi membolehkan anda berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan. Antara kemudahan yang terdapat disini ialah gerai makanan, surau dan taman permainan kanak-kanak. Terletak di kaki Gunung Tampin.[14]

Stesen keretapi Gemas sunting

Stesen keretapi Gemas merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia. Di sini bertembungnya laluan pantai timur, selatan dan ke utara. Namun, pada tahun 2012, stesen tersebut ditinggalkan kerana dibina sebuah stesen baru dan nampak lebih berkualiti.[15]

Rujukan sunting

  1. ^ "YDP Profile". Majlis Daerah Tampin. Dicapai pada 18 September 2009.[pautan mati kekal]
  2. ^ "Tunku Besar Tampin". Majlis Kebudayaan Negeri Sembilan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 18 September 2009.
  3. ^ "Background of Tampin". Majlis Daerah Tampin. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-23. Dicapai pada 18 September 2009.
  4. ^ Bancian penduduk 2010 laman 81
  5. ^ Sejarah Tampin
  6. ^ Sejarah Majlis Daerah Tampin
  7. ^ "Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 11. Dicapai pada 9 September 2012.
  8. ^ Taburan dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010 (PDF) (Laporan). Department of Statistics, Malaysia.
  9. ^ Kemudahan awam
  10. ^ Dataran Tampin
  11. ^ Taman Tasik
  12. ^ Taman Rekreasi Tampin
  13. ^ Gunung Tampin
  14. ^ Lay By Tampin
  15. ^ Stesen Keretapi Gemas

Pautan luar sunting