Tekanan (linguistik)

linguistik

Dalam bidang linguistik, terutamanya fonologi, tekanan atau aksen merupakan penekanan yang diberikan kepada suku kata tertentu, atau perkataan tertentu dalam frasa atau ayat. Penekanan ini biasanya disebabkan oleh sifat-sifat seperti kelantangan dan kepanjangan vokal, artikulasi penuh vokal, dan perubahan pada pic.[1][2] Istilah tekanan dan aksen sering disamakan dalam konteks ini, tetapi adakalanya dibezakan ertinya. Sebagai contoh, penekanan terhadap pic sahaja ia dipanggil aksen pic, manakala penekanan yang terhasil daripada kepanjangan sahaja dipanggil aksen kuantitatif.[3] Yang disebabkan oleh gabungan pelbagai sifat yang diperhebat pula dipanggil aksen tekanan atau aksen dinamik.

Memandangkan tekanan dapat diwujudkan melalui pelbagai sifat fonetik seperti kelantangan, kepanjangan vokal, dan pic, yang juga digunakan untuk fungsi-fungsi linguistik lain, sukar untuk menentukan stres dari segi fonetik semata-mata.

Tegasan yang diletakkan pada suku kata dipanggil tekanan perkataan atau tekanan leksikal. Sesetengah bahasa mempunyai tekanan tetap yang bermaksud bahawa tekanan pada hampir setiap perkataan berbilang bahasa jatuh pada suku kata tertentu, seperti yang terakhir (contohnya bahasa Poland) atau yang pertama. Bahasa-bahasa lain yang mana tekanan sukar diduga daripada itu seperti bahasa Inggeris dan Rusia mempunyai tekanan yang berubah-ubah. Adakalanya dapat dikenal pasti lebih daripada satu tahap tekanan, seperti tekanan primer dan tekanan sekunder. Walau bagaimanapun, sesetengah bahasa, seperti bahasa Perancis dan Mandarin, didapati langsung tiada tekanan leksikal.

Tekanan yang diletakkan pada kata-kata dalam ayat dipanggil tekanan ayat atau tekanan prosodi. Ini adalah salah satu daripada tiga komponen prosodi di samping dengan irama dan intonasi. Ini termasuk tekanan frasa (penekanan baku bagi kata-kata tertentu dalam frasa atau klausa), dan tekanan kontras (digunakan untuk memberikan penekanan khusus kepada suatu perkara, baik suatu kata, mahupun sebahagian kata).

Tekanan leksikal sunting

Tekanan leksikal atau tekanan kata adalah tekanan yang terletak pada suku kata yang diberikan dalam sepatah perkataan. Kedudukan tekanan leksikal dalam suatu perkataan mungkin bergantung kepada peraturan nahu umum yang tertentu dalam bahasa atau dialek yang digunakan, sedangkan dalam bahasa lain, tekanan tidak dapat diduga dan mesti dihafaz kata demi kata. Ada kalanya, tekanan berbeza-beza mengikut golongan kata; sebagai contoh, kata-kata pinjaman ke dalam suatu bahasa yang mempunyai tekanan tetap boleh mengekalkan penempatan tekanan dari bahasa sumber.

Tekanan tetap sunting

Sesebuah bahasa disifatkan mempunyai tekanan tetap jika kedudukan tekanan biasanya boleh diduga oleh peraturan yang mudah. Contohnya, dalam bahasa-bahasa Czech, Finland, Iceland dan Hungary, tekanan sering jatuh pada suku kata pertama perkataan. Dalam bahasa Armenia, tekanan jatuh pada suku kata terakhir perkataan.[4] Dalam bahasa-bahasa Quechua, Esperanto, dan Poland, tekanan seringkali jatuh pada suku kata kedua terakhir. Dalam bahasa Makedonia, tekanan jatuh pada suku kata ketiga terakhir.

Tekanan berasaskan peraturan sunting

Ada bahasa lain yang meletakkan tekanan pada suku kata yang berbeza-beza tetapi boleh diduga, misalnya dalam bahasa Arab dan Latin Klasik, yang mana tekanan ditentukan oleh struktur suku kata tertentu. Bahasa-bahasa ini dikatakan mempunyai peraturan tekanan nalar.

Pernyataan mengenai kedudukan tekanan kadang-kadang dipengaruhi oleh hakikat bahawa apabila perkataan dibicarakan secara berasingan, timbul faktor-faktor prosodi (lihat di bawah) yang tidak terjadi apabila perkataan tersebut dituturkan secara normal dalam suatu ayat. Ada yang mengatakan bahawa perkataan Perancis diberi tekanan pada suku kata akhir, tetapi itu boleh dikaitkan dengan tekanan prosodi yang jatuh pada suku kata yang terakhir sepanjang ungkapan (melainkan ia adalah schwa, maka tekanan beralih kepada suku kata kedua terakhir). Oleh itu, tekanan jatuh pada suku kata terakhir perkataan yang dikupas secara berasingan..Begitu juga keadaannya bagi bahasa Cina baku. Bahasa Perancis (dan Mandarin[5]) boleh dianggap tidak mempunyai tekanan leksikal sebenarnya.

Tekanan berubah-ubah sunting

Bahasa-bahasa di mana kedudukan tekanan dalam perkataan sukar diduga dikatakan mempunyai tekanan berubah-ubah, misalnya bahasa Inggeris, Rusia, Itali, Portugis dan Sepanyol. Tekanan ini lazminya benar-benar mempengaruhi erti kata dan mesti dihafaz sepatah demi sepatah kata. Dalam sesetengah bahasa, seperti dalam bahasa Sepanyol dan Portugis, tekanan ditandakan dalam tulisan dengan tanda diakritik; contohnya dalam bahasa Sepanyol: célebre (terkenal) dan celebré (aku telah meraikan). Dalam bahasa Rusia, tekanan boleh beranjakan walaupun merentasi corak fleksi suatu perkataan, malah kadang-kadang terdapat tanda diakritik untuk orang yang belajar bahasa tersebut, baik penutur asli mahupun asing.

Dalam bahasa yang mempunyai tekanan berubah-ubah, tekanan boleh dijadikan ciri-ciri fonemik yang digunakan untuk membezakan kata-kata yang serupa sebutannya. Sebagai contoh, perkataan Bahasa Inggeris insight (/ˈɪnst/, "wawasan") dan incite (/ɪnˈst/, "menghasut") dibezakan dengan kedudukan tekanan, iaitu pada suku kata pertama bagi insight dan suku kata kedua bagi incite. Contoh dalam bahasa lain termasuk: dalam bahasa Jerman, umschreiben ([ˈʔʊmʃʁaɪbn] "menulis semula" vs [ʔʊmˈʃʁaɪbn̩] "memparafrasakan, mengolah semula ayat"); dan bahasa Itali, ancora ([ˈaŋkora] "sauh" vs [aŋkoːra] "lagi, masih").

Sesetengah bahasa yang mempunyai tekanan leksikal juga mengalami perubahan vokal dan/atau konsonan seiring dengan perubahan tekanan. Hal ini berlaku secara sistematik dalam bahasa Rusia, contohnya: за́мок ([ˈzamək], "istana kota") vs замо́к ([zɐˈmok], "mangga kunci"); dan dalam bahasa Portugis, seperti "kembar tiga" sábia ([ˈsabjɐ], "wanita bijak"), sabia ([sɐˈbiɐ], "telah tahu"), sabiá ([sɐˈbja], "burung murai").

Tahap-tahap tekanan sunting

Sesetengah bahasa digambarkan mempunyai stres primer dan tekanan sekunder. Suku kata dengan tekanan sekunder diberi penekanan lebih daripada suku kata yang tidak ditekankan tetapi tidak sekuat suku kata bertekanan primer. Seperti tekanan primer, kedudukan tekanan sekunder mungkin lebih kurang boleh diduga bergantung pada bahasa. Dalam bahasa Inggeris, tekanan sekunder tidak boleh diduga sepenuhnya, tetapi tekanan sekunder yang berbeza dari kata-kata organization dan accumulation (pada suku kata pertama dan kedua) dapat diduga kerana tekanan yang sama dari kata kerja órganize dan accúmulate.

Tekanan prosodi sunting

Tekanan prosodi atau tekanan ayat merujuk kepada corak tekanan yang digunakan pada tahap yang lebih tinggi daripada perkataan individu, iaitu dalam unit prosodi. Ini mungkin melibatkan ciri-ciri pola tekanan semula jadi yang terdapat dalam suatu bahasa, tetapi mungkin juga melibatkan penekanan pada kata-kata tertentu kerana kepentingan relatifnya (tekanan kontras).

Contoh bagi corak tekanan prosodi semula jadi adalah seperti yang diterangkan untuk bahasa Perancis di atas, yang mana tekanan jatuh pada suku kata yang terakhir akhir sepanjang ungkapan (kecuali yang berakhir dengan schwa, maka tekanan beralih kepada suku kata kedua terakhir).

Tekanan prosodik juga sering digunakan secara pragmatik untuk menekankan (menumpukan perhatian pada) kata-kata tertentu atau idea-idea yang berkaitan dengannya. Perbuatan ini boleh mengubah atau memperjelaskan makna ayat; sebagai contoh:

Tekanan Tafsir Maksud tersirat
I didn't take the test yesterday. Bukan saya yang ambil ujian semalam. Orang lain yang ambil.
I didn't take the test yesterday. Saya tak pernah ambil ujian semalam. Saya terlepas ujian itu.
I didn't take the test yesterday. Ujian semalam bukannya saya ambil. Saya buat perkara lain dengan ujian itu.
I didn't take the test yesterday. Saya tak ambil ujian yang itu semalam. Saya ambil ujian lain.
I didn't take the test yesterday. Ujian semalam saya tak ambil. Saya ambil benda lain.
I didn't take the test yesterday. Semalam, saya tak ambil ujian. Saya ambil pada hari yang lain.

Rujukan sunting

  1. ^ Fry, D.B. (1955). "Duration and intensity as physical correlates of linguistic stress. Journal of the Acoustical Society of America". Journal of the Acoustical Society of America. 27: 765–768.
  2. ^ Fry, D.B. (1958). "Experiments in the perception of stress". Language and Speech. 1: 126–152.
  3. ^ GH Monrad-Krohn, "Kualiti ucapan prosodik dan gangguannya (tinjauan ringkas dari sudut pandang neurologi)", Acta Psychiatrica Scandinavica , vol. 22, isu 3-4, ms 255-269.
  4. ^ Mirakyan, Norayr (2016). "The Implications of Prosodic Differences Between English and Armenian" (PDF). Collection of Scientific Articles of YSU SSS. YSU Press. 1.3 (13): 91–96.
  5. ^ San Duanmu (2000), Fonologi Bahasa Cina Standard , Oxford University Press, ms. 134.