Tengku Abdul Kadir Kamaruddin

Tengku Abdul Kadir Kamaruddin (Phraya Pattani V) ialah Raja Kerajaan Patani yang terakhir. Beliau telah dipecat oleh Siam sebagai Raja Pattani pada 1902. Tengku Abdul Kadir adalah daripada keturunan Raja Muda Long Ismail ibni DYTM Long Yunus. Tengku Abdul Kadir telah mangkat di Istana Tengku Sri Akar pada 19 Mei 1933 dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar.

Beliau berkahwin dengan Tengku Mariam Tengku Kembang Putri Binti Almarhum Sultan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tengku Puteri pada tahun 1891. Perkahwinan beliau dengan Tengku Puteri telah dikurniakan tiga orang zuriat iaitu:

  • Tengku Ahmad Zainal Abidin (Tengku Seri Akar D'Raja)
  • Tengku Mahmood Mahyideen
  • Tengku Besar Zubaidah, berkahwin dengan Tengku Ismail
    • Tengku Budriah (Raja Perempuan Perlis dan Raja Permaisuri Agong Malaysia ke-3)
    • Tengku Noor Zakiah
    • Tengku Ahmad Rithaudeen