Teluk Guantánamo (Sepanyol: Bahía de Guantánamo) ialah sebuah teluk yang terletak di Wilayah Guantánamo di tenggara Cuba (19°54′N 075°09′W / 19.900°N 75.150°W / 19.900; -75.150Koordinat: 19°54′N 075°09′W / 19.900°N 75.150°W / 19.900; -75.150). Ia merupakan pelabuhan terbesar di sebelah selatan negara pulau ini dan dikelilingi oleh bukit-bukau yang membentuk suatu enklaf yang terputus dengan daerah pedalaman berdekatan. Bandar terdekat ialah Guantánamo.

Pemandangan udara Teluk Guantánamo

Amerika Syarikat mempunyai kuasa kawalan wilayah di bahagian selatan Teluk Guantánamo mengikut Perjanjian Amerika Syarikat–Cuba 1903.[1] A.S. mempunyai kawalan dan bidang kuasa penuh di kawasan ini, di mana ia membina sebuah pangkalan tentera, namun mengiktiraf Cuba mempunyai kedaulatan penuh. Kerajaan semasa Cuba menganggap kehadiran A.S. di teluk ini sebagai tidak sah dan mendakwa perjanjian tersebut dilakukan dengan terpaksa dan melanggar undang-undang antarabangsa.[2] Ia merupakan lokasi kem tahanan Teluk Guantanamo, suatu penjara luar kawasan milik A.S.

Nota sunting

  1. ^ "Avalon Project - Agreement Between the United States and Cuba for the Lease of Lands for Coaling and Naval stations; 23 Februari 1903". Avalon.law.yale.edu. Dicapai pada 2013-03-26.
  2. ^ De Zayas, Alfred. (2003.) The Status of Guantánamo Bay and the Status of the Detainees. Diarkibkan 2009-03-24 di Wayback Machine

Pautan luar sunting

 
Wikinews
Wikinews mempunyai berita-berita  
yang berkaitan dengan:
Guantanamo Bay