Tatjana Saphira Hartmann (lahir di Jakarta, 21 Mei 1997; umur 26 tahun) atau lebih dikenali sebagai Tatjana Saphira merupakan seorang pelakon, penyanyi, dan peragawan berkewarganegaraan Indonesia.[1]

Tatjana Saphira
Kelahiran
Tatjana Saphira Hartmann

(1997-05-21) 21 Mei 1997 (umur 26)
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPelakon, Penyanyi, Peragawan
Tahun aktif2010 - kini
IbuAde Hartmann
BapaJoechim Hartmann
SaudaraTobias Thariq Hartmann

Biografi sunting

Tatjana Saphira dilahirkan pada 21 Mei 1997 di Jakarta, Indonesia. Jana adalah puteri sulung bersaudara ke dua dari pasangan Joachim Hartmann berketurunan Jerman dan Poland dan Itali dengan Ade Hartmann berketurunan Bangladesh dan Myanmar serta Bugis dan Minahasa

Tatjana Saphira memulakan kerjayanya sebagai model muzik video kumpulan Bagus Band dalam lagu "Pendamping Hatimu". Pada tahun 2013, beliau muncul dalam 2 filem layar lebar iaitu Crazy Love[2] dan Get M4rried.[3]

Tidak hanya berhenti di situ, beliau juga membintangi beberapa muzik video klip dari penyanyi seperti Afgan Syahreza. Dalam filem Get M4rried arahan Hanung Bramantyo, Tatjana Saphira yang memiliki tinggi badan sekitar 170 cm (5 ka 7 in) ini berperan sebagai Sophie yang pada siri sebelumnya dilakonkan oleh Kimberly Ryder.

Filemografi sunting

Filem cereka sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2013 Crazy Love Olive
Get M4rried Sophie
2014 Runaway Tala
2015 Negeri Van Oranje Lintang Pencalonan - Pelakon Utama Wanita Terbaik di Indonesian Box Office Movie Awards 2016
2016 I Am Hope Mia Pencalonan - Pasangan Terbaik (bersama Tio Pakusadewo) di Indonesia Movie Actor Awards 2016
2017 Stip & Pensil Bubu
Sweet 20 Mieke (Fatmawati muda) Pencalonan - Pelakon Utama Wanita Terpuji Kategori Filem di Festival Filem Bandung 2017
Ayat-Ayat Cinta 2 Hulya
2022 Once Upon A Time II Middle Ages 1147 AD Kingdom November 22th And Kingdom of Arya Syimi Dragon Evil Diva Salsabila

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 Bulan Di Atas Mentari Bulan 25 episod
2012 Aladin Yasmin 20 episod
2015 Stereo Dara Musim 1
14 episod

Videografi sunting

Model video klip sunting

  • Bagus Band - Pendamping Hatimu (2010)
  • Afgan - Panah Asmara (2011)
  • Butterfly - Cinta Palsu (2011)
  • Ungu - Sayang (2012)
  • Sammy Simorangkir - Dia (2012)
  • Vidi Aldiano - Pupus Kasih Tak Sampai (2013)
  • Noah - Ini Cinta (2014)

Iklan sunting

  • Biore Charming Freesia (2010)
  • Biore Facial Foam (2011)
  • Berrygood (2011)
  • XL (2013)

Rujukan sunting

  1. ^ PROFIL SELEBRITI © 2003-2013 KapanLagi.com.
  2. ^ Tatjana Saphira: Dua Film, Satu Bulan.
  3. ^ "Tatjana Saphira: Jadi pemeran Utama Setelah 5 Kali Gagal Kasting!". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-07. Dicapai pada 2013-09-07.

Pautan luar sunting