Teater Negara di Belgrade

Teater Negara di Belgrade (Bahasa Serbia: Народно позориште у Београду / Narodno Pozorište u Beogradu) diasaskan pada separuh akhir abad ke-19. Teater ini terletak di Republic Square, Belgrade, Serbia.

Teater Negara di Belgrade
Logo Teater Negara di Belgrade
AlamatFrancuska 3
BandarBelgrade
NegaraSerbia
ArkitekAleksandar Bugarski
Dibuka1869
Dibina semula1989
www.narodnopozoriste.co.yu/cms_eng/

Sejarah sunting

Pada tahun 1868, Teater Negara Serbia dari daerah Novi Sad mengadakan persembahan di Belgrade. Teater itu juga membuat persembahan di ibu kota budaya Serbia di Austria-Hungary dan Prinsipaliti Serbia. Mihailo Obrenović III, Putera Serbia yang mendapat ilhamkan dari persembahan tersebut menjemput Jovan Đorđević (pengasas Teater Negara Serbia Novi Sad) untuk mengasaskan sebuah institusi yang mirip di Serbia. Jovan Đorđević merima jemputan tersebut dan datang ke Belgrade dengan separuh daripada kumpulan pelakonnya. Beliau merupakan pengasas Teater Negara di Belgrade, selepas tujuh tahun mengasaskan teater Novi Sad.

 
Teater Negara di Belgrade dulu

Bangunan sunting

Teater Negara di Belgrade dibina pada tahun 1869 mengikut rekaan Aleksandar Bugarski, arkitek yang paling produktif di Belgrade pada abad ke-19. Keputusan untuk membina sebuah bangunan yang istimewa itu diilhamkan oleh Knez Mihailo Obrenović. Ketika siap pembinaan, bangunan ini hanyalah seperti bangunan - bangunan teater yang biasa pada ketika itu. Konsep binaannya mempunyai konsep reka bentuk Teatro alla Scala terutamanya pada konsep Renaisans sebagai hiasan dalamanya.

Dari masa kesemasa, bangunan ini telah menjalani perlbagai pengubahsuaian yang mengubah rupa asal. Pengubahsuaian yang besar dibuat pada tahun 1986 dengan mengubah rupa teater tersebut seperti rupa asal pembinaannya pada tahun 1922. Satu bahagian baru juga dibina menghala ke jalan Braće Jugovićsatu.

Selain dari persembahan - persembah teater dan opera, ruang tamu bangunan ini juga digunakan untuk jamuan - jamuan rasmi termasuklah untuk derma amal dan konsert.

1999 sunting

Pada tahun 1999 ketika serangan udara NATO selama 78 hari, teater ini merupakan satu-satunya yang dibuka kepada orang awam. Setiap persembahan hanya berharga 1 dinar bagi setiap orang.

Pautan luar sunting