Tasik glasier adalah tasik yang terbentuk akibat cairan glasier. Ia terbentuk apabila glasier menghakis tanah, dan kemudian mencair, lalu memenuhi ruang atau lubang yang telah dibuat. Menjelang penghujung tempoh glasier yang lepas, lebih kurang 10,000 tahun dahulu, glasier mula menyusut.[1] Penyusutan atau pengunduran glasier ini sering meninggalkan saki-baki ais di dalam rongga antara drumlin atau bukit. Apabila zaman ais tamat, ia melebur lalu membentuk tasik. Hal ini ketara di Lake District di Barat Laut England kerana endapan pasca glasier adalah antara 4 dan 6 meter dalam.[2] Tasik ini sering dikelilingi drumlin, bersama bukti glasier yang lain seperti morain, esker dan ciri hakisan lain seperti penstriaan dan tanda gelatuk.

Tasik Tujuh Rila di Rila, Bulgaria adalah satu contoh biasa bagi tasik yang berasal dari glasier
pemandangan Tasik-Tasik Besar Amerika, tasik glasier terbesar di dunia, jauh dari angkasa.
Tasik Agassiz iaitu tasih glasier prasejarah pernah menakung jumlah air yang lebih banyak daripada semua air tasik di dunia kini.
Ibón de Sabocos, di Lembah Tena. "Ibón" adalah perkataan temmpatan dalam bahasa Aragon yang bermaksud tasik glasier.
Tasik Tasman, tasik yang terbentuk dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini.
Jökulsárlón, tasik glasier di Iceland. Bahagian kanan, permulaan glasier Vatnajökull.
Lapisan batuan tanah liat dari Tasik Glasier Missoula, Montana.

Tindakan pengerukan oleh glasier mengisar bahan galian di dalam batu semasa glasier membesar. Kisaran galian ini menjadi endapan di dasar tasik, dan sesetengah tepung batuan terampai dalam turus air. Galian terampai ini menyokong hidupuan seperti alga yang menyebabkan air kelihatan berwarna hijau.[3]

Tasik-tasik ini mudah dilihat dalam gambar udara bagi:

dan beberapa kawasan lain yang diglasierkan semasa zaman ais yang lepas. Garis air bagi kawasan ini juga luar biasa kerana menunjukkan proses geologi yang sama. Berbeza pula kawasan lain yang mempunyai tasik yang bersambung dengan sungai. Garis airnya lebih licin kerana kawasan ini dibentuk oleh hakisan air.

Seperti yang dapat dilihat di Lake District, lapisan endapan di dasar tasik boleh memberitahu kadar hakisan dengan mengambil kira kadar hakisan glasier dan penempatan endapan selepas itu. Keadaan unsur bagi endapan itu tidak berkaitan dengan tasik tetapi lebih kepada perpindahan unsur di dalam tanah itu sendiri, seperti besi dan mangan. Penyebaran unsur ini, di dalam dasar tasik, menyumbang kepada keadaan lembangan saliran dan komposisi kimia air tersebut.

Pengendapan juga boleh dipengaruhi oleh aktiviti haiwan; termasuk agihan unsur biokimia, iaitu unsur yang dijumpai dalam organisme organik seperti fosforus dan sulfur.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ (Inggeris)Some Chemical Observations on Post-Glacial Lake Sediments, [1], RSTB
  2. ^ (Inggeris)Some Chemical Observations on Post-Glacial Lake Sediments, [2], RSTB
  3. ^ (Inggeris)Nova, Mystery of the Mega flood, [3], PBS