Tan Eng Huat ialah seorang pelukis komik Malaysia dan juga antarabangsa. Beliau juga dikenali dengan nama pena Kutu semasa beliau bekerja dengan Kumpulan Art Square.

Tan Eng Huat
KelahiranTan Eng Huat
1974
Teluk Intan, Perak
KewarganegaraanMalaysia Malaysia
Nama samaranKutu
Karya terkenal
Doom Patrol,Silver Surfer: In Thy Name, Batman: Journey Into Knight
Anugerah2002 Will Eisner Comic Industry Awards - Winner - Russ Manning Promising Newcomer

Biografi sunting

Tan Eng Huat dilahirkan pada tahun 1974 di Teluk Intan, negeri Perak, beliau memulakan kerjayanya sebagai kartunis DC Comics pada tahun 2000. Beliau telah keluarkan sebanyak 22 isu komik Doom Patrol selepas setahun berada di sana . Komik Doom Patrol telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila ia memenangi 2 anugerah antarabangsa iaitu Anugerah Russ Manning 2002 di USA ('Best New Comer') & The 5th Nation Comic Award 2002 di England ('Best New Talent'). Beliau kemudiannya menjadi pelukis bagi komik 'Justice League of America' & 'The Authority' pada tahun 2003 di mana 'Justice League of America' telah dicalonkan dalam Anugerah Eisner bagi kategori ('Best Penciller/Inker'). Sebelum berjaya sebagai artis antarabangsa , beliau pernah menyumbangkan karya-karya eksklusifnya di awal kemunculan majalah Gempak (isu 1 - 18).

Karya sunting

DC Comics sunting

Marvel Comics sunting

Gilamon sunting

Anugerah sunting

  • The 5th Nation Comic Award 2002 di England, untuk kategori "Bakat Baru Terbaik" (Best New Talent)