Sastera Hindu dapat dibahagikan kepada dua kategori: Shruti–yang ditunjukkan, dan Smriti – yang diingati. Veda yang membentuk shruti dianggap wahyu dan oleh sebab itu dianggap kitab suci. Teks-teks terkemudian, seperti pelbagai shastra, itihaasa dan Purana, membentuk smriti. Walaupun Bhagavad Gita itu sebahagian daripada Mahabharata (Itihaasa), lantas ia sebuah smriti, pada hari ini ia dianggap teks shruti oleh kebanyakan orang Hindu. Semua kitab shruti dikarang dalam bahasa Sanskrit.

Om

Terdapat empat veda (Rigveda, Yajurveda, Samaveda dan Atharvaveda), dan setiap veda mempunyia empat jnis teks yang berkaitan dengannya: Samhita (veda sebenar), Brahmana, Aranyaka dan Upanishad. Selalunya, terdapat lebih daripada satu shakha (resensi) buat setiap samhita. Misalnya, Yajurveda mempunyai dua: Yajurveda shukla dan Yajurveda krishna. Kadang kala bahan-bahan bercampur-campur. Misalnya, dalam Yajurveda krishna, ayat-ayat samhita diselangi oleh bahan brahmana. Upanishad Brihadaranyaka dianggap sebagai aranyaka dan juga upanishad.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.