Tetikus

peranti penunjuk

Tetikus (dalam bahasa Inggeris: mouse) ialah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata.

Jenis-jenis tetikus bebola berwayar.

Tetikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan sistem pengendalian bertetingkap seperti Microsoft Windows, Linux dan sebagainya. Tetikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan atur cara penerbitan meja. Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada.

Input tetikus juga biasanya digunakan untuk domain atur cara penggunaan yang khusus. Dalam grafik tiga dimensi interaktif, gerakan tetikus seringnya ditukar secara langsung menjadi perubahan orientasi kamera maya. Misalnya, dalam permainan genre penembak diri pertama, pemain biasanya menggunakan tetikus untuk mengawal arah yang dihadap oleh "kepala" pemain maya. Menggerakkan tetikus ke arah atas skrin akan menyebabkan pemain melihat ke atas dan mendedahkan pemandangan di atas kepala pemain.

Latar belakang sunting

Penamaan sunting

Peranti ini dinamai daripada struktur model-model yang awal (yang memiliki wayar pada bahagian belakang peranti yang kelihatan seolah-olah ekor) yang seakan-akan badan tikus.[1] Penerbitan perkataan mouse pertama yang diketahui adalah dalam terbitan Computer-Aided Display Control oleh William English, seorang jurutera pengkomputeran, pada tahun 1965.[2]

Sejarah sunting

 
Bebola jejak yang pertama di dunia dicipta oleh Tom Cranston, Fred Longstaff, dan Kenyon Taylor yang bekerja dalam projek DATAR Tentera Laut Di Raja Kanada pada 1952. Ia menggunakan bola boling lima-pin piawai Kanada dan tidak dipatenkan kerana ia merupakan projek rahsia ketenteraan.

Pembangunan peranti ini bermula dengan terciptanya bebola jejak (trackball) pada tahun 1946 oleh Richard Benjamin yang bekerja dalam Khidmat Saintifik Tentera Laut Diraja British. Beliau menghasilkan peranti tersebut sebagai satu bahagian daripada sebuah sistem pemetaan arahan radar bagi mengemudi senjata api mengenai sasaran mereka dengan berasaskan komputer-komputer analog. Projek tersebut pada asalnya menggunakan kayu ria sebagai alat memasukkan input, namun Richard merasakan yang dia memerlukan sesuatu yang lebih lancar untuk pengguna mengendalikan sistemnya[3][4]; oleh itu beliau pun menciptalah sebuah prototaip yang terdiri daripada bebola yang digerakkan dua roda getah sebagai alat alternatifnya.[3] Ciptaan alat ini dipatenkan pada tahun 1947,[4] dan ia disimpan sebagai sebuah rahsia ketenteraan.[3]

Sebuah rekaan bebola jejak yang berasingan turut dikembangkan oleh Kenyon Taylor, seorang jurutera elektrik British, berserta rakan-rakannya Tom Cranston dan Fred Longstaff. Rekaan ini menggunakan empat cakera yang digerakkan gulingan bola (bersaiz bola boling lima-pin), dua pasangan cakera masing-masing untuk arahan X dan Y. Apabila bola tersebut dipusingkan, cakera-cakera yang berkenaan akan bergerak sekali di mana rim-rim luaran mereka akan bersentuhan secara singkat dengan wayar-wayar yang menghasilkan nadi elektrik. Pengiraan nadi-nadi tersebut oleh komputer digital kemudiannya akan dapat menentukan lokasi gerakan bebola tersebut, dan nadi-nadi ini ditukarkan kepada kod-kod dalam bentuk isyarat radio untuk dihantarkan kepada kapal-kapal yang berdekatan.[5] Rekaan Kenyon turut disimpan sebagai rahsia ketenteraan.

 
Paten tetikus awal. Dari kiri ke kanan: Roda runut bertentangan oleh Engelbart, Nov. 1970, Templat:US Patent. Bebola dan roda oleh Rider, Sept. 1974, Templat:US Patent. Bebola dan dua penggelek dengan pegas oleh Opocensky, Okt. 1976, Templat:US Patent.
 
Tetikus komputer yang pertama, dipegang oleh pencipta Douglas Engelbart, menunjukkan roda memberikan sentuhan dengan permukaan.

Pada tahun 1964, Douglas Engelbart, seorang jurutera dari Amerika Syarikat berserta William English membina prototaip tetikus pertama mereka,[6][7] berdasarkan nota-nota Engelbart yang dilhamkan pada November tahun yang lalu mengenai cara menukarkan prinsip-prinsip alat planimeter kepada input koordinat X-Y[6] - di mana konsep alat tersebut terdiri daripada sebuah takat titis serta dua roda orthogonal, dan alat tersebut akan kekal pada tempatnya apabila ia dilepaskan serta ia mudah diselaraskan bersama papan kekunci.[6]

Jenis tetikus sunting

Pada masa kini terdapat beberapa jenis tetikus yang dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan ciri ciri fizikal dan keupayannya seperti:-

Setiap tetikus biasanya mempunyai 1 hingga 3 bebutang terpasang pada alat. Bagi tetikus yang mempunyai lebih daripada satu butang, perisian boleh memperuntukkan berbagai-bagai fungsi kepada setiap butang. Seringnya, butang primer (butang yang paling kiri untuk tatarajah tangan kanan) adalah untuk memilih item, dengan butang sekunder (yang paling kanan untuk tatarajah tangan kanan) untuk memunculkan menu tindakan alternatif bagi item tersebut. Misalnya, bagi pelantar yang mengandungi lebih daripada satu butang, pelayar Mozilla akan:

  • mengikut pautan sebagai balasan kepada klik butang primer;
  • memunculkan menu konteks tindakan alternatif untuk pautan itu sebagai respons kepada klik butang sekundar; dan
  • seringnya membuka halaman pautan di dalam tab atau tetingkap baharu sebagai respons kepada klik butang tertier (tengah).

Bagaimanapun fungsi tetikus asas masih sama dan biasanya boleh dibahagikan kepada empat aktiviti utama, iaitu:

  1. Klik atau klik tunggal – untuk membuat pilihan yang tertentu pada skrin papa
  2. Dwiklik – untuk membuka dokumen atau memulakan program.
  3. Klik kanan – untuk memaparkan senarai arah /program pada skrin komputer.
  4. Heret dan lepas – untuk proses pemindahan ikon/item pada skrin.

Kebaikan dan kelemahan tetikus sunting

Kebaikan sunting

  • Tetikus memudahkan pengendalian perisian tetingkap. Pengguna tidak lagi perlu memudik menu yang berjela untuk melakukan pelbagai fungsi.
  • Tetikus mudah dipelajari dan mempunyai fungsi yang piawaian.
  • Tetikus tahan lama dan memerlukan penyelenggaraan yang mudah. Hanya perlu di cuci secara berkala.
  • Tetikus memerlukan liang sambungan yang piawai.

Kelemahan tetikus sunting

  • Tetikus memerlukan ruang yang rata dan luas untuk digunakan.
  • Penggunaan tetikus untuk waktu yang lama secara berpanjangan akan menimbulkan tekanan kepada pergelangan tangan.
  • Tetikus berbola perlu dibersihkan secara berkala untuk memastikan pergerakan yang lancar dan tidak tersekat-sekat.
 
Satu tetikus Smaky, seperti dicipta di EPFL oleh Jean-Daniel Nicoud dan André Guignard.

Rujukan sunting

  1. ^ Bardini, Thierry (2000). Bootstrapping: Douglas Engelbart, Coevolution, and the Origins of Personal Computing (dalam bahasa Inggeris). Stanford: Stanford University Press. m/s. 98. ISBN 978-0-8047-3871-2.
  2. ^ English, William Kirk; Engelbart; Huddart, Bonnie (July 1965). Computer-Aided Display Control (Final Report) (dalam bahasa Inggeris). Menlo Park: Stanford Research Institute. m/s. 6. Dicapai pada 2017-01-03.
  3. ^ a b c Copping, Jasper (2013-07-11). "Briton: 'I invented the computer mouse 20 years before the Americans'". The Telegraph. Dicapai pada 2013-07-18.
  4. ^ a b Hill, Peter C. J. (2005-09-16). "RALPH BENJAMIN: An Interview Conducted by Peter C. J. Hill" (Interview). Interview #465. IEEE History Center, The Institute of Electrical and Electronics Engineers, Inc. Dicapai pada 2013-07-18.
  5. ^ Ferranti-Packard: Pioneers in Canadian Electrical Manufacturing, Norman R. Ball, John N. Vardalas, McGill-Queen's Press, 1993
  6. ^ a b c Bardini, Thierry (2000). Bootstrapping: Douglas Engelbart, Coevolution, and the Origins of Personal Computing. Stanford: Stanford University Press. m/s. 98. ISBN 9780804738712.
  7. ^ Edwards, Benj (2008-12-09). "The computer mouse turns 40". Macworld. Dicapai pada 2009-04-16.

Pautan luar sunting