Tariq Aziz dibaptiskan sebagai Manuel Christo ; 28 April 1936 - 5 Jun 2015) adalah seorang Menteri Luar Iraq (1983- 1991) dan Timbalan Perdana Menteri (1979-2003) dan penasihat rapat Presiden Iraq Saddam Hussein . Tariq dan Saddam sangat akrab pada 1950-an apabila menyertai Parti Ba'ath Arab Sosialis. Beliau adalah seorang nasionalis Arab dari etnik Kasdim dan ahli Gereja Katolik Kasdim .

Tariq Aziz
طارق عزيز
ܡܝܟܐܝܠ ܝܘܚܢܢ
Minister of Foreign Affairs
Dalam jawatan
1983–1991
PresidenSaddam Hussein
Digantikan olehMohammed Saeed al-Sahhaf
Member of the Revolutionary Command Council
Dalam jawatan
16 July 1979 – 9 April 2003
Member of the Regional Command of the Iraqi Regional Branch
Dalam jawatan
1 August 1965 – 9 April 2003
Butiran peribadi
LahirMikhail Yuhanna
(1936-04-28)28 April 1936
Tel Keppe, Iraq
Meninggal dunia5 Jun 2015(2015-06-05) (umur 79)
Nasiriyah, Iraq
Sebab kematianHeart attack
KerakyatanIraqi Chaldean
Parti politikArab Socialist Ba'ath (until 1966)
Baghdad-based Ba'ath (1966–1982) (Ba'ath – Iraq Region)
PasanganViolet Yusef Nobud
Anak-anak4
ProfesionJournalist, politician

Nama kristiannya Manuel Christo ditukar kepada Tariq Aziz masyarakat Arab Iraq dapat menerimanya. Beliau belajar di Universiti Badgdad dan bekerja sebagai wartawan Aj-Jamahir (al-Jamaheer) dan al Thawra, akhbar parti Ba'ath itu.

Politik sunting

Apabila Iraq menyerang Kuwait pada tahun 1990, Tariq Aziz berkhidmat sebagai jurucakap antarabangsa bagi menyokong tindakan ketenteraan. Beliau mendakwa pencerobohan itu wajar kerana pengeluaran minyak meningkat Kuwait dan telah merosakkan hasil minyak Iraq. Beliau mengutuk negara-negara Arab yang tunduk kepada hegemoni Amerika Syarikat di Timur Tengah dan sekatan punitif." Pada 9 Januari 1991, Aziz terlibat dalam Geneva Peace Conference yang termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat, James Baker. Matlamat mesyuarat adalah untuk membincangkan resolusi kemungkinan pendudukan Kuwait.


Saddam jarang meninggalkan Iraq kerana faktor keselamatan.Oleh itu Aziz sering ditugaskan mewakili Iraq pada sidang kemuncak diplomatik peringkat antarabangsa.[[ Amerika Syarikat / pentadbiran George Bush menakluk Iraq atas faktor "Minyak dan Israel" pada 24 April 2003. Ekoran itu Aziz dipenjara oleh tentera Amerika dan kemudiannya oleh kerajaan Iraq, di Camp Cropper di barat Baghdad. Dia dibebaskan daripada beberapa tuduhan pada 1 Mac 2009 selepas dibicarakan tetapi dijatuhi hukuman 15 tahun pada 11 Mac 2009 kerana bersalah mengaut keuntungan pada tahun 1992 dan 7 tahun lagi untuk menempatkan semula puak Kurdis.

Pada 26 Oktober 2010, beliau telah dijatuhi hukuman mati oleh Tribunal Tinggi Iraq , yang mencetuskan kecaman serantau dan antarabangsa seperti Vatican , Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah dan organisasi hak asasi manusia Amnesty International serta Rusia. Pada 28 Oktober 2010, Tariq Aziz, serta 25 penghuni penjara memulakan mogok lapar.

Pada 17 November 2010,Presiden Iraq ]]Jalal Talabani]] tidak menandatangani hukuman mati. Aziz telah dipenjarakan di penjara, meninggal dunia akibat serangan jantung di bandar Nasiriyah pada 5 Jun 2015 pada usia 79.

Perang Iraq sunting

Pada bulan Oktober 2000, Menteri Luar Britain, Peter Hain , menubuhkan sebuah pasukan tentera rahsia untuk membawa mesej berulang-alik antara dirinya dengan Tariq Aziz. Selepas kerjasama awal, Aziz menolak delegasi.

Pada 14 Februari 2003, Aziz bertemu dengan Pope John Paul II di Vatican City untuk pelucutan senjata Iraq.Paus mahu Iraq patuh dan menghormatiresolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Tidak lama selepas pencerobohan Iraq, Presiden George W. Bush mendakwa Tariq Aziz bertanggungjawab kerana menyembunyikan senjata WMD Iraq .Presiden Bush berusaha mencari senjata WMD di Iraq tetapi tidak menemui sebarang bukti. Oleh itu Amerika telah menipu dan mereka-reka tuduhan,

Tahanan sunting

Beliau secara sukarela menyerah diri kepada tentera Amerika pada 24 April 2003, selepas rundingan dengan anaknya demi kesejahteraan keluarga. Aziz termasuk dalam senarai ke-43 daripada 55 dalam senarai Amerika-Iraq yang paling dikehendaki.

Sebelum perang, Aziz mendakwa dia lebih rela mati daripada menjadi tawanan perang AS atau dipenjarakan di Teluk Guantanamo .

Menjadi saksi sunting

Pada 24 Mei 2006, Aziz menjadi saksi pembelaan bagi Ibrahim Barzan dan Mukhabarat dengan mendakwa bahawa mereka tiada peranan dalam kes kekejaman Dujail 1982. Penangkapan itu sebagai tindak balas kepada cubaan membunuh Saddam Hussein.Jika suspek ditangkap dengan senjata, secara semulajadi mereka perlu ditangkap dan dibicarakan.

Serangan Dujail adalah sebahagian daripada percubaan pembunuhan dan sasaranya termasuklah Tariq Aziz. Parti Dawa kini merupakan parti dalam gabungan Syiah yang menguasai kerajaan Iraq sekarang. Pemimpin parti itu, Ibrahim al-Jaafari , menjadi Perdana Menteri Iraq sehingga pertengahan Mei.Kemudian pemimpin Parti Dawa, Nouri al-Maliki membentuk kerajaan baru sebelum akhir Mei 2006.

Dalam ucapan penutupnya, beliau menyatakan bahawa "Saddam adalah rakan sekerja dan kawan seperjuangan saya selama beberapa dekad, dan Barzan adalah abang saya dan rakan saya dan dia tidak bertanggungjawab untuk acara-acara Dujail itu.

Penjara sunting

Pada 29 Mei 2005, akhbar British The Observer disiarkan surat Tariq Aziz dari penjara. Beliau dipenjarakan dalam tempoh yang lama. Tiada komunikasi dengan ahli keluarga. Tiada hubungan, tidak ada telefon, tidak ada bahan bacaan. Malah bungkusan dihantar oleh keluarga disekat dan disembunyikan.

Pada bulan Ogos 2005, keluarga Aziz telah dibenarkan menemuinya. Lokasi penjara tidak didedahkan; keluarganya dibawa dengan bas dengan hitam legam keluar tingkap.

Beliau kemudiannya berpindah ke Kem Cropper berhampiran Lapangan Terbang Baghdad. Setiap dua bulan keluarganya boleh menghantar bungkusan yang mengandungi pakaian, rokok, coklat, kopi dan majalah.

Pemimpin spiritual masyarakat Kasdim Katolik Iraq, Emmanuel III Delly menggesa pembebasan Tariq Aziz pada tahun 2007 sempena Krismas. Aziz dibebaskan daripada jenayah terhadap kemanusiaan.

Pada 17 Januari 2010, Aziz mengalami strok dan telah dipindahkan dari penjara ke hospital. Pada 5 Ogos 2010, The Guardian menyiarkan wawancara dengan Tariq.Pada 22 September 2010, dokumen itu menyatakan rasa gembira terhadap pengeboman pengganas dua kedutaan AS di Afrika Timur pada 1998. Iraq tidak berminat untuk bekerjasama dengan Osama bin Laden.

Perbicaraan sunting

Aziz dibicarakan di hadapan Tribunal Tinggi Iraq yang ditubuhkan oleh Kerajaan Interim Iraq , tetapi sehingga April 2008 tiada apa-apa caj. Pada 29 April 2008, Aziz hadir di mahkamah atas kematian sekumpulan 42 peniaga kes 1992.Kononnya rejim Iraq memanipulasi harga makanan apabila Iraq berada di bawah sekatan antarabangsa.

Kematian 42 peniaga ini dikaitkan dengan Saddam Hussein. Walau bagaimanapun, pada 11 Mac 2009 Tribunal Tinggi Iraq memutuskan bahawa Aziz bersalah atas jenayah terhadap kemanusiaan, dan dia dijatuhi hukuman 15 tahun penjara. Pada 2 Ogos 2009, Aziz telah disabitkan oleh Tribunal Tinggi Iraq atas tuduhan merancang perpindahan Kurdi dari timur laut Iraq dan dihukum tujuh tahun penjara. BBC News melaporkan tidak ada bukti penglibatan peribadinya. Pada tahun yang sama, beliau telah dibebaskan pada perbicaraan yang berasingan yang berkenaan penindasan pemberontakan di Baghdad dalam tahun 1990-an.

Pada 26 Oktober 2010, Tribunal Tinggi Iraq menjatuhkan hukuman mati terhadap Tariq Aziz bagi kesalahan "penindasan terhadap parti Islam ekoran pemberontakan Syiah selepas Perang Teluk 1991 . Peguam menyatakan bahawa hukuman mati itu sendiri adalah bermotifkan politik dan hukuman mati bertujuan untuk mengalihkan perhatian antarabangsa yang dibocorkan oleh Wikileaks. Wikileaks telah mendedahkan jenayah para pegawai-pegawai kerajaan Maliki secara terperinci. Pada 26 Oktober 2010, Vatican menggesa kerajaan Iraq tidak melaksanakan hukuman mati itu. Amnesty International mengutuk penggunaan hukuman mati dalam kes ini. Pada 27 Oktober 2010, Presiden Greece Karolos Papoulias menggesa kerajaan Iraq tidak melaksanakan hukuman mati terhadap Tariq Aziz. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon menggesa keputusan itu dibatalkan.Pada 28 Oktober 2010, beberapa Uskup / paderi Iraq dan ramai rakyat Iraq mengutuk hukuman mati kepada Tariq Aziz dan mengkritik prosedur serta mempersoalkan kesaksamaan mahkamah.

Menurut AFP , melaporkan bahawa Tariq Aziz, bersama-sama 25 banduan lain, telah melancarkan mogok lapar kerana menafikan lawatan dari ahli keluarga dan rakan-rakan.

Keluarga sunting

Pada tahun 2001, anaknya Ziad telah ditangkap kerana rasuah . Pada bulan Januari 1999 Ziad telah dituduh oleh bekas perempuan simpanan dan menggunakan kedudukan rasmi bapanya menyeludup sempadan Jordan , cubaan membunuh suaminya dan keluarga, dan juga untuk rasuah yang melibatkan Perancis dan syarikat Indonesia. Beliau telah ditangkap dan dihukum penjara 22 tahun. Aziz meletakkan jawatan tetapi Saddam Hussein tidak menerima peletakan jawatannya. Ziad akhirnya dibebaskan daripada penjara apabila Saddam Hussein memutuskan bahawa Aziz telah membayar kesilapannya.

Ziad Aziz kini menetap di Jordan dengan isterinya, empat kanak-kanak, dan dua beradik Tariq Aziz . Isteri Tariq Aziz dan seorang lagi anak lelaki tinggal di Yaman .

Kematian sunting

Tariq Aziz meninggal dunia pada 5 Jun 2015 di Hospital al-Hussein di bandar Nasiriyah pada usia 79. Menurut peguamnya, beliau telah dirawat dengan baik di dalam penjara tetapi mengalami keuzuran dan hanya mahu menamatkan "kesengsaraan" . Aziz dipenjarakan mengalami kemurungan, kencing manis, penyakit jantung, dan ulser.

Rujukan sunting