Teluk Panglima Garang

Telok Panglima Garang ialah sebuah bandar yang terletak di antara Banting dan Klang, Selangor, Malaysia. Lokasinya ialah kira-kira 16 km di selatan Kelang/Klang dan 17 km di utara Banting.

Telok Panglima Garang
Petempatan
Bandar Tropicana Aman terletak di Telok Panglima Garang.
Bandar Tropicana Aman terletak di Telok Panglima Garang.
Koordinat: 2°54′44″N 101°27′49″E / 2.9121341°N 101.4637294°E / 2.9121341; 101.4637294
Negara Malaysia
NegeriSelangor Darul Ehsan
DaerahKuala Langat

Asal-Usul sunting

Menurut penceritaan Allahyarham Tuan Haji Talib Bin Bulat, bekas Ketua Kampung Telok Panglima Garang yang berkhidmat selama 25 tahun dari tahun 1968-1994 mengatakan bahawa nama asal Teluk Panglima Garang ialah Nibong Dengkil. Disebabkan kedudukan geografinya, ia dipanggil ‘teluk’ oleh orang Asli.

Nibong Dengkil pada ketika itu adalah merupakan penempatan kaum orang Asli dari suku Temuan. Disebabkan Nibong Dengkil terletak di kedudukan yang strategik berhampiran Sungai Langat, ia menjadi kawasan singgahan pedagang Acheh yang kemudiannya membuat penempatan tetap di hilir sungai sehingga kawasan tersebut dipanggil Beting Pak Acheh.

Setelah mendapat tahu terdapat Orang Asli tinggal di Nibong Dengkil, orang Acheh telah membuat keputusan untuk mudik ke hulu untuk mengembangkan tanah taklukan mereka dengan mengambil alih penguasaan di Nibong Dengkil.

Disebabkan tindakan agresif orang Acheh, orang Asli di Nibong Dengkil berasa sangat terhina dengan tindak-tanduk mereka lantas bertindak balas sehingga mencetuskan pergaduhan. Disebabkan orang Acheh menurunkan panglima-panglima yang handal, garang dan bengis dalam pertempuran, orang Asli terpaksa beralah dan melarikan diri ke Bukit Tampoi yang terletak di Dengkil.

Sewaktu dalam perjalanan ke Bukit Tampoi, mereka telah menyusuri sungai dan menempuh kampung-kampung berdekatan dan sempat berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan berkata:

“Jaga baik-baik di teluk ada penglima garang”

Terdapat bukti sehingga sekarang di mana penduduk di kalangan orang Asli di Bukit Tampoi, Dengkil yang mendakwa moyang mereka berasal dari Telok dan menetap di Bukit Tampoi setelah dihalau oleh orang Acheh yang handal dan garang.

Kawasan perumahan sunting

Ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Kampung sunting

Ditadbir oleh Balai Penghulu Mukim Teluk Panglima Garang

Mukim Kampung Keluasan (Ekar)
Telok Panglima Garang Kampung Sijangkang 4,047.79
Kampung Batu 9,Kebun Baharu 2,106.64
Kampung Batu 10,Kebun Baharu 2,177.44
Kampung Medan 1,202.25
Kampung Sungai Jaron (Kampung Baru) 940.75
Kampung Sungai Rambai 1,947.8
Kampung Telok Panglima Garang 5265.1

Bank sunting

Industri sunting

Kawasan Industri Teluk Panglima Garang dibina sekitar tahun 1995 bagi menampung keperluan para pelabur yang dijemput melabur di Selangor. Banyak kilang-kilang haram di sekitar Sungai Langat, Sungai Klang, Banting, Klang dan lain-lain dipindahkan ke sini.

Antara kilang yang terbesar ialah kilang elektronik NEC Semiconductor dari Jepun.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting