Tangerin (Citrus tangerina)[1] adalah sejenis buah limau berwarna oren yang berkait rapat dengan, atau mungkin sejenis, limau mandarin (Citrus reticulata).[perlu rujukan]

Tangerin
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. tangerina
Nama binomial
Citrus tangerina

Nama buah ini pertama kalinya digunakan merujuk kepada buah-buahan yang datang dari Tanjah (Tanger), Maghribi; di mana ia digambarkan sebagai sejenis mandarin.[2] Melalui sistem pengelasan Tanaka, Citrus tangerina dianggap sebagai satu spesies yang berasingan. Di bawah sistem Swingle, tangerin dianggap sebagai satu jenis daripada kumpulan mandarin (C. reticulata).[3] Walaupun genetiknya dianggap menyerupai mandarin, hal ini masih tidak dikaji dengan begitu teliti.[meragukan ][4][5][6] istilah saat ini digunakan untuk sebarang buah mandarin berwarna merah kejinggaan[perlu rujukan] (dan baka seakan mandarin di beberapa negara[7][8]), tetapi istilah "tangerin" itu sendiri masih belum lagi memperolehi pentakrifan genetik yang tepat.

Tangerin lebih kecil dan kurang bulat berbanding buah oren biasa. Rasanya dianggap kurang masam, serta lebih manis dan kuat berbanding rasa isi oren.[9] Isi tangerin yang masak segah atau sedikit lembut, berat untuk saiz[perlu rujukan]dan berkulit bonggol dengan alur yang mendalam, serta berwarna oren. Kulit buahnya sangat nipis, dengan mesokarpa pahit putih yang sangat sedikit[10] yang menjadikannya lebih mudah dikupas dan dibelah menjadi segmen.[perlu rujukan] Semua sifat-sifat ini umumnya dikongsi dengan buah mandarin.

Kemuncak musim tangerin berlangsung dari musim luruh hingga ke musim bunga. Buah ini biasanya dikupas dan dimakan dengan tangan, tetapi ia (dalam bentuk segarnya) juga digunakan dalam salad, pencuci mulut dan hidangan utama. Kulitnya digunakan segar atau dikeringkan sebagai rempah ratus atau bahan perisa untuk kuih-muih dan minuman atau dimakan bersalut dengan coklat. Jus tangerin dalam bentuk segar mahupun pekat beku mudah didapati di Amerika Syarikat. Bilangan benih dalam setiap segmen (karpel) amatlah berbeza.

Nutrisi sunting

Tangerin, mentah
 
A Murcott, likely a tangerine hybrid
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 223 kJ (53 kcal)
Karbohidrat 13.34 g
- Gula 10.58 g
- Serabut diet 1.8 g
Lemak 0.31 g
Protein 0.81 g
Vitamin A setara 34 μg (4%)
- beta-karotena 155 μg (1%)
Tiamina (vit. B1) 0.058 mg (5%)
Riboflavin (vit. B2) 0.036 mg (3%)
Niasin (vit. B3) 0.376 mg (3%)
Asid pantotenik (B5) 0.216 mg (4%)
Vitamin B6 0.078 mg (6%)
Folat (vit. B9) 16 μg (4%)
Kolina 10.2 mg (2%)
Vitamin C 26.7 mg (32%)
Vitamin E 0.2 mg (1%)
Kalsium 37 mg (4%)
Besi 0.15 mg (1%)
Magnesium 12 mg (3%)
Mangan 0.039 mg (2%)
Fosforus 20 mg (3%)
Kalium 166 mg (4%)
Natrium 2 mg (0%)
Zink 0.07 mg (1%)
Link to USDA Database entry
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Rujukan sunting

  1. ^ "Citrus tangerina Yu.Tanaka — The Plant List". theplantlist.org.
  2. ^ "Home : Oxford English Dictionary". oed.com.
  3. ^ "New universal mitochondrial PCR markers reveal new information on maternal citrus phylogeny". Tree Genetics. 7: 49–61. doi:10.1007/s11295-010-0314-x.
  4. ^ "Synonyms of C. reticulata at The Plant List".
  5. ^ A.H. Krezdorn; Jules Janick. "Classification of Citrus" (PDF).
  6. ^ Tshering Penjor; Masashi Yamamoto; Miki Uehara; Manami Ide; Natsumi Matsumoto; Ryoji Matsumoto; Yukio Nagano (25 April 2013). "Phylogenetic Relationships of Citrus and Its Relatives Based on matK Gene Sequences". PLoS ONE. 8: e62574. doi:10.1371/journal.pone.0062574. PMC 3636227. PMID 23638116.
  7. ^ Commernet, 2011. "20-13.0061. Sunburst Tangerines; Classification and Standards, 20-13. Market Classification, Maturity Standards And Processing Or Packing Restrictions For Hybrids, D20. Departmental, 20. Department of Citrus, Florida Administrative Code". State of Florida. Dicapai pada 14 Mei 2015.
  8. ^ Larry K. Jackson; Stephen H. Futch. "HS178/CH073: Robinson Tangerine". Dicapai pada 14 May 2015. Unknown parameter |lastauthoramp= ignored (bantuan)
  9. ^ Pittman & Davis (22 Februari 1999). "Pittman & Davis – Premium Citrus Fruit Gifts – Why Are Tangerines So Tangy?". Pittmandavis.com. Dicapai pada 17 November 2012.
  10. ^ David Karp (28 November 2011). "Market Watch: The wild and elusive Dancy". LA Times. Dicapai pada 19 Julai 2015.

Pautan luar sunting