Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina

Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina (Bahasa Bosnia: [Armija Republike Bosne i Hercegovine (ARBiH) /] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) Армија Републике Босне и Херцеговине (АРБиХ)) merupakan pasukan tentera bagi Republik Bosnia dan Herzegovina yang ditubuhkan oleh kerajaan Bosnia dan Herzegovina pada tahun 1992 berikutan tercetusnya Perang Bosnia. Berikutan dengan tamatnya peperangan dan tandatangan dalam Perjanjian Dayton pada tahun 1995, ia ditukarkan menjadi Tentera Darat Persekutuan Bosnia dan Herzegovina. ArBiH merupakan satu-satunya pasukan tentera di wilayah Bosnia dan Herzegovina yang diakui sebagai sah oleh kerajaan-kerajaan lain. Di bawah Undang-undang Pembaharuan Pertahanan Negara, Angkatan Tentera Bosnia dan Herzegovina disatukan di bawah struktur tunggal, OSBiH, menjdikan entiti tentera tidak berfungsi.[1][2]

Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina

Lambang Tentera Darat Bosnia
Diasaskan 15 April 1992
Dibubarkan 14 Disember 1995
Cabang khidmat Tentera Darat Bosnia
Tentera Udara dan Pertahanan Bosnia
Ibu pejabat Sarajevo, Republik Bosnia dan Herzegovina
Kepimpinan
Panglima Tertinggi Presiden Alija Izetbegović
Menteri Pertahanan Munib Bisić
Komander Jeneral Sefer Halilović (1992-1993)
Jeneral Rasim Delić (1993-1995)
Kakitangan aktif 90-120,000 ~230,000 (pada 1995)
Rencana berkaitan
Sejarah
Pangkat Pangkat dan lambang ketenteraan Bosnia dan Herzegovina

Sejarah sunting

 
Askar kerahan Armija RBiH di Visoko pada tahun 1992
 
Sebuah perkuburan di Mostar mengibarkan bendera Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina (kiri), bendera Bosnia dan Herzegovina, dan bendera Republik Bosnia dan Herzegovina

Penubuhan dan komposisi sunting

Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina dibentuk pada 15 April 1992 semasa hari-hari awal Perang Bosnia.[3] Sebelum ARBiH diwujudkan secara rasmi, beberapa kumpulan pertahanan paramiliter dan pertahanan awam telah ditubuhkan. Liga Patriotik (PL) dan Angkatan Pertahanan Wilayah Republik Bosnia dan Hercegovina (TORBIH) adalah tentera rasmi sementara paramilitari seperti unit Zelene Beretke (Green Beret) dan Crni Labudovi (Black Swans) juga aktif. Kumpulan lain yang tidak teratur termasuk kumpulan mafia Bosnia, termasuk juga kumpulan polis dan bekas tentera Tentera Darat Rakyat Yugoslavia.

Tentera dibentuk dalam keadaan buruk, dan mengalami bekalan senjata yang sangat terbatas. Kekurangan kritikal termasuk kereta kebal dan persenjataan berat lainnya. Panglima tentera pertama adalah Sefer Halilović.

1992 sunting

Pada tahun 1992, 70% daripada Bosnia dikawal oleh JNA (Tentera Darat Rakyat Yugoslavia), dan kemudian di bawah VRS (Tentera Darat Serb Bosnia). Sarajevo telah dikepung. ARBiH telah mempertahankan Sarajevo dengan persenjataan ringan. Tentera darat telah dikelilingi dan pemindahkan bekalan sukar dilakukan.

1993 sunting

1993 menyaksikan tiada perubahan besar dalam barisan hadapan menentang Serbia. Sebaliknya, tahun ini menandakan permulaan perang Croat-Bosniak di Bosnia Tengah dan Herzegovina, terutamanya di wilayah Mostar. Ditekan dan dikepong oleh pasukan Serb Serbia yang bersenjata lengkap di Bosnia-Hercegovina dan Croatia, pasukan Croat-HVO (Majlis Pertahanan Kroasia) mengalihkan perhatian mereka dari mempertahankan bahagian Bosnia mereka dari Serbia untuk cuba menawan wilayah yang masih dipegang oleh Tentara Bosnia. Ia dipercayai secara meluas bahawa ini disebabkan perjanjian Karađorđevo yang dicapai antara presiden Slobodan Milošević dan Franjo Tuđman untuk memecah Bosnia antara Croatia dan Serbia. Untuk mmelakukan ini, tentera Croatia perlu mengalahkan Tentera Bosnia, kerana wilayah yang mereka mahukan berada di bawah kawalan kerajaan Bosnia. HVO pembabitan besar dari Tentera Republik Croatia dan sokongan material dari Serbia, menyerang penduduk awam Bosniak di Herzegovina dan di Bosnia tengah memulakan pembersihan etnis wilayah Bosniak yang berpenduduk (contohnya pembersihan etnis Lembah Lašva). Tentera Bosnia yang kurang bersenjata, bertempur di dua perbatasan, dapat menangkis puak Croats dan mendapatkan wilayah terhadap mereka di setiap perbatasan. Pada masa ini, disebabkan kedudukan geografinya, Bosnia dikelilingi oleh pasukan Croat dan Serbia dari semua arah. Tidak ada cara untuk mengimport senjata atau makanan. Apa yang menyelamatkan Bosnia pada masa ini adalah kompleks perindustriannya yang luas (keluli dan industri berat yang lain), yang mampu beralih kepada pengeluaran ketenteraan. Selepas peperangan yang pendek tetapi berdarah, dan sebaik sahaja Croats sedar bahawa perkongsian mereka dengan Serbia tidak akan membawa mereka apa-apa keuntungan wilayah, mereka bersetuju dengan perjanjian keamanan "Washington Treaty" pimpinan AS. Sejak itu, pasukan kerajaan Croatia dan Bosnia bertempur sebagai sekutu menentang Serbia.

1994 sunting

Sebuah perikatan baru antara HVO dan ARBiH telah dipersetujui, dengan objektif untuk menubuhkan pasukan tentera yang kuat yang mampu melawan tentera VRS yang lebih kuat dan memiliki kelengkapkan dengan lebih baik. Pada waktu ini, perundingan damai sering dilakukan.

1995 sunting

Walaupun kehilangan beberapa kawasan enklaf, terutama Srebrenica, 1995 ditandai oleh serangan HVO dan ARBiH dan kemudiannya oleh campur tangan NATO. Berikutan Persetujuan Split, Tentera Darat Croatia, dengan kerjasama ARBiH dan HVO, melancarkan beberapa operasi: Flash, Musim Panas '95, Ribut dan Mistral 2. Sementara tentera Bosnia melancarkan operasi seperti Operasi Sana. Tentera Bosnia dan Croat menyerang dalam fasa ini, menawan seluruh Bosnia barat, dan ibu kota Serb, Banja Luka terancam dengan serius, sehingga rundingan damai menghentikan pertumpahan darah.

Dalam tempoh Ogos-Disember 1995, tentera Serb dikalahkan dan dihalau keluar dari kawasan majoriti Croatia dan Bosnia Barat, dan penduduk etnik Serbia melarikan diri dari bahagian-bahagian ini.

Berikutan pembunuhan beramai-ramai Markale kedua, campur tangan NATO dilancarkan, yang memusnahkan banyak infrastruktur VRS hanya dalam tempoh beberapa hari (Operasi Kuasa Sengaja). Perang berakhir dengan menandatangani Perjanjian Dayton.

Kor Tentera Darat dan Pegawai Memerintah sunting

Tentera dibahagikan kepada beberapa Kor, setiap satunya ditempatkan di wilayah tertentu. Pada tahun 1993, kebanyakan briged telah dinamakan semula sebagai tentera Gunung kerana kekurangan senjata berat menjadikannya tidak berguna untuk menyenaraikan mereka sebagai infantri atau bermotor. Di samping itu, medan Bosnia memberi kelebihan pada infantri ringan mengatasi formasi tentera berperisai dan mekanik.

Sebelum perang sunting

Nama Ibu pejabat Maklumat
TO RBIH Sarajevo Pasukan Pertahanan Simpanan Republik Bosnia dan Hercegovina (Teritorijalna odbrana Bosne i Hercegovine (TO BiH) merupakan angkatan bersenjata pertama Bosnia dan Herzegovina pada permulaan Perang Bosnia. Yang akhirnya berubah menjadi Tentera Darat Republik Bosnia Dan Herzegovina.
Liga Patriotik Sarajevo Liga Patriotik merupakan unit para-tentera pertama Pasukan Pertahanan Simpanan Republik Bosnia dan Herzegovina.[4] Dibentuk pada Mac 1991.
Zelene beretke Sarajevo "Green Berets" merupakan organisasi para-tentera yang diasaskan di Sarajevo pada awal tahun 1992. Mereka telah diserap masuk ke Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina yang baru ditubuhkan pada bahagian kedua tahun 1992.
Black Swans (pasukan khas) Sapna, Konjic Black Swans (Bahasa Bosnia: [Crni Labudovi] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) adalah unit pasukan khas bagi Pasukan Pertahanan Simpanan Republik Bosnia dan Hercegovina ..

Perang sunting

Kor sunting

Nama Ibu pejabat Maklumat
Kor Pertama Sarajevo Kor ini adalah yang pertama dibentuk pada tahun 1992 dan berkhidmat bagi melindungi Sarajevo semasa pengepungan.
Kor Kedua Tuzla Kor ini dibentuk pada tahun 1992 dan mencapai kejayaan besar bagi mempertahankan kawasan Tuzla dan dalam operasi seperti "Operasi Vozuća". Ia adalah satu-satunya kor yang mempunyai hubungan langsung pada satu masa semasa perang dengan Divisyen 81 Bebas.
Kor Ketiga Zenica Kor telah dibentuk pada tahun 1992 dan kerana perubahan cepat dalam pertempuran, bandar-bandar seperti Vareš dibebaskan.
Kor Keempat Mostar Kor ini terkenal dengan kejayaan mempertahankan kota Mostar. Kor telah dibentuk pada tahun 1992 dan juga bekerjasama dengan Pasukan Pertahanan Croatia.
Kor Kelima Bihać
Sanski Most (1995)
Kor 5 yang ditubuhkan pada tahun 1992 adalah salah satu kor yang paling teratur dalam tentera. Mereka membebaskan banyak wilayah Republik Bosnia dan Herzegovina dalam operasi seperti: Operasi Mistral 2, Operasi Ribut dan Operasi Sana.
 
Kor Keenam
Konjic Dibentuk pada 9 Jun 1993. Dibubarkan pada Februari 1994, beberapa unit yang dimasukkan ke dalam Kor 7 dan selebihnya di Kor 4.
Kor Ketujuh Jajce, Travnik Kor adalah salah satu yang paling penting kerana ia membebaskan banyak wilayah. Kejayaan terbesarnya ialah menawan gunung Vlašić.
Grup Operasi Bosnia Timur kemudian, Divisyen Bebas Podrinje ke-28 Srebrenica Ini tidak diklasifikasikan sebagai kor sebaliknya sebagai divisi bebas kerana tidak dihubungkan dengan mana-mana kor. Tugas unit ini adalah membebaskan wilayah di sekitar kawasan Srebrenica.
Grup Operasi Bosnian Timur kemudian, Divisyen Bebas Podrinje ke-81 Goražde Ini tidak diklasifikasikan sebagai kor sebaliknya divisyen bebas kerana tidak dihubungkan dengan mana-mana kor. Tugas unit ini adalah membebaskan wilayah sekitar kawasan Goražde.

Polis Tentera dan Pasukan Khas sunting

Nama Ibu pejabat Maklumnat
Polis Tentera RBIH Sarajevo Ini adalah pasukan polis rasmi di negeri ini dari tahun 1992 hingga 1995.
Briged Pengawal Delta Sarajevo Unit pasukan khas, di bawah kawalan presiden, yang terlibat dalam pertempuran di sekitar Sarajevo.
Skuad Polis Khas "Bosna" Sarajevo Pasukan polis khas utama, secara langsung di bawah kawalan jawatan presiden.
Black Swans (Digabungkan dalam ARBIH sebagai sebuah pasukan khas yang bebas.) Sarajevo Selepas penubuhan ARBIH, unit mendapat status "pasukan tugasan khas".
Markas Tinggi Dokrin Ketenteraan Sarajevo Ini adalah pasukan penyelidik doktrin tentera semasa perang.

Jeneral Staff Bosnia sunting

Komander Kor sunting

  • Mustafa Hajrulahović Talijan (Komander pertama bagi Kor Pertama)
  • Vahid Karavelić (Komander kedua bagi Kor Pertama)
  • Nedžad Ajnadžić (Komander ketiga bagi Kor Pertama)
  • Željko Knez (Komander pertama bagi Kor Kedua)
  • Hazim Šadić (Komander kedua bagi Kor Kedua)
  • Sead Delić (Komander ketiga bagi Kor Kedua)
  • Enver Hadžihasanović (Komander Pertama bagi Kor Ketiga)
  • Mehmed Alagić (Komander ketiga bagi Kor Ketiga, Komander pertama bagi Kor Ketujuh)
  • Kadir Jusić (Komander ketiga bagi Kor Ketiga)
  • Sakib Mahmuljin (Komander keempat bagi Kor Ketiga)
  • Arif Pašalić (Komander Pertama bagi Kor Keempat)
  • Sulejman Budaković "Tetak" (Komander kedua bagi Kor Keempat)
  • Ramiz Dreković (Komander Pertama Kor Kelima, Komander ketiga bagi Kor Keempat)
  • Atif Dudaković (Komander kedua bagi Kor Kelima)
  • Salko Gušić (Komander Pertama bagi Kor Keenam)
  • Galib Hodžić (Komander kedua bagi Kor Keenam)
  • Zaim Imamović (Komander Grup Operasi Bosnia Timur)
  • Blaž Kraljević (Komander HOS dan anggota dalam Ketua Staf Tentera Darat Bosnia)
  • Mustafa Polutak (Komander keempat bagi Kor Keempat)
  • Dino Aljić (Briged Pengawal "Delta" dan Komander Briged Muslim 117)

Peralatan sunting

  • Senarai peralatan:[5]
 
Kereta kebal T-55 milik Divisyen ke-28, Briged ke-281, Batalion Kereta Kebal Pertama, yang berpangkalan di Visca.
 
Kenderaan Pembawa Anggota Berperisai OT M-60 milik Divisyen ke-28, Briged ke-281, Batalion Kereta Kebal Pertama, yang berpangkalan di Visca.
 
Pandangan dekat sebuah meriam gunung M48 76mm milik Divisyen ke-28, Briged ke-281, Batalion Kereta Kebal Pertama, yang berpangkalan di Visca.
 
Pesawat utama ARBiH adalah helikopter Mi-8 dan Mi-17. Sebuah helikopter Mi-8T dipertontonkan semasa pemeriksaan oleh anggota SFOR di Lapangan Terbang Ćoralići.
 
Sebuah pesawat utiliti ringan UTVA-75 milik Tentera Darat Bosnia dipertontonkan sebagai artifak di Lapangan Terbang Ćoralići, Bosnia-Herzegovina.

Senjata infantri dalam Tentera Darat Bosnia dan Herzegovina sunting

Raifal serangan dan mesingan sunting

Nama Asal Jenis Nota
MG42   Jerman Mesingan Model Perang Dunia II
Zastava M53   Yugoslavia Mesingan Didapati daripada berek lama JNA, jumlah besar
Mesingan M2 Browning   Amerika Syarikat Mesingan Dirampas
DShK   Kesatuan Soviet Mesingan Dirampas dan diseludup
Mesingan NSV   Kesatuan Soviet Mesingan Dirampas, dalam jumlah kecil
M48 Mauser   Yugoslavia Raifal tindakan bolt Beberapa digunakan sebagai raifal penembak tepat, dipasang dengan pajera teleskopik ZRAK 4x32
PAP M59/66   Yugoslavia Raifal separuh automatik Dalam jumlah besar, digunakan sebagai raifal penembak tepat oleh para tentera
Zastava M72   Yugoslavia Raifal serbuan Dalam kuantiti besar
Zastava M76   Yugoslavia Raifal penembak tepat Dirampas/ diseludup
Heckler & Koch MP5   Jerman Submesingan
AK-47 dan terbitannya   Kesatuan Soviet Raifal serbuan Dalam jumlah besar, kebanyakan dibuat oleh Romania
Zastava M70   Yugoslavia Raifal serbuan Dalam kuantiti besar
Škorpion vz. 61   Yugoslavia Submesingan Direka sebagai M84 Škorpion
Raifal Dragunov   Kesatuan Soviet Raifal penembak tepat Diseludup
G3   Jerman Raifal serbuan Dalam jumlah kecil
Zastava M84   Yugoslavia Mesingan Dalam jumlah besar
Zastava M80   Yugoslavia Raifal serbuan
Submesingan Thompson   Amerika Syarikat Submesingan Dalam jumlah kecil (Diambil daripada berek-berek lama JNA)

Pistol sunting

Pistol Asal Jenis Versi Nota
Pistol TT   Kesatuan Soviet Pistol
CZ-99   Yugoslavia Pistol

Senjata anti kereta kebal sunting

Nama Asal Jenis Versi Nota
M80 Rocket Launcher   Yugoslavia Pelancar roket 64 mm
M79 Osa   Yugoslavia Pelancar roket 90 mm
AT-3 Sagger   Kesatuan Soviet Peluru berpandu anti kereta kebal
HJ-8   Republik Rakyat China Peluru berpandu anti kereta kebal Baktar-Shikan, HJ-8E Dibekalkan kepada ARBiH pada tahun 1993-1995
RPG-7   Kesatuan Soviet Grenad dipandu roket
M90   Yugoslavia Pelancar roket 120 mm

Artileri sunting

Artileri Asal Jenis Versi Nota
D-30   Kesatuan Soviet Howitzer D-30J Dirampas
BM-21 Grad   Kesatuan Soviet Pelancar roket berganda BM-21 Grad/RM-70
M-63   Yugoslavia Pelancar roket berganda M-63 Plamen
M-77   Yugoslavia Pelancar roket berganda M-77 Oganj
M-87   Yugoslavia Pelancar roket berganda Beberapa unit
Pelancar roket berganda Type 63   Republik Rakyat China Pelancar roket berganda Dalam jumlah besar

Kereta kebal utama sunting

Kereta kebal Asal Jenis Nota
T-34   Kesatuan Soviet Kereta kebal utama 46 buah
M-84   Yugoslavia Kereta kebal utama Ditawan, 3 buah kenderaan
T-55   Kesatuan Soviet Kereta kebal utama 60 buah
PT-76   Kesatuan Soviet Kereta kebal ringan
M47 Patton   Amerika Syarikat Kereta kebal utama 13

Kenderaan pembawa anggota berperisai sunting

APC Asal Nota
BVP M-80   Yugoslavia
OT M-60   Yugoslavia
BOV (APC)   Yugoslavia daripada polis dan ditawan daripada VRS
BRDM-2   Kesatuan Soviet ~3 buah

Artileri anti pesawat gerak sendiri sunting

Sistem Asal Nota
ZSU-57-2   Kesatuan Soviet <10 buah
M53/59 Praga   Republik Czech <5 buah

Artileri anti pesawat sunting

Sistem Asal Nota
Bofors 40 mm   Sweden
ZU-23-2   Kesatuan Soviet Banyak digunakan untuk memusnahkan sasaran darat

Artileri Gerak Sendiri sunting

Sistem Asal Nota
2S1 Gvozdika   Kesatuan Soviet (ditawan pada 1994-95)
Pemusnah kereta kebal M36   Amerika Syarikat
M18 Hellcat   Amerika Syarikat

Rujukan sunting

  1. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-16. Dicapai pada 2014-05-05. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  2. ^ http://www.mod.gov.ba/OS_BIH/struktura/Operativna_komanda/ Diarkibkan Mei 16, 2016, di Wayback Machine
  3. ^ www.armijarbih.co.ba/barmy.php
  4. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-11. Dicapai pada 2014-08-23. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  5. ^ http://www.vojska.net/eng/armed-forces/bosnia-and-herzegovina/army/[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting

Templat:Sarajevo