Teater Populer ialah syarikat teater Indonesia yang ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Teguh Karya dan ahli-ahli Akademi Teater Nasional Indonesia (ATNI). Ramai pelakon terkenal Indonesia telah bekerja untuk syarikat itu.

Logo Teater Populer

Sejarah sunting

Teater Populer ditubuhkan pada 14 Oktober 1968 di Hotel Indonesia di Jakarta.[1][2] Diketuai oleh Teguh Karya, syarikat itu berlatih setiap hari di ballroom hotel. Dua penerbitan pertamanya adalah Antara Dua Perempuan oleh Alice Gerstenberg dan Ghosts oleh Henrik Ibsen. Teater Populer mendapat populariti dengan cepat, menjual 3000 tiket setiap sandiwara. Syarikat itu meninggalkan Hotel Indonesia untuk menjadi sebuah syarikat teater bebas.

Sebahagian daripada produksi syarikat itu termasuk Jayaprana oleh Jef Last, Bodas de sangre oleh Federico García Lorca, Revizor oleh Nikolai Gogol, Woyzeck oleh Georg Büchner, dan Perempuan Pilihan Dewa oleh Bertolt Brecht, semuanya diarahkan oleh Teguh.

Sebelum kematiannya pada tahun 2001, Teguh mengasaskan "Yayasan Teater Populer", yang kini diketuai oleh Slamet Rahardjo.

Televisyen dan filem sunting

Teater Populer bukan sahaja aktif dalam penerbitan filem pertamanya, tetapi juga menghasilkan filem-filem dan drama televisyen. Filem pertamanya, Wadjah Seorang Laki-Laki, dikeluarkan pada tahun 1971.

Alumni terkenal sunting

Alumni Teater Populer terkenal termasuk Teguh Karya sendiri, Slamet Rahardjo,[3] Christine Hakim, Franky Rorimpandey, George Kamarullah, Hengky Solaiman, Benny Benhardi, Niniek L. Karim, Sylvia Widiantono, Dewi Matindas, Alex Komang, Mieke Wijaya, Nungki Kusumastuti, Arya Dega, Tri Rahardjo, dan Hendro Djarot.

Terdapat juga pelakon-pelakon dari Malaysia yang pernah berkhidmat dengan Teater Populer, mereka termasuk Erma Fatima, Umie Aida, Normah Nordin dan Anwardi Jamil.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Teater Populer - Situs Web Kepustakaan Tokoh Perfilman Indonesia". teguhkarya.perfilman.pnri.go.id. Dicapai pada 2016-05-08.
  2. ^ "Jakarta.go.id • Detail | Encyclopedia". www.jakarta.go.id. Dicapai pada 2016-05-08.
  3. ^ a b Abdul Aziz Itar (7 September 2004). Slamet Rahardjo anak murid Teguh Karya Utusan Malaysia. Diperoleh pada 7 September 2014.

Pautan luar sunting