Teater (Jawi: تياتر) ialah tempat persembahan-persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan sebagainya.

Panggung opera
Persembahan Harlequin and Columbine di Denmark

Terdapat pelbagai jenis persembahan teater. Antaranya ialah opera, balet, pantomim dan wayang kulit.

Selain itu, menurut Prof. Datin Dr. Rahmah Hj. Bujang dalam bukunya yang berjudul Glosari Kesenian Melayu, teater ialah sebarang perlakuan kisah atau cerita dalam satu kawasan yang ditentukan sebagai pentas untuk perlakuannya dan menuntut pergerakan fizikal; dengan mempunyai komponen aksi dan reaksi para pelaku, iaitu para pelakon, dan pemerhati, iaitu audiens atau penontonnya.