Tarum, nila, atau indigo (Indigofera, suku polong-polongan atau Fabaceae) merupakan antara antara berbagai-bagai jenis tumbuhan utama menghasilkan warna biru semulajadi kebanyakan dari genus Indigofera.

Pokok Tarum
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Tribus:
Indigofereae
Genus:
Spesies:
I. tinctoria
Nama binomial
Indigofera tinctoria

Penamaan sunting

Indigo sunting

Perkataan "indigo" dalam bahasa Melayu ialah kata pinjaman daripada bahasa Sepanyol melalui bahasa Belanda atau Inggeris.[1] Perkataan ini berakar daripada nama India kerana pada zaman pertengahan Yunani-Romawi, India merupakan pengeluar utama pewarna indigo ke benua Eropah. Orang Yunani pada ketika itu menyebut pewarna indigo sebagai indikón (Ἰνδικόν) iaitu kata sifat terbitan daripada nama Indía (Ἰνδία).[2] Kemudian, orang Romawi yang menggunakan bahasa Latin pada masa itu telah melatinkan perkataan itu menjadi indicum, dan seterusnya diperturunkan ke dalam bahasa-bahasa Romawi (misalnya índigo dalam bahasa Sepanyol) dan akhirnya diserap ke dalam bahasa Belanda dan Inggeris sebagai indigo.[3]

Nila sunting

Perkataan "nila" berasal daripada bahasa Sanskrit nīla (नील) yang secara harfiahnya bermaksud "biru gelap".[1] Perkataan Sanskrit ini juga merupakan perkataan sumber bagi istilah anilin iaitu suatu bahan kimia yang menjadi bahan utama dalam industri pewarna indigo sintetik seperti dalam pembuatan seluar jeans.[3]

Tarum sunting

Perkataan "tarum" dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang diwarisi daripada bahasa Proto-Melayu-Polinesia iaitu *taʀum.[4] Perkataan ini mempunyai kognat dalam bahasa-bahasa Melayu-Polinesia lain, misalnya tagom dalam bahasa Cebuano, tom dalam bahasa Jawa, dan krŭm dalam bahasa Rade. Schuessler (2007) mengatakan bahawa perkataan *taʀum dalam bahasa Proto-Melayu-Polinesia mungkin merupakan sumber bagi perkataan (*ɡ·raːm) dalam bahasa Cina Kuno.[5] Menurutnya, perkataan ini diserap ke dalam bahasa Proto-Tai sebagai *ɡ.raːmᴬ dan bahasa Khmer sebagai ត្រុំ (trom).

Kegunaan sunting

Sebagai pewarna sunting

Daun tarum merupakan bahan utama pewarna kain yang menghasilkan warna biru; ia dihasilkan dari perendaman daun selama semalam. Setelah itu, suatu lapisan berwarna hijau atau biru akan terbentuk di permukaan; cairan ini lalu direbus, lalu dijemur hingga kering. Warna ini amat dikehendaki terutama dalam penghasilan batik atau tenun ikat tradisional dari Nusantara. Pewarna indigo, sebagai produk dari tumbuhan ini, juga merupakan komoditi perdagangan yang penting.

Tujuan lain sunting

Suatu campuran menggunakan tumbuhan ini bersama terusi, sendawa dan "garam Siam" dipercayai dalam perubatan Melayu lama merawat "sakit gigi yang berulat".[6]

Tumbuhan ini juga sangat baik kerana menyuburkan tanah dan dapat menahan hakisan.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Jones, Russell (2008). Loan-words in Indonesian and Malay (dalam bahasa Inggeris). Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.
  2. ^ St. Clair, Kassia (2016). The Secret Lives of Colour (dalam bahasa Inggeris). London: John Murray. m/s. 189. ISBN 9781473630819. OCLC 936144129.
  3. ^ a b Douglas Harper (2001–2024). "indigo and aniline". Online Etymology Dictionary (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ Blust, Robert; Stephen Trussell (2008–2024). "*taRum". Austronesian Comparative Dictionary (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ Schuessler, Axel (2007). ABC Etymological Dictionary of Old Chinese (dalam bahasa Inggeris). Honolulu: University of Hawaii Press. ISBN 978-0-8248-2975-9.
  6. ^ Werner, Roland. Medicines in Malay Villages (dalam bahasa Inggeris). University of Malaya Press. m/s. 316.

Pautan luar sunting