Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Inggeris: Stormwater Management and Road Tunnel; kependekannya: SMART; kod: E38) merupakan suatu struktur jalan dan perparitan yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan satu projek kebangsaan di negara tersebut. Panjang terowong tersebut adalah 9.7 kilometer tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer. Ia merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia.[1]

Terowong SMART
Terowong SMART
Kawasan dalam terowong bagi laluan kenderaan
Terowong SMART is located in Bumi
Terowong SMART
Terowong SMART (Bumi)
Lokasi di Malaysia
Maklumat gambaran
Nama rasmiTerowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir
Nama lainInggeris: Stormwater Management and Road Tunnel
LokasiKuala Lumpur
Koordinat3°09′17″N 101°41′18″E / 3.15475°N 101.68833°E / 3.15475; 101.68833Koordinat: 3°09′17″N 101°41′18″E / 3.15475°N 101.68833°E / 3.15475; 101.68833
StatusBeroperasi
Laluan airDari Sungai Klang ke Kolam Takungan Kg. Berembang[1]
LaluanE38 Lebuhraya E38
MulaJalan Tun Razak (Jalan Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur)
AkhirLapangan Terbang Sungai Besi di E37 Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban
Maklumat operasi
Kerja bermula2003
Dibuka2007
PemilikKerajaan Malaysia
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
OperatorSyarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART)
Ciri-ciriTerowong lebuh raya
Terowong laluan air
TolRM 3.00[2]
Maklumat teknikal
PembinaanGamuda Berhad
MMC Corporation Berhad
Panjang4 km (2.5 bt)
Bil. lorong4
Kelajuan operasi60 km/j

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Objektif utama terowong ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak. Secara asasnya, terowong ini mempunyai dua dek laluan sehala bagi kenderaan manakala ruang paling bawah adalah untuk laluan air.[3]

Terowong ini bermula di tasik Kampung Berembang berdekatan dengan Sungai Klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berdekatan Sungai Kerayong di Salak Selatan. Projek ini diketuai oleh kerajaan, termasuklah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga satu syarikat pakatan kerjasama di antara Gamuda Berhad dan Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC).

Terowong SMART direkabentuk bagi kegunaan kenderaan ringan dengan ketinggian maksimum 2 meter serta had laju yang ditetapkan adalah 60 km/j. Motosikal serta kenderaan berat seperti lori dan bas tidak dibenarkan melalui terowong tersebut. Terowong ini telah dibuka kepada lalu lintas pada 7 April 2007 dan kadar tol yang dikenakan adalah sebanyak RM 3.00.[2]

Spesifikasi teknikal sunting

Terowong laluan air sunting

  • Kos pembinaan: RM1,887 juta (AS$514.6 juta)
  • Panjang terowong: 9.7 km (6.0 bt)
  • Diameter: 13.2 m (43.3 ft) (diameter luar)
  • Kaedah penerowongan: Mesin pengorek terowong (TBM)
  • Jenis TBM: Perisai buburan

Terowong lebuh raya sunting

  • Panjang terowong: 4 km (2.5 bt)
  • Jenis struktur: Dua tingkat
  • Jalan masuk dan keluar: 1.5 km (0.93 bt) di Jalan Sultan Ismail dan Jalan Imbi
  • Panjang: 1.4 km (0.87 bt) di Jalan Tun Razak
  • Laluan: 1.6 km (0.99 bt) di Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban berdekatan Lapangan Terbang Sungai Besi dan Pusat Bandaraya berdekatan Bulatan Kg. Pandan

Kadar tol sunting

Kelas Jenis kenderaan Kadar
(dalam RM)
Nota
1 Kereta persendirian
(Kenderaan dengan dua gandar dan tiga atau empat roda (tidak termasuk teksi))
RM 3.00 TnG dan juga tersedia di plaza tol.
4 Teksi RM 3.00 TnG tersedia di plaza tol

Galeri sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan JPS tidak disediakan
  2. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Utusan tidak disediakan
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan JKR tidak disediakan