Taufan Sepat terjadi padan bulan Ogos 2007 dan melanda Lautan Pasifik terutama kawasan daratan di Taiwan, China dan Filipina. Sepat ialah nama sejenis ikan air tawar yang banyak terdapat di kawasan sawah padi di Malaysia dan lain-lain kawasan air tawar di Asia Tenggara.

Taufan sepat
Typhoon  (JMA)
Kategori 5  (SSHS)
Pembentukan 11 Ogos, 2007
Pelesapan 20 Ogos, 2007
Angin
110 mph (260 km/h) (1-minit kekal)
Tekanan
paling rendah
910 mbar (hPa)
Kemusnahan 692.5
Kematian 43
Kawasan
terganggu
Filipina, Taiwan, China
Sebahagian daripada
Musim Taufan Lautan Pasifik 2007
Taufan Sepat

Pada 11 Ogos 2007, pembentukan siklon tropika telah dapat dikesan oleh Agensi Kajicuaca Jepun dan amaran berjaga-jaga telah dikeluarkan di Jepun, China, Taiwan dan Filipina.

Taufan Sepat pada asalnya dikategori sebagai angin 'ribut' sahaja. Tetapi kelajuannya bertambah dan dikategori sebagai 'ribut taufan'.

Taufan Sepat telah melanda kawasan Taitung dan Hualien di Taiwan pada 18 Ogos 2007 jam 5 pagi dan semakin lemah. Lebih 100 penerbangan di Taiwan telah dibatalkan sebagai langkah berjaga-jaga. 2000 penduduk telah dipindahkan. Tanah runtuh turut berlaku di Tianhsiang. Lebuh Raya Suao-Hualien turut ditutup kerana berlaku tanah runtuh di beberapa selekoh.

Di timur China, lebih 900,000 penduduk telah dipindahkan. 13 orang dilaporkan mati lemas di wilayah Zhejiang, Hunan. 60 orang yang lain cedera. Papan-papan tanda tumbang ditiup angin. Bumbung-bumbung rumah diterbangkan. Hujan lebat turun pada kadar 200 mm kerana hujan mencurah-curah.

Sehingga kini, kelajuan angin taufan Sepat ialah 126 km sejam pada 18 Ogos 2007. Taufan ini disertaikan dengan hujan lebat dan ombak besar di pinggiran pantai.