Dorothea Margaretha "Teddy" Scholten (lahir van Zwieteren; 11 Mei 1926 – 8 April 2010) ialah penyanyi wanita Belanda dari Rijswijk, berdekatan The Hague, Belanda.[1]

Teddy Scholten
Latar belakang
Nama lahirDorothea Margaretha van Zwieteren
Kelahiran(1926-05-11)11 Mei 1926
Rijswijk, Belanda
Meninggal dunia8 April 2010(2010-04-08) (umur 83)
Rijswijk, Belanda
GenrePop, folk
PekerjaanPenyanyi, penyampai
Tahun aktif1955–1975
PasanganHenk Scholten

Pada tahun 1950, beliau telah dijemput oleh The Coca-Cola Company untuk mengadakan persembahan di Amerika Syarikat.[2] Beliau ialah penyanyi pop Belanda pertama yang beraksi di AS.

Pada tahun 1959, beliau memenangi Pertandingan Lagu Eurovision 1959 untuk Belanda menerusi lagu "'n Beetje" (Sedikit), dengan muzik digubah oleh Dick Schallies dan lirik oleh Willy van Hemert.[3]

Bersama suaminya, Henk Scholten, beliau merakam beberapa album, banyak di antaranya berisi lagu untuk kanak-kanak. Pada tahun 1950-an dan 1960-an beliau muncul di rancangan televisyen popular di Belanda. Pada tahun 1965 dan 1966, beliau beraksi di Festival Lagu Kebangsaan.[4]

Kematian sunting

Teddy Scholten meninggal dunia pada 8 April 2010, pada usia 83 tahun.[5] di Rijswijk.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Teddy Scholten dies". Expatica.com. 12 April 2010.
  2. ^ ""Teddy Scholten zei al vele malen 'ja' tegen het leven"". Dicapai pada 24 July 2015.
  3. ^ "Profile". Diggiloo.net. Dicapai pada 24 July 2015.
  4. ^ Gollin, Rob (13 April 2010). "Enthousiast met de revue bezig, maar 'hooguit een beetje' zangeres". de Volkskrant (dalam bahasa Dutch). Dicapai pada 21 August 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Obituary, De Telegraaf; accessed 24 July 2015. (dalam bahasa Belanda)
  6. ^ ["Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-19. Dicapai pada 2017-08-19.CS1 maint: archived copy as title (link) accessed 19 August 2017. (dalam bahasa Belanda)

Pautan luar sunting


Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
  André Claveau
dengan "Dors, mon amour"
Pemenang Pertandingan Lagu Eurovision
1959
Diikuti oleh:
  Jacqueline Boyer
dengan "Tom Pillibi"
Didahului oleh
Corry Brokken
dengan "Heel de wereld"
Belanda di Pertandingan Lagu Eurovision
1959
Diikuti oleh:
Rudi Carrell
dengan "Wat een geluk"