Televisyen di United Kingdom

Penyiaran televisyen di Britain yang bermula pada tahun 1936, kini bermegah dengan beraneka perkhidmatan percuma dan berbayar melalui pelbagai media pengedaran, mencecah 600 saluran untuk pengguna di samping juga kandungan video atas permintaan. Terdapat enam pemilik saluran utama yang meawarkan perkhidmatan kepada penonton. Setiap tahun dihasilkan 27,000 jam kandungan buatan tempatan yang menelan belanja £2.6 bilion. Penutupan sistem terestrial analog sedang dijalankan satu demi satu dan bakal disiapkan pada tahun 2012.

Penyedia perkhidmatan televisyen sunting

Perlbagai penyedia TV disediakan baik percuma mahupun langganan, menawarkan bermacam-macam saluran, kemudahan seperti panduan rancangan (EPG), video atas permintaan (VOD), definisi tinggi (HD), televisyen interaktif dengan butang merah, tidak lupa juga liputan seluruh UK. Selalunya, kotak atas set disediakan untuk menerima perkhidmatan ini; tetapi juga adanya Televisyen Digital Bersepadu (IDTV) untuk menerima perkhidmatan Freeview atau Freesat. Perkhidmatn Top Up TV dan BT Vision menggunakan kotak hibrid yang menerima Freeview dan juga saluran berbayar tambahan. Isi rumah yang menerima TV dari internet (YouTube, Joost, muat turun dsb.) tidak dijejaki oleh Ofcom. Lima saluran paling ramai penonton di UK, iaitu BBC One, BBC Two, ITV, Channel 4 dan Five, disediakan oleh semua penyedia (tetapi saluran Five tidak boleh diterima melalui siaran terestrial analog di sesetengah tempat, termasuk hampir seluruh Wales).

Penyedia Percuma atau berbayar Bilangan saluran VOD HD Butang merah Isirumah Pancaran
Terestrial analog Percuma Tidak lebih 6 Tidak Tidak Tidak 2,700,000[1] Terestrial analog
Freesat Percuma 79 (TV), 36 (radio) Tidak Ya Ya 350,000[1][nb 1] Satelit digital
Freesat from Sky Percuma + PPV Lebih 240[2] Tidak Tidak Ya 153,000[1][nb 2] Satelit digital
Freeview Percuma Tidak lebih 44 (TV), 24 (radio) Tidak Tidak Ya 9,700,000[1] Terestrial digital
Freewire Percuma dan berbayar 25 percuma[3], 19 berbayar[4] Tidak Tidak Tidak 40,000[5] IPTV
Internet Pelbagai Tidak diketahui Ya Ya Tidak 17,275,660[6] Televisyen Internet
BT Vision Tidak-percumaBerbayar Seperti Freeview Ya Ya Tidak 423,000[7] IPTV dan terestrial digital
Orange Tidak-percumaBerbayar Tidak diketahui Tidak diketahui Tidak Tidak Tidak diketahui Televisyen mudah alih
Sky TV Tidak-percumaBerbayar Kira-kira 600 (TV and radio) Push Ya Ya 8,900,000[1] Satelit digital
Smallworld Tidak-percumaBerbayar 99[8] Tidak Tidak Tidak [nb 3] Kabel digital
T-Mobile Tidak-percumaBerbayar Tidak diketahui Tidak diketahui Tidak Tidak Tidak diketahui Televisyen mudah alih
Tiscali TV Tidak-percumaBerbayar 73 Ya Tidak Tidak 100,000[1] IPTV
Top Up TV Tidak-percumaBerbayar Seperti Freeview Push Tidak Tidak 200,000[1] Terestrial digital
Virgin [analog] Tidak-percumaBerbayar 35[9] Tidak Tidak Tidak 90,000[1] Kabel analog
Virgin [digital] Tidak-percumaBerbayar Kira-kira 318 (tv & radio) (TV)[10] Ya Ya Ya 3,510,400[1][nb 4][nb 3] Kabel digital
Vodafone Tidak-percumaBerbayar Tidak diketahui Tidak diketahui Tidak Tidak Tidak diketahui Televisyen mudah alih
WightCable Tidak-percumaBerbayar 120[11] Tidak Tidak Tidak [nb 3] Kabel digital
Penerimaan TV berbayar lwn percuma oleh peti TV utama isi rumah UK
Jenis Peratusan Isirumah Penyedia
 
Percuma 50.5% 12,864,803 Freesat, Freesat from Sky, Freeview, TV terestrial analog
Berbayar 49.5% 12,625,197 Sky TV, Smallworld Media, Tiscali TV, Top Up TV, Virgin Media, Wightcable
Sistem penyiaran/penerimaan peti TV utama isi rumah UK
Jenis Peratusan Isirumah Penyedia
  Terestrial 49.4% 12,600,000 Analog, Freeview, Top Up TV
Satelit 36.9% 9,400,000 Freesat, Freesat from Sky, Sky TV
Kabel 13.3% 3,390,000 Smallworld Media, Virgin Media, Wightcable
IPTV melalui ADSL 0.4% 100,000 Tiscali TV
 
Graf bar memaparkan bilangan isi rumah untuk setiap platofrm perkhidmatan TV di TV utama mereka, pada akhir Mac 2009
Perkakas penerimaan perkhidmatan TV UK
Penyedia TV atau IDTV STB Komputer Telefon bimbit
Terestrial analog Ya Ya Tidak
Freesat Ya Ya Tidak Tidak
Freesat from Sky Tidak Ya Tidak Tidak
Freeview Ya Ya Ya Tidak
Freewire Tidak Tidak Ya Tidak
The Internet Tidak Ya Ya Ya
BT Vision Tidak Ya Tidak Tidak
Orange Tidak Tidak Tidak Ya
Sky TV Tidak Ya Tidak Tidak
Smallworld Tidak Ya Tidak Tidak
T-Mobile Tidak Tidak Tidak Ya
Tiscali TV Tidak Ya Tidak Tidak
Top Up TV Tidak Ya Tidak Tidak
Virgin [analog] Tidak Ya Tidak Tidak
Virgin [digital] Tidak Ya Tidak Tidak
Vodafone Tidak Tidak Tidak Ya
WightCable Tidak Ya Tidak Tidak

Lesen sunting

Di United Kingdom dan tanah-tanah naungannya, penonton wajib memegang lesen televisyen berbayar untuk menerima mana-mana perkhidmatan penyiaran televisyen awam dari mana-mana penyedi, termasuk saluran swasta, siaran kabel dan satelit. Pendapatan dari yuran lesen televisyen digunakan untuk membiayai perkhidmatan dan penerbitan kandungan radio, televisyen dan Internet oleh Perbadanan Penyiaran British (BBC), dan kandungan berbahasa Wales oleh S4C. BBC[12] memberikan perangkaan perbelanjaan hasil yuran lesen yang berikut:

  • 50% - BBC One dan BBC Two
  • 15% - TV dan radio tempatan
  • 12% - radio rangkaian
  • 10% - digital (BBC Three, BBC Four, BBC News 24, BBC Parliament, CBBC, CBeebies)
  • 10% - kos pemancaran dan kutipan yuran lesen
  • 3% - BBC Online, Ceefax, dan perkhidmatan interaktif (termasuk bbc.co.uk dan BBC Red Button)

Catatan sunting

  1. ^ Freesat sales figures, as quoted in §3.13 of Ofcom report
  2. ^ Derived from total free satellite households (figure 12) and Freesat sales figures (§3.13) in Ofcom report
  3. ^ a b c Smallworld, Virgin and Wightcable have 3,300,000 subscribers combined according to Ofcom figures
  4. ^ This figure is from Virgin Q1 2009 results as quoted in Ofcom report

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i "The Communications Market: Digital Progress Report - Digital TV, Q1 2009" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-07-10. Dicapai pada 2009-09-27.
  2. ^ Pay Once Watch Forever > What's on TV
  3. ^ Freewire - Freewire
  4. ^ Freewire - Freewire Extra!
  5. ^ Broadcasting - News - We've doubled IPTV viewers, says provider - Digital Spy
  6. ^ 1c. Total broadband subscribers by country (December 2008), OECD, dicapai pada 2009-07-05
  7. ^ [1]
  8. ^ Digital TV
  9. ^ Non-digital postcode
  10. ^ TV Size: XL - Channel Listing
  11. ^ Wightcable Telephone Broadband and Cable Television on the Isle of Wight
  12. ^ BBC News (2005-03-02). "BBC governors set to be scrapped". Dicapai pada 2006-06-18.