Tentera Udara Diraja Malaysia

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM); (Jawi:تنترا اودارا دراج مليسيا ) adalah pasukan udara di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini ditugaskan untuk mempertahankan ruang udara Malaysia dan dilengkapkan dengan pesawat-pesawat pejuang dan pengangkut.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
تنترا اودارا دراج مليسيا
Lambang Tentera Udara Diraja Malaysia
Ditubuhkan pada1 Jun 1958; 65 tahun yang lalu (1958-06-01) [1]
Negara Malaysia
Kesetiaan Yang di-Pertuan Agong
Cawangan Angkatan Tentera Malaysia
JenisTentera udara
PerananPeperangan udara
Saiz15,000 anggota[2]
132 pesawat aktif[3]
PenaungYang di-Pertuan Agong
Moto"Sentiasa di Angkasa Raya"
Warna      Biru laut dan       Biru maya
Kawat"Perwira di Angkasa"
Peringatan1 Jun
PertempuranDarurat Tanah Melayu
Pemberontakan Komunis di Sarawak
Konfrontasi Indonesia-Malaysia
Pemberontakan Komunis (1968-1989)
Perampasan MV Bunga Laurel
Memecah masuk sempadan Sabah (Pencerobohan 2013)
Perampasan kapal tangki MT Orkim Harmony
Laman webwww.airforce.mil.my
Komander
Kolonel Yang DiPertuaSultan Pahang
Panglima Tentera UdaraJeneral Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM
Timbalan Panglima Tentera UdaraLeftenan Jeneral Dato' Indera Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM
Tanda kebesaran
Lambang Tentera Udara
Roundel
Lambang ekor
Pesawat terbang
PejuangSu-30MKM, F/A-18D, Hawk 208
HelikopterEC 725, UH-60 Black Hawk, AW139
PerondaCN-235, Super King Air
PelatihHawk 108, MB-339, Pilatus PC-7
PengangkutAirbus A400M, C-130 Hercules, CN-235, 737

Tentera Udara Diraja Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1958 sebagai Tentera Udara Persekutuan Malaya. Tetapi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Volunteers Air Force) sebagai cabang tempatan Tentera Udara Diraja Britain di masa penjajahan British.

Sejarah sunting

Pasukan Sukarelawan Udara Negeri-Negeri Selat sunting

Pasukan Sukarelawan Udara Negeri-negeri Selat (Straits Settlements Volunteer Air Force) ditubuhkan oleh pentadbiran British untuk membantu pertahanan Negeri-negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu. Pasukan ini dilengkapkan dengan pesawat Hawker Audax, salah satu varian pesawat Hawker Hart.

Tentera Udara Sukarelawan Malaya sunting

Dalam tahun 1940, dengan ancaman perang dengan Empayar Jepun kian di ambang, pasukan ini dibesarkan menjadi Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Volunteer Air Force (MVAF)) dan menerbangkan pesawat-pesawat yang kebanyakannya terdiri dari pesawat-pesawat awam seperti de Havilland Tiger Moth, de Havilland Leopard Moth dan de Havilland Dragon Rapide. Walaupun pasukan MVAF berjaya melarikan diri semasa kejatuhan Singapura dalam bulan Februari 1942, pasukan ini musnah semasa peperangan di Sumatera apabila berhadapan dengan pasukan udara tentera Jepun yang jauh lebih besar dan moden.

Tentera Udara Sukarelawan Malaya ditubuhkan semula dalam tahun 1950 untuk membantu operasi-operasi ketenteraan semasa Darurat di Malaya. Unit inilah yang menjadi tunas kepada penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya dalam tahun 1958.

Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya sunting

 
Pesawat pertama digunakan oleh TUDM adalah dari jenis Twin Pioneer.

Selepas mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu melihat kepentingan penubuhan sebuah pasukan angkatan udara sendiri untuk pertahanan negara supaya tidak perlu bergantung harap dengan pertahanan yang diberikan oleh pasukan British. Pasukan Tentera Udara Sukarelawan Malaya dijadikan nukleus kepada penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya. Satu Enakmen diluluskan di Parlimen yang dikenali sebagai Ordinan Tentera Udara 1958 yang memberikan kuasa pembentukan sebuah pasukan dikenali sebagai "Tentera Udara Diraja Persekutuan". Seorang pegawai Tentera Udara Diraja British, Air Commodore (Brigadier Jeneral) A.V.R Johnstone dipinjam khidmat kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan untuk mengetuai pasukan tersebut dan menjadi penasihat kepada Kerajaan. Air Commodore A.V.R Johnstone kemudiannya dilantik menjadi Panglima Tentera Udara yang pertama. Beliau bertanggungjawab mencorakkan rancangan perkembangan dan pengukuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan berserta dengan pengambilan dan latihan kakitangan, aset penerbangan, organisasi dan peraturan-peraturan berkaitan.

Sebagai satu pasukan baru, kebanyakan anggota Tentera Udara Diraja Persekutuan terdiri daripada anggota-anggota yang dipinjamkan daripada Tentera Udara Diraja British. Walaupun demikian, sebilangan kecil anggota tempatan yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja British kemudiannya dipindahkan perkhidmatan ke Tentera Udara Diraja Persekutuan dalam bulan November 1958. Antara mereka yang dipindahkan perkhidmatan ini adalah Flying Officer (Leftenan) Lim Heng Lip, Sergeant (Sarjan) Subramaniam, Corporal (Koperal) Othman Mohd Ismail, Corporal Wan Said, Corporal JD Parsley, Corporal Mahadeven, Senior Aircraftman (Laskar Udara Kanan) Surindam, Senior Aircraftman Md Noor, Senior Aircraftman Zainal, Senior Aircraftman Mohd Hussain and Junior Technician (Laskar Udara Kanan) Ismail Ariffin. Beberapa orang anak watan Malaya yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Britain dibenarkan berpindah khidmat kepada Tentera Udara Persekutuan Malaya, termasuk (Marsyal Udara) Sulaiman bin Sujak.

Pesawat pertama yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya adalah pesawat pengangkut ringan jenis Scottish Aviation Twin Pioneer yang diberikan nama “Lang Rajawali” (pendaftaran FM-1001) oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman

Pada mulanya TUDM memainkan peranan sebagai sebuah pasukan yang memberikan perkhidmatan komunikasi dan perhubungan di antara formasi-formasi Tentera Persekutuan di samping membantu aktiviti yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja British (RAF) dan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF). Pada ketika ini hanya dua pasukan tersebut mempunyai pesawat tempur yang menyokong operasi ketenteraan khususnya dalam perjuangan menentang pengganas-pengganas komunis semasa Darurat.

Dalam tahun 1960, TUDM memperolehi keupayaan tempur dengan penghantaran 20 buah pesawat CL41-G Tebuan yang dibuat di Kanada. Pesawat ini adalah satu pengembangan pesawat latihan jenis Canadair CT-114 Tutor, dan diberikan enjin yang lebih berkuasa dan dilengkapkan dengan stesen persenjataan di sayap yang boleh memuatkan bom dan roket. Pesawat Tebuan ini dibahagikan kepada dua buah skuadron, iaitu No. 6 Skuadron dan No. 9 Skuadron. TUDM merupakan pengguna tunggal pesawat CL41-G Tebuan.

Dalam masa ini juga TUDM telah menerima penghantaran 29 buah pesawat Aérospatiale Alouette III yang digunakan untuk khidmat perhubungan. (Helikopter ini kemudiannya dilengkapkan dengan meriam 20 mm ataupun mesingan 12.7mm dalam tahun 1970-an untuk memberikannya peranan sebagai pesawat bantuan udara.

Tentera Udara Diraja Malaysia sunting

 
Juruterbang Malaysia dan Amerika Syarikat dalam Exercise CARAT 2004 dengan latar belakang tiga pesawat pejuang utama MiG-29N, Hawk Mk 208 dan F/A-18.

Apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan dalam bulan September 1963, nama pasukan ini berubah menjadi Tentera Udara Diraja Malaysia. Menjelang tahun 1970-an, TUDM mempunyai 16 buah skuadron dengan satu pusat latihan penerbangan.

Selepas penghantaran pesawat CL41-G Tebuan dan helikopter komunikasi jenis Aérospatiale Alouette III, TUDM dikuatkan lagi dengan penghantaran pesawat [Handley Page Dart Herald]] (dikenali di kalangan anggota TUDM sebagai “Dart Herald”) dan juga pesawat pejuang jenis CA27 Sabre Mk32 yang dihadiahkan oleh kerajaan Australia (RAAF ketika itu sedang menggantikan pesawat Sabre mereka dengan pesawat pejuang Dassault Mirage III. Keupayaan pengangkutan ditingkatkan lagi dengan pembelian 20 buah pesawat de Havilland Canada DHC-4 Caribou (versi yang hampir sama dengan versi yang dibeli oleh Tentera Udara Diraja Australia).

Pengangkutan dengan helikopter ditingkatkan dengan penghantaran 36 buah pesawat Sikorsky S-61A-4A Nuri, yang boleh membawa 31 orang anggota tentera infantri ataupun membawa barang muatan sehingga 3 tan.

Pemodenan Tentera Udara Diraja Malaysia sunting

Sehingga tahun 1970, kerajaan Malaysia mengharapkan pertahanan ruang udara Malaysia yang diberikan oleh Tentera Udara Diraja British dan kemudiannya oleh Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) yang menempatkan satu skuadron iaitu Skuadron No. 75 Tentera Udara Diraja Australia dengan pesawat pejuang Dasault Mirage III di Pangkalan Udara Butterworth. Selepas Setiausaha Pertahanan Denis Healy mengumumkan pengunduran pasukan tentera British daripada pangkalan-pangkalan di timur jauh (kecuali Hong Kong), TUDM dilihat akan mengambil alih tanggungjawab pertahanan udara.

Dalam tahun 1975, TUDM menerima penghantaran 16 buah pesawat Northrop F-5E Tiger II dan 4 buah pesawat latihan Northrop F-5B Tiger (pesawat ini kemudiannya digantikan dengan 4 buah pesawat F-5F). Keupayaan peninjauan diperolehi dengan pembelian 2 buah pesawat RF-5E Tigereye.

Latihan penerbangan untuk juruterbang jet laju diberi dengan menggunakan pesawat Aermacchi MB-339 yang diterima dalam tahun 1983 dan 44 buah pesawat Pilatus PC-7 yang mula diterima dalam tahun 1984.

Pemodenan TUDM melonjak dengan pembelian 88 buah pesawat simpanan jenis McDonnell Douglas A-4C Skyhawk milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Daripada 88 kerangka ini, TUDM melantik syarikat Grumman Bethpage untuk memodenkan pesawat-pesawat tersebut ke tahap A-4PTM (Peculiar to Malaysia) yang hampir sama dengan standard A-4M kegunaan Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat.

Teknologi Moden sunting

 
Sukhoi Su-30MKM TUDM di pertunjukan udara LIMA.

TUDM juga melihat kepada perolehan senjata-senjata moden seperti pembelian peluru berpandu udara-ke-udara jenis AIM-120 AMRAAM, tetapi hasrat tersebut dibatalkan kerana Amerika Syarikat tidak mahu memperkenalkan teknologi terbaru tersebut atas sebab bantahan daripada Singapura yang merupakan sekutu kuat Amerika. Sebaliknya, Amerika bersedia menjual pesawat moden seperti F/A-18 Hornet tetapi hanya di bekalkan engan peluru berpandu udara-ke-udara jenis separa aktif AIM-7 Sparrow yang jauh lebih kurang upaya berbanding dengan AIM-120 AMRAAM. Walau bagaimanapun, TUDM akhirnya memperolehi 20 unit AMRAAM versi C-5 yang hanya mempunyai jarak kelajuan 64 km sahaja berbanding dengan AIM-120D yang mempunyai kelajuan 95 km. Namun, kesahihan berkenaan AMRAAM C-5 tersebut belum dapat dipastikan.

Dasar kerenah birokrasi Amerika (khasnya Kongres) dan Singapura ini telah memaksa TUDM melihat kepada perolehan senjata daripada negara-negara lain, termasuk Rusia. Dalam tahun-tahun 1990-an, TUDM menerima penghantaran pesawat jenis BAE Hawk Mk 108/Mk208 buatan Britain. Pesawat Hawk Mk108 digunakan untuk latihan lanjut juruterbang sementara pesawat Hawk Mk208 mengambil alih peranan bantuan rapat udara yang sebelumnya diberikan oleh pesawat McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk.

Dalam tahun 1995, TUDM menerima penghantaran 18 buah pesawat Mikoyan MiG-29 untuk mengendalikan peranan penguasaan udara (air superiority). Keupayaan serangan pelbagai cuaca diperolehi dengan pembelian 8 buah pesawat McDonnell Douglas F/A-18 Hornet yang diterima dalam tahun 1997. Pesawat ini serupa dengan pesawat penyerang yang digunakan oleh Kor Marin Amerika Syarikat.

TUDM juga membuat pesanan pada 5 Ogos 2003 untuk 18 buah pesawat Sukhoi Su-30MKM yang dijadualkan penghantaran mulai tahun 2007. Kontrak ini bernilai AS$900 juta dan sebahagian daripada pembayaran dibuat dalam bentuk jualan komoditi. Rusia juga bersetuju menghantar seorang angkasawan rakyat Malaysia sebagai angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sebagai sebahagian daripada pembelian pesawat Sukhoi ini. Pesawat ini ditempatkan di pangkalan baru TUDM di Gong Kedak. Untuk tujuan itu, No. 11 Skuadron yang dahulunya mengoperasikan pesawat F-5E dan berpangkalan di Butterworth dipindahkan ke Gong Kedak dan sedang dalam proses peralihan operasi ke pesawat Su-30MKM. TUDM juga mempunyai perancangan untuk mendapatkan 4 buah pesawat sistem kawalan dan amaran udara (AWACS) tetapi tiada keputusan yang dibuat berkenaan dengan pembelian ini.

Namun demikian, TUDM telah membuat pengumuman pesanan 4 buah pesawat pengangkut Airbus A400M dari firma Airbus Military untuk melengkapkan dan menggantikan sebahagian daripada tugasan pengangkutan yang kini dijalankan oleh pesawat C-130H Hercules. Pesawat-pesawat yang diberikan pertimbangan oleh TUDM termasuk pesawat Saab 2000 AEW&C, pesawat Lockheed P-3 Orion AEW&C, Pesawat E-2 Hawkeye 2000 AEW&C seperti yang digunakan oleh Singapura, pesawat Boeing 737 AEW&C dan pesawat Embraer EMB-145.

Pesawat peronda maritim Embraer EMB-145 juga diberikan pertimbangan untuk memenuhi keperluan peronda maritim TUDM, walaupun kini terdapat perbahasan sama ada tanggungan rondaan maritim sepatutnya di jalankan oleh TUDM ataupun oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) .

TUDM pernah mempertimbangkan pembelian 18 buah pesawat F/A-18E/F Super Hornet dengan Boeing membeli semula pesawat F/A-18 Hornet yang kini digunakan oleh TUDM. Sehingga kini, tidak ada pengumuman dibuat mengenai pembelian ini, walaupun Boeing masih melobi pembelian ini. Antara yang menjadi punca perolehan Super Hornet kepada TUDM ini terbantut adalah disebabkan sikap Washington yang terlalu banyak mengeluarkan syarat yang tidak menyenangkan Kuala Lumpur, seperti sekatan pembekalan peralatan Beyond Visual Range, peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana AMRAAM dan banyak lagi serta Washington enggan menerima bayaran counter-trade yang diingini Kuala Lumpur iaitu menggunakan hasil komoditi negara bagi menjelaskan pembayaran pesawat. Selain dari itu, Malaysia mengalami kekurangan dana yang secukupnya. Atas dasar luar Amerika telah menyebabkan Malaysia beralih kepada perolehan Sukhoi Su-30MKM buatan Russia bagi menggantikan perolehan Super Hornet, sebagai membalas budi kepada Moscow yang sudi melatih dua rakyat Malaysia dalam program Angkasawan Negara pada tahun 2007.

Syarikat pertahanan Russia iaitu Rosoboronexport dan AIROD mengumumkan pembekalan 10 buah helikopter Mil Mi-17 bernilai AS$120 juta, untuk kegunaan dalam peranan mencari dan menyelamat tempur (CSAR) untuk menyokong penggunaan helikopter Sikorsky S-61A4A Nuri dalam peranan tersebut. Ada kemungkinan pembelian ini akan melibatkan penambahan 39 buah helikopter Mil Mi-17 di masa-masa akan datang. Selain Rosoboronexport, TUDM turut mencalonkan Eurocopter sebagai sandaran untuk perolehan produk tersebut pada masa akan datang.

Pembelian helikopter tempur masih belum diumumkan, walaupun TUDM memberikan pertimbangan pembelian Denel AH-2 Rooivalk dan juga helikopter Agusta A109 yang dipasangkan senjata. Pada 18 Julai 2006, Timbalan Perdana Menteri Malaysia membuat pengumuman pembelian 8 buah pesawat Aermacchi MB-339CM sebagai tambahan kepada pesawat Aermacchi MB-339AM yang kian berumur. Rancangan pembelian pesawat Aermacchi MB-339A dari Tentera Udara Diraja New Zealand dibatalkan.

Pada September 2008, kerajaan Malaysia akhirnya mengumumkan bahawa Eurocopter berjaya memenangi kontrak bagi pembekalan 12 unit helikopter Eurocopter EC 725 bagi menggantikan helikopter Nuri yang bakal ditamatkan perkhidmatannya dalam TUDM. Tidak menolak kemungkinan bahawa TUDM bakal membuat penambahan helikopter dari Perancis ini untuk dimasa yang akan datang yang mana ianya merupakan pesawat yang berpotensi besar dalam tugas operasi tempur, cari dan menyelamat malahan setanding mahupun lebih baik dari Mil Mi 17 atau pesawat Nuri sendiri.

TUDM juga sedang menjalankan program MRCA untuk mencari pesawat pejuang baru untuk menggantikan pesawat Mikoyan MiG-29 yang telah dibersarakan.Antara calonnya ialah Dassault Rafale dari Perancis, Eurofighter Typhoon dari Kesatuan Eropah,F/A-18E/F Super Hornet dari Amerika Syarikat dan JAS 39 Gripen dari Sweden.

Organisasi sunting

TUDM disusun menjadi beberapa Divisyen mengikut kelengakapan dan tugasan yang diberikan. Rujuk http://airforce.mil.my/mengenaikami/pangkalan-udara

  Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) sunting

TUDM Subang sunting

TUDM Butterworth sunting

TUDM Kuantan sunting

  • No. 17 & 19 Squadron MiG-29N/UB (Status: Tidak Aktif. Disimpan sebagai Simpanan Aktif)
  • No. 10 Squadron EC-725
  • 401 Squadron GBAD Starstreak

TUDM Gong Kedak sunting

  Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) sunting

TUDM Kuching sunting

TUDM Labuan sunting

Divisyen Latihan sunting

  • Pulatibang 1 FTC PC-7 & PC-7 Mk II, MD3-160 Aerotiga (TUDM Alor Setar)
  • Pulatibang 2 FTC EC-120B (TUDM Alor Setar)
  • Pulatibang 3 ILIT (Flight Instructor Training Institute) PC-7 MkII (TUDM Kuantan)
  • Pulatibang 3 LIFT (Lead In Fighter Trainer) MB-339 (TUDM Kuantan)

Pangkalan sunting

TUDM mempunyai beberapa buah pangkalan yang digunakan untuk menempatkan pesawat dan unit-unit TUDM yang lain. Antara pangkalan yang digunakan oleh TUDM adalah :

Kelengkapan sunting

Rejimen TUDM sunting

TUDM mempunyai unit pertahanan darat dan keselamatan dikenali sebagai Rejimen TUDM untuk mengendalikan keselamatan dan pertahanan kemudahan-kemudahan dan pangkalan TUDM. Unit ini berasaskan dari Rejimen RAF yang merangkumi pasukan polis tentera udara (Provos TUDM), pasukan khas (Komando), pasukan pertahanan udara jarak dekat, pasukan infantri TUDM dan juga terlibat istiadat ketenteraan.

PASKAU sunting

 
Anggota pasukan khas PASKAU dalam rejimen TUDM.

Sejarah Pasukan Khas Udara (PASKAU) bermula pada tahun 1970-an selepas satu serangan oleh anasir pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya ke atas pangkalan TUDM Kuala Lumpur menyebabkan kemusnahan sebuah pesawat DHC-4 Caribou. Serangan itu dilakukan menggunakan sepucuk mortar yang dipasangkan di atas sebuah lori kecil.

Pasukan yang awalnya ditubuhkan dikenali dengan nama pasukan HANDAU (Pertahanan Darat dan Udara) dan ditugaskan menjaga keselamatan pangkalan-pangkalan TUDM. Dalam tahun 1996, pasukan ini disusun semula dan diberikan nama baru, iaitu Pasukan Khas Udara. Pasukan ini seperti komando tentera darat Grup Gerak Khas ataupun komando tentera laut PASKAL, yang membezakannya ialah pengkhususan dari segi peranan utama dan tugasan pasukan-pasukan tersebut berbeza-beza.

Pasukan Khas Udara (PASKAU) terdiri daripada anggota-anggota TUDM lulus Asas Komando TUDM dan dipilih mengikuti kursus peperangan khas untuk membolehkan mereka menjalankan peranan seperti mencari dan menyelamat tempur CSAR serta penandaan sasaran menggunakan peralatan penanda (designator) menggunakan infra red ataupun laser (TLID). PASKAU boleh menggunakan teknik-teknik dan taktik khusus dalam operasi mencari dan menyelamat tempur (CSAR) menggunakan pasukan-pasukan khusus dipanggil (Combat Air Rescue Team). PASKAU juga satu-satunya pasukan khas yang mempunyai keupayaan Carilamat Maritim di Asia Tenggara.

Rujukan sunting

  1. ^ Nota: ditubuhkan sebagai Angkatan Udara Bantuan Malaysia pada tahun 1936
  2. ^ International Institute for Strategic Studies (15 February 2023). The Military Balance 2023. London: Taylor & Francis. m/s. 272. ISBN 1000910709.
  3. ^ Lihat Senarai pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia.

Pautan luar sunting

http://www.malayviral.com/2016/09/senarai-pangkat-tentera-udara-diraja.html