Tasik kawah atau danah kawah (crater lake, volcanic lake) ialah takungan air (tasik) yang menutupi permukaan suatu kawah gunung api. Sekitar 12% dari sekitar 700 gunung api yang ada di bumiditutupi oleh air.

Segara Anak, tasik kawah yang berada di gunung berapi Rinjani.

Keadaan fizik dan kimia tasik kawah berbeza-beza, bergantung kepada aktiviti gas magma serta interaksi batuan dengan cairan antara permukaan magma dan situasi di bawah permukaan. Perubahan-perubahan pada keadaan tasik menunjukkan perubahan dan kerumitan proses yang terjadi di tasik kerana pelbagai proses fizik dan kimia terjadi dalam waktu yang sama. Tasik kawah berfungsi pula sebagai pengewap panas dan penyaring gas yang keluar dari magma.

Tasik kawah yang menutupi kawah aktif biasanya memiliki pH sangat rendah (0—2) yang membuatkannya berasid dan sangat beracun bagi sebahagian besar makhluk hidup. Warna tasik yang dipengaruhi keluaran gas sulfur (H2S dan SO2) biasanya berwarna hijau cerah. Warna ini dapat berubah menjadi kuning atau putih, bergantung kepada kepekatan gas yang keluar. Gas lain yang dapat dikeluarkan kawah adalah gas klorin, fluorin, CO serta CO2. Komposisi gas-gas yang terlarut atau bertindak balas dengan air dan mineral mengakibatkan perbezaan warna tasik.

Tasik kawah yang dikenali sunting

Tasik Lokasi
Tasik Albano   Itali
Lago de Atitlán   Guatemala
Blue Lake   Australia, Australia Selatan
Tasik Bolsena   Itali
Tasik Bracciano   Itali
Laguna Chicabal   Guatemala
Tasik Crater   Amerika Syarikat, Oregon
Tasik Heaven (Chonji / Tianchi)   Korea Utara /   Republik Rakyat China
Volcán Irazú   Costa Rica
Kapoho Crater   Amerika Syarikat, Hawaii
Gunung Katmai   Amerika Syarikat, Alaska
Rano Kau   Chile, Rapa Nui (Pulau Easter)
Kelut   Indonesia
Kerið   Iceland
Tasik Kurile   Rusia (Kamchatka)
Tasik Gunng Berapi Medicine   Amerika Syarikat, California
Mashu   Jepun
Tasik Nemi   Itali
Nemrut   Turki
Gunung Berapi Newberry   Amerika Syarikat, Oregon
Tasik Nyos   Cameroon
Gunung Pinatubo   Filipina
Rano Raraku   Chile, Rapa Nui (Pulau Easter)
Gunung Ruapehu   New Zealand
Tasik Shikotsu   Jepun
Tasik Taal   Filipina
Tasik Taupo   New Zealand
Tazawa   Jepun
Tasik Toba   Indonesia
Towada   Jepun
Tasik Vico   Itali
Tasik Wenchi   Habsyah

Pautan luar sunting