Televisyen digital

Televisyen digital (DTV) ialah sistem telekomunikasi untuk penyiaran dan penerimaan gambar bergerak dan bunyi melalui isyarat digital, dibandingkan dengan isyarat analog yang digunakan oleh televisyen analog (tradisional). DTV menggunakan data modulasi digital yang dimampatkan secara digital dan memerlukan penyahkodan dengan sejenis set televisyen yang direka khas, atau sejenis penerima standard dengan set-top box, atau sebuah PC yang dipasang kad televisyen. Teknologi yang diperkenalkan pada akhir 1990-an ini menarik perusahaan penyiaran televisyen dan industri elektronik penggua kerana menawarkan peluang kewangan baru.

Televisyen digital lebih fleksibel dan efisyen berbanding televisyen analog yang kita ada sekarang. Televisyen digital membawa gambar yang lebih jelas, mutu bunyi lebih bagus dan lebih banyak rancangan berbanding analog.

Maklumat teknikal sunting

Format dan lebar jalur sunting

Dalam amalan kini, televisyen definisi tinggi (HDTV) yang biasanya disalurkan melalui DTV, memakai satu daripada dua format berikut: 1280 × 720 piksel dalam mod imbasan progresif (720p) atau 1920 × 1080 piksel dalam mod berjalin (1080i). Kedua-duanya menggunakan nisbah aspek 16:9. (Sesetengah televisyen mampu menerima leraian gambar definisi tinggi bernisbah 1920 × 1080 pada kadar gambar imbasan progresif 60 Hz — iaitu 1080p60 — namun format ini belum menjadi piawai, lebih-lebih lagi tiada penyiar yang mampu memancarkan isyarat ini ke udara pada mutu yang memuaskan lagi.)

Secara perbandingan, TV definisi biasa boleh memakai salah satu daripada pelbagai format yang mengambil bentuk pelbagai nisbah aspek, bergantung pada teknologi penyiaran yang digunakan di negara. Bagi siaran nisbah aspek 4:3, format 640 × 480 dipakai di negara-negara NTSC, sementara 720 × 576 (diubah kepada 768 × 576) pula di negara-negara PAL. Untuk siaran 16:9 pula, format 704 × 480 (diubah kepada 848 × 480) digunakan di negara-negara NTSC, sementara format 720 × 576 (diubah kepada 1024 × 576) digunakan di negara-negara PAL. Namun begitu, para penyiar boleh mengurangkan peleraian ini untuk menjimat lebar jalur (contoh, kebanyakan saluran DVB-T di United Kingdom menggunakan peleraian mengufuk 544 atau 704 segaris).[1][2] Mutu gambar yang didapati agak memuaskan kerana penjalinan—peleraian mencancang efektif dikurangkan menjadi 288 garis.

Setiap saluran DTV dibenarkan disiarkan pada kadar data sehingga 19 megabit sesaat, atau 2.375 megabait sesaat. Bagaimanapun, penyiar tidak perlu menggunakan seluruh lebar jalur untuk cuma satu saluran penyiaran. Sebaliknya, siaran boleh dibahagikan merentangi beberapa subsaluran video yang berbeza-beza mutu dan kadar mampatannya, termasuk perkhidmatan siaran data bukan video yang membenarkan strim data lebar jalur tinggi sehala ke komputer.

Penyiar boleh memilih untuk menggunakan isyarat digital definisi biasa dan bukannya HDTV, kerana kelaziman kini membolehkan lebar jalur saluran DTV (atau "multipleks") dibahagikan menjadi pelbagai subsaluran, menyediakan pelbagai suapan rancangan yang berlainan sekali pada saluran yang sama. Kebolehan menyediakan sama ada satu suapan HDTV tunggal atau pelbagai suapan gambar dileraikan lebih rendah ini selalu digelar sebagai pengagihan "bajet bit" atau multicasting. Kadang-kadang ini boleh disusun secara automatik, menggunakan pemultipleks statistik (atau "stat-mux"). Dengan adanya beberapa pelaksanaan, peleraian imej mungkin kurang terbatas oleh lebar jalur; contohnya dalam DVB-T, penyiar boleh memilih antara skema-skema modulasi yang berbeza, memberikan pilihan untuk mengurangkan kadar bit pemancaran dan memudahkan penerimaan untuk penonton yang lebih jauh atau bergerak-gerak.

Penerimaan sunting

Terdapat sebilangan kaedah berbeza untuk menerima televisyen digital. Salah satu kaedah paling lama untuk menerima DTV (dan TV secara amnya) ialah penggunaan antena. Kaedah ini dipanggil televisyen terestrial digital (DTT). Dengan DTT, pilihan penonton terhad kepada apa-apa saluran yang dipetik antena itu, dan mutu isyarat pun berbeza-beza.

Kaedah-kaedah lain turut direka untuk menerima TV digital, termasuk kabel digital dan satelit digital. Di sesetengah negara di mana pancaran isyarat TV biasanya dicapai oleh gelombang mikro, MMDS digital digunakan. Piawaian-piawaia laun, seperti DMB dan DVB-H direka untuk membolehkan peranti mudah alih seperti telefon bimbit menerima isyarat TV. Satu lagi kaedah ialah IPTV, iaitu menerima TV melalui Protokol Internet dengan mutu perkhidmatan (QoS) yang terjamin. Akhirnya, satu lagi alternatif ialah menerima isyarat TV melalui prasarana Internet terbuka, iaitu TV Internet.

Kini, tidak kira bagaimana DTV diterima, kebanyakan penonton akan menerimanya melalui sejenis set-top box yang menyahkod isyarat digital kepada isyarat yang difahami televisyen — iaitu televisyen berfungsi sebagai monitor semata-mata. Walaupun begitu, makin banyak set TV dipasang penerima bersepadu yang dipanggil iDTV.

Sesetengah isyarat disertakan penyulitan dan menetapkan syarat penggunaan (seperti "tidak boleh dirakam" atau "tidak boleh ditonton pada paparan yang jarak pepenjurunya melebihi 1 m") disokong kuasa undang-undang bawah Perjanjian Hakcipta WIPO dan perundangan negara yang melaksanakannya, seperti Akta Hakcipta Alaf Digital di Amerika Syarikat. Capaian ke saluran yang disulitkan boleh dikawal oleh kad pintar yang boleh tanggal, contohnya melalui piawaian Antaramuka Umum (DVB-CI) untuk Eropah dan melalui Titik Penggunaan (Point Of Deployment, POD) untuk IS atau dinamakan CableCard.

Parameter perlindungan untuk penyiaran DTV terestrial sunting

Parameter sistem
(nisbah perlindungan)
Kanada [13] AS [5] EBU [9, 12]
ITU-mode M3
Jepun & Brazil [36, 37][3]
C/N untuk Saluran AWGN +19.5 dB
(16.5 dB[4])
+15.19 dB +19.3 dB +19.2 dB
DTV sesaluran kepada TV analog +33.8 dB +34.44 dB +34 ~ 37 dB +38 dB
TV analog sesaluran kepada DTV +7.2 dB +1.81 dB +4 dB +4 dB
DTV sesaluran kepada DTV +19.5 dB
(16.5 dB[4])
+15.27 dB +19 dB +19 dB
DTV Saluran Sebelah Lebih Rendah kepada TV analog −16 dB −17.43 dB −5 ~ −11 dB[5] −6 dB
DTV Saluran Sebelah Lebih Tinggi kepada TV analog −12 dB −11.95 dB −1 ~ −10[5] −5 dB
TV analog Saluran Sebelah Lebih Rendah kepada DTV −48 dB −47.33 dB −34 ~ −37 dB[5] −35 dB
TV analog Saluran Sebelah Lebih Tinggi kepada DTV −49 dB −48.71 dB −38 ~ −36 dB[5] −37 dB
DTV Saluran Sebelah Lebih Rendah kepada DTV −27 dB −28 dB −30 dB −28 dB
DTV Saluran Sebelah Lebih Tinggi kepada DTV −27 dB −26 dB −30 dB −29 dB

Interaksi sunting

Di antara penonton TV dan sistem TV berlakunya interaksi yang boleh difahami dalam cara berbeza, bergantung pada bahagian sistem DTV yang mana terlibat; mungkin itulah interaksi dengan STB sahaja (untuk beralih ke saluran TV lain atau melayar EPG).

Sistem-sistem DTV moden boleh menyediakan interaksi antara pengguna akhir dan penyiar melalui penggunaan laluan balik. Selain kabel sepaksi dan gentian optik yang boleh dua hala, modem dialup, sambungan Internet, atau apa-apa kaedah lain biasanya digunakan untuk laluan balik dengan rangkaian satu hala seperti siaran satelit dan antena.

Selain tidak memerlukan laluan balik yang berasingan, kabel juga menikmati saluran komunikasi yang disetempatkan pada kawasan perumahan dan bukan bandar (terestrial) atau kawasan yang lebih besar (satelit). Ini menyediakan cukup lebar jalur yang boleh diubahsuai untuk membolehkan video atas permintaan sebaiknya.

Penutupan analog sunting

Kini, kebanyakan negara mengendali perkhidmatan Tayangan serentak iaitu penyiaran disediakan untuk tontonan dalam kedua-dua bentuk analog dan digital pada masa yang sama. Sambil penyiaran digital semakin popular besar kemungkinan perkhidmatan analog sedia ada akan dihentikan. Ini sudahpun berlaku di beberapa negara di mana penyiar telah meawarkan insentif kepada para penonton agar menggalakkan mereka beralih ke digital atau cuma beralih perkhidmatan sama ada mereka hendak beralih atau tidak. Dalam kes-kes lain, dasar kerajaan diperkenalkan untuk menggalakkan proses peralihan, terutamanya berkenaan penyiar terestrial.

Campur tangan kerajaan biasanya melibatkan penyediaan dana untuk penyiar serta, adakalanya, bantuan kewangan kepada penonton, untuk membolehkan terlaksananya peralihan menjelang batas waktu yang diberikan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Latest snapshots - Freeview/DTT bitrates (Mendip transmitter, UK)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-22. Dicapai pada 2021-08-12.
  2. ^ http://www.aums30.dsl.pipex.com/home.htm
  3. ^ ISDB-T (6 MHz, 64QAM, R=2/3), TV Analog (M/NTSC).
  4. ^ a b Parameter Kanada, C/(N+I) antaramuka DTV berhingar tambah sesaluran sepatutnya 16.5 dB.
  5. ^ a b c d Depending on analog TV systems used.

Pautan luar sunting