Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 260 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.

Tasik Kenyir
LokasiTerengganu
Koordinat5°00′N 102°48′EKoordinat: 5°00′N 102°48′E
JenisKolam air
Aliran masuk utamaSungai Kenyir
Aliran keluar utamaSungai Terengganu
Negara lembanganMalaysia
Luas permukaan260 km²
Pulau340
Tasik Kenyir

Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.

Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya ialah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan houseboat[1] dan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.

Pelbagai usaha di pertingkatkan dalam usaha memperkenalkan Tasik Kenyir di peringkat yang lebih tinggi.[2]

Pulau Herba merupakan salah satu pulau yang terdapat di Tasik Kenyir. Pulau Herba mempunyai kira-kira 26 ribu pokok herba. Manakala bagi penggemar fotografi, Air Terjun Lasir merupakan tempat yang menjanjikan pelbagai landskap serta flora dan fauna yang indah untuk dirakam. Air terjun yang terdapat di sekitar Tasik Kenyir ini juga merupakan tarikan utama perlancongan. woshememe

Simpang ke Tasik Kenyir

Sejarah sunting

Pada 23 Februari 2016, gempa bumi lemah 2.7 magnitud pernah melanda Tasik Kenyir.[3]

Senarai Mangsa Lemas sunting

  • Halmi Syukri Hashim, 28 tahun, 14 Jun 2009[4]
  • Aladi Hassan, 41 tahun, 14 Jun 2009[5]

Ikan Naga sunting

Pada 28 Jun 2008, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim mendapat maklumat bahawa tasik ini mempunyai ikan Naga merah/Arapaima Gigas yang beratnya 30 dan 50 kilogram. Ikan yang berasal dari Amerika Selatan mungkin dilepaskan di tasik buatan manusia ini.[6] Tasik kenyir ketika ini[bila?] sedang dibangunkan untuk menjadi zon bebas cukai bagi wilayah timur.[perlu rujukan]

Anugerah sunting

pada 31 Mei 2023, dalam mesyuarat Jawatankuasa Geopark yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Abdul Wahid Abu Salim di Putrajaya, telah mengiktiraf Tasik Kenyir, sebagai Geopark Kebangsaan, yang Bernama Kenyir Geopark, yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman [7], dan juga diketahui bahawa Usaha menjadikan Kenyir sebagai geopark bermula pada tahun 2015, Bagaimanapun pelbagai halangan terpaksa dilalui sebelum mendapat pengiktirafan itu [8], lalu pihak Pengerusi Jawatankuasa pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri berkata

"Mesyuarat NRECC turut menetapkan 2027 sebagai penilaian semula status Kenyir sebagai geopark,"

dan beliau juga berkata

pengiktirafan itu akan membuka dimensi baharu kepada sektor pelancongan Tasik Kenyir yang sememangnya sudah mendapat tarikan utama dalam kalangan pelancong.

[9], dan pihak Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata

turut menjelaskan pengisytiharan Tasik Kenyir sebagai Taman Geo tidak akan membebankan mana-mana pihak atau menjejaskan pendapatan sedia ada kerana tidak membabitkan pewartaan.

[10].

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Senarai Houseboat". Visit Kenyir (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
  2. ^ "Tingkat tarikan Tasik Kenyir". Utusan Online. 19 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-11. Dicapai pada 8 Mac 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Gempa: Tiada petanda kerosakan struktur Empangan Kenyir
  4. ^ Keluarga Bomba Mati Lemas Dibantu
  5. ^ Anggota bomba lemas ketika operasi menyelamat
  6. ^ Bernama (28 Jun 2009). "Jabatan Perikanan Siasat Ikan Naga Di Tasik Kenyir". Bernama.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2015. Dicapai pada 7 Mac 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^ KAMALIZA KAMARUDDIN (31 Mei 2023). "Tasik Kenyir diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan". www.utusan.com.my. Utusan Malaysia (Malaysia). Dicapai pada 3 Jun 2023. Terengganu melakar satu lagi sejarah baharu dalam industri pelancongan apabila Tasik Kenyir mendapat perakuan dan diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dengan nama Kenyir Geopark.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  8. ^ BERNAMA (31 Mei 2023). "Tasik Kenyir is now a national geopark". www.thestar.com.my (dalam bahasa Inggeris). The Star (Malaysia). Dicapai pada 3 Jun 2023. Ariffin said the recognition was one of the best achievements of the state government, which has long been trying to establish Kenyir as a geopark as contained in the Terengganu Sejahtera Master Plan (Pitas 2030), Efforts to make Kenyir a geopark began in 2015. However, various obstacles had to be overcome before obtaining the recognition.
  9. ^ BERNAMA (31 Mei 2023). "Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan". www.astroawani.com. Astro Awani (Malaysia). Dicapai pada 3 Jun 2023. Mesyuarat NRECC turut menetapkan 2027 sebagai penilaian semula status Kenyir sebagai geopark,(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  10. ^ Mastura Jamal Din (31 Mei 2023). "Tasik Kenyir Kini Diisytihar Geopark Kebangsaan". www.trdi.my. TRDI (Malaysia). Dicapai pada 3 Jun 2023. status Taman Geo Kebangsaan akan melonjakkan lagi nilai pelancongan dan ekonomi Tasik Kenyir dan secara tidak langsung akan meningkatkan sosio-ekonomi komuniti setempat yang terdiri daripada masyarakat luar bandar dan Orang Asli.(dalam bahasa Bahasa Melayu)

Pautan luar sunting