Taklid atau 'taklid buta' atau taksub ialah ikut cakap seseorang ilmuan atau pemimpin. Mereka digelar sebagai 'muqallid' dan muta'ashib (fanatikus golongan). Andaian bahawa ilmuan dan pemimpin lebih tahu dan ikhlas. Dalam Islam, umat Islam diwajibkan belajar sehingga ke akhir hayat untuk mencari kebenaran. Panduan utama ialah al Quran dan hadis.

Taklid boleh membawa kepada asabiah dan hizbiyah (fanatik golongan). Taklid adalah penyakit yang berbahaya tapi hakikatnya ramai orang Islam terjebak dengan taklid. Islam ialah agama hujah tetapi mereka enggan berhujah, enggan membawa dalil-dalil dan rujukan. Contoh dalam masyarakat Islam ialah taklid buta atau taksub mazhab.

  • Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka." (Az-Zukhruf : 23)
  • (Apa yang dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan bukan (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab" (An-Nisa': 123)
  • Imam Syafie rahimahullah berkata: "Kaum muslimin telah berijma' (bersepakat) bahwa barangsiapa yang telah melihat sunnah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam dengan jelas, maka ia tidak boleh meninggalkannya lantaran mengikuti pendapat seseorang."
  • Abu Umar dan ulama-ulama lain mengatakan : "Orang-orang telah bersepakat bahwa muqallid (orang yang taklid) tidak terhitung sebagai ahli ilmu (agama). Dan ilmu (agama) ialah memahami al-haq (kebenaran) melalui dalilnya."
  • Abu Umar rahimahullah : sebab manusia memang tidak pernah berselisih pendapat bahwa ilmu ialah pemahaman yang dihasilkan dari dalil. Adapun jika tanpa dalil maka namanya taklid.