Tasha Shilla

Pelakon wanita Malaysia

Natasha Sheila Abdul Razak (dilahirkan pada 25 Januari 1987) atau lebih dikenali sebagai Tasha Shilla merupakan seorang pelakon dan model wanita di Malaysia. Tasha memulakan kerjaya lakonannya pada 1999, ketika berusia 12 tahun, muncul dalam beberapa siri televisyen dan filem. Antara drama lakonannya ialah Tentang Dhia dan Tabir Zulaikha. Tasha juga mempunyai peranan di layar lebar termasuk Ratu The Movie dan Klip 3GP, kedua-duanya dikeluarkan pada 2011.

Tasha Shilla
Tasha Shilla dalam gambar hitam dan putih.
Tasha dalam sesi fotografi pada 2013.
Kelahiran
Natasha Sheila binti Abdul Razak

(1987-01-25) 25 Januari 1987 (umur 37)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1999–kini
PasanganMuhammad Atiq Idris (k. 2020)
Anak-anak2

Kehidupan awal sunting

Tasha dilahirkan pada 25 Januari 1987 di Ampang, Selangor. Beliau ialah anak kepada pasangan Rosnah Suratman dan Abdul Razak Razali dan mempunyai darah kacukan Melayu dan Jawa.[1]

Kerjaya sunting

Pada usia 12 tahun, Tasha Shilla memulakan kerjaya lakonannya pada 1999, menerusi peranan kecil dalam sitkom NTV7, Spanar Jaya. Enam tahun kemudian, pada 2005, beliau menjadi salah seorang peserta pertandingan Dewi Remaja 2005/06 yang turut disertai oleh Scha Al-Yahya, Intan Ladyana dan Izreen Azminda. Tasha membuat penampilan filem pertama menerusi peranan kecil dalam filem KL Menjerit 1 arahan Bade Hj. Azmi.[2]

Beliau muncul sebagai salah seorang peserta pertandingan ratu cantik dalam filem Ratu The Movie arahan Abdul Razak Mohaideen dan filem Klip 3GP. Pada tahun 2013, Tasha mempunyU peranan utama dalam siri drama gabungan Malaysia dan Brunei, Erna Shuraya terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB).[3]

Tasha memegang watak utama sebagai Ain Zulaikha dalam melodrama Tabir Zulaikha, berpasangan bersama Aiman Hakim Ridza di mana ia memerlukan Tasha bermain biola.[4][5] Pada Februari 2017, beliau dilantik sebagai jurucakap produk kecantikan antarabangsa, SK-II setelah dinamakan sebagai Top Malaysia's Beauty Circle 2017.[6]

Gempak Superstar sunting

Persembahan sunting

Tasha merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016 dan tersingkir di konsert minggu ketiga.[7][8] Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Wanita Terbahagia" (nyanyian asal Bunga Citra Lestari)
  2. Minggu 2: "Aku Wanita Biasa" (nyanyian asal Krisdayanti)
  3. Minggu 3: "My Heart Will Go On" (nyanyian asal Celine Dion)

Carta penyingkiran sunting

Minggu: 1 (10/Apr) 2 (17/Apr) 3 (24/Apr)
Kedudukan Peserta Keputusan
8 Tasha Kekal ke-8 (3 tercorot) Tersingkir

Kehidupan peribadi sunting

Sekitar 2013, Tasha sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan Hans Wong yang berketurunan Cina,[9] namun tidak berkekalan apabila berpisah pada 2015.[10]

Beliau mendedahkan pernah mengalami kemurungan selama dua tahun dan menderita tekanan emosi dan kesukaran untuk tidur. Beliau berkata dalam entrinya di Instagram: "Selama dua tahun saya berdepan depresi disebabkan pelbagai keadaan, hidup saya menyakitkan dan sangat tertekan. Orang nampak saya tersenyum dan ketawa tetapi sejujurnya emosi dalaman yang telah mengawal hidup saya. Saya tidak boleh menjelaskan bagaimana rasanya, tetapi saya rasa penat,".[11][12] Beliau kini pulih sepenuhnya daripada kemurungan.[13][14]

Tasha Shilla bertunang dengan pakar kewangan Muhammad Atiq Idris pada 23 Februari 2020 selepas berkenalan selama dua bulan.[15][16][17] Tasha dan Atiq melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Februari 2020 dengan sekali lafaz.[18][19] Beliau dijangka akan berpindah ke Singapura selepas selesai bernikah.[20]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 KL Menjerit 1 Filem pertama, pelakon tambahan
2011 Ratu The Movie Peserta
Klip 3GP Suria
2013 Rock Oo! Tasha
Chikaro
2015 Bravo 5 Nadia
2021 Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut Malaika
2022 Zaara Zaara

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1999 Spanar Jaya NTV7
2006 Dilema Wanita TV1
2010 Dottie Astro Ria
2011 Gemilang Rohana TV3
Sahara Tina
Ramadhan Terakhir Sakinah
Bunga April[21] April
Tentang Dhia[22] Rose
2012 Atas Nama Cinta[23] Balqis
Friday I'm In Love Odette Julia TV9
2013 Goyang Shafiq.. Jom Pi Cuti[24] Wan Zarina TV3
Erna Suraya Erna Suraya TV2
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Ain Farohah TV3
Epilog Cinta Khirana Khirana
Terukir Di Bintang Asmara
Ariana Rose Tengku Juwita
2014 Maaf Jika Aku Tak Sempurna Zita
Kasih Berbisik
2015 Nasuha Nasuha TV9
Gerimis Salju Naminara TV1
Tabir Zulaikha Zulaikha TV3
M.A.I.D Elisa Astro Ria
2016 Diari Cinta Kita Nurul Iman TV9
2017 Sedingin Cinta Antasya Antasya Hypp Sensasi
2018 Air Mata Syurga
2019 Kamar Kamariah Sally TV3
Mimpi Sabrina Farah
Kau Yang Pertama Ameera
Ajari Playboy Itu Delia
2020 Mummy Oja Jannah Awesome TV
Jaman Tori Bawang Merah

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Ku Yakin Berlaku[25] Rafida Astro Oasis
2011 Panggilan Arwah Astro Citra
Penggali TV3
Cinta Dalam Botol[26] Mila
2012 Mencari Jannah Astro Oasis
Pulut Kacau Meriam Kabait Izzati Astro Prima
Landasan Cinta TV3
Saleha Saleha
2013 Cinta Di Menara Burj Khalifa Astro Prima
Bidadari Syurga Astro Oasis
Bini Aku Hantu Langsuir Seri TV9
Ramadan Jangan Ambil Nyawaku TV2
PA Cinta TV9
Ciptaan Terindah Dayana TV3
2014 Abang Samseng Jemur Kain Elyana
2015 Pengawal Hatiku TV9
2016 Penjaga Garisan Itu Suami Aku TV2
2017 Parut TV2
Kasut Untuk Ayah TV1
2018 Cucu Atuk TV3
Haloba Ayu NTV7
Syaitan Astro Citra
2020 Janin Tak Berdosa Julia Awesome TV
Kambing Golek Ramadhan TV2
2022 Aku Ingin Ke Syurga Sakinah
Ayahanda: Ibrah Ramadan Suri TV3

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Dalang Prank (Musim 2) Dirinya sendiri Astro Warna
Ini MLM Raya
Joras & Stars
2017 HOT TV Dirinya sendiri, artis jemputan TV9


Muzik video
Tahun Lagu Penyanyi
2011 "Luar Biasa" Shahir

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Artis Baru Wanita Popular Menang
Artis Wanita Paling Popular Online Tercalon
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
2012 Anugerah Blokbuster 2012 Anugerah Heroin Baru Terhebat (Ratu The Movie) Menang

Rujukan sunting

  1. ^ 14 April 2017 ditulis oleh Seto Kit Yan. Tasha Shilla hopes to perform combat scenes in film and TV Star2.com (artikel dalam bahasa Inggeris)
  2. ^ Ifqdar Rahman (7 Mei 2018). "Tasha Shilla tak kisah digelar simbol seks". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2018.
  3. ^ "Drama Erna Suraya Lakonan Tasha Shila". Sensasi Selebriti. 30 Mei 2017. Dicapai pada 29 Disember 2012.
  4. ^ "Drama Bersiri TABIR ZULAIKHA Lakonan Tasha Shilla". Sensasi Selebriti. 12 Februari 2015. Dicapai pada 29 Disember 2015.
  5. ^ Syanty Octavia Amry (17 Februari 2015). "Tabir Zulaikha: Kisah cinta dan dendam". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-12. Dicapai pada 29 Disember 2015.
  6. ^ Ifqdar Rahman (22 Februari 2017). Tasha Shilla jadi pilihan produk SK-II Utusan Online. Dicapai pada 22 Februari 2017.
  7. ^ "Tasha Shilla Akui Paling `Biasa` Antara 10 Peserta Gempak Superstar". Astro Gempak. 29 April 2016. Dicapai pada 1 Mei 2016.
  8. ^ "Gempak Superstar: Berada Di Tangga Tercorot, Tasha Shilla Bersedia Jika Disingkirkan". Astro Gempak. 12 April 2016. Dicapai pada 1 Mei 2016.
  9. ^ Aqmar Mustaza (10 Mei 2015). "Tasha Shilla: Makin kurus selepas putus cinta". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Mei 2016.
  10. ^ "Tasha Shilla dedah punca perpisahan". Kosmo!. 18 April 2015. Dicapai pada 1 Mei 2016.
  11. ^ "Tasha Shilla alami kemurungan?". Astro Awani. 26 Oktober 2018. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
  12. ^ "Tasha Shilla seeks treatment for depression". The Star Online. 7 November 2018. Dicapai pada 7 November 2018.
  13. ^ "Rentas hidup Tasha Shilla". Kosmo!. 19 September 2019. Dicapai pada 22 Ogos 2019.
  14. ^ Syahirah Mokhtazar (26 Oktober 2018). "#Showbiz: 'Life was just painful' – Tasha Shilla opens up on battle with depression". New Straits Times. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
  15. ^ Zaidi Mohamad (23 Februari 2020). "Tasha Shilla bertunang". Berita Harian. Dicapai pada 23 Februari 2020.
  16. ^ Georgie Joseph (23 Februari 2020). "Dua bulan kenal, Tasha Shilla terus tunang". Harian Metro. Dicapai pada 23 Februari 2020.
  17. ^ Tahir Alhamzah (24 Februari 2020). "#Showbiz: Actress Tasha Shilla is engaged!". New Straits Times. Dicapai pada 24 Februari 2020.
  18. ^ Zaidi Mohamad (28 Februari 2020). "Tasha Shilla kini isteri orang". Berita Harian. Dicapai pada 28 Februari 2020.
  19. ^ Ridzuan Abdul Rahman (28 Februari 2020). "Tasha Shilla kini milik Muhammad Atiq". Harian Metro. Dicapai pada 28 Februari 2020.
  20. ^ Tahir Alhamzah (28 Februari 2020). "#Showbiz: Tasha Shilla ties the knot, moves to Singapore". New Straits Times. Dicapai pada 28 Februari 2020.
  21. ^ "'Bunga April' Cinta Tiga Segi Adik-Beradik Tiri". mSTAR Online. 27 November 2011. Dicapai pada 2012-07-18.
  22. ^ "Tentang Dhia, Drama Terbaru Di Slot Akasia". mSTAR Online. 10 November 2011. Dicapai pada 2012-07-18.
  23. ^ "ATAS NAMA CINTA ~ Cinta Tiga Segi Dan Pengorbanan". Selebriti Online. 17 Februari 2012. Dicapai pada 2012-07-18.
  24. ^ Budiey (25 Jun 2013). "Goyang Shafiq Jom Pi Cuti Lakonan Tasha Shila". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2012-07-18.
  25. ^ "Tasha hilang rasa takut". Kosmo! Online. 7 November 2010. Dicapai pada 7 Disember 2013.
  26. ^ "Tasha Shilla dalam telefilem Cinta Dalam Botol". Sensasi Selebriti. 16 Jun 2011. Dicapai pada 7 Disember 2013.

Pautan luar sunting