Thalapathi (Bahasa Malaysia: Komander) adalah filem drama-jenayah bahasa Tamil tahun 1991 dari India. Filem ditulis dan diarahkan oleh Mani Ratnam dan diterbitkan oleh G. Venkateswaran. Ia dibintangi oleh Rajinikanth, Mammootty dan Shobana dalam peranan utama dan dengan Arvind Swamy, Srividya, Amrish Puri, Bhanupriya, Nagesh, serta Charuhasan dalam peranan sokongan. Tema filem ini adalah berdasarkan kepada persahabatan antara Karna dan Duryodana dalam epik Hindu, Mahabharata.Skormuzik untuk filem ini telah digubah oleh Ilayaraja, menjadikannya kerjasama terakhir beliau dengan Mani Ratnam.Filem ini yang muncul sebagai satu kejayaan kritikal dan komersial, ditayangkan di pawagam semasa Deepavali 1991.

Thalapathi
PengarahMani Ratnam
PenulisMani Ratnam
Dihasilkan olehG. Venkateswaran
Dibintangi
SinematografiSantosh Sivan
Disunting olehSuresh Urs
Muzik olehIlaiyaraaja
Syarikat
penerbitan
G. V. Films
Diedarkan olehG. V. Films
Tarikh tayangan
5 November 1991
Masa tayangan
157 minutes
NegaraIndia
BahasaTamil

Pelakon sunting

  • Rajinikanth sebagai Surya
  • Mammootty sebagai Devaraj
  • Arvind Swamy sebagai Arjun
  • Geetha sebagai Selvi
  • Bhanupriya sebagai Padma
  • Shobana sebagai Subhalakshmi
  • Srividya sebagai Kalyani
  • Jaishankar sebagai Bapa kedapa Arjun
  • Amrish Puri sebagai Kalivardhan
  • Nagesh sebagai Panthulu
  • Charuhasan sebagai Sreenivasan
  • Kitty sebagai Pegawai Polis Sundaram

Penerbitan sunting

Mani Ratnam mengambil inspirasi dari cerita persahabatan Karna dan Duryodana dalam epik Mahabharata. Ratnam menganagap watak ini sebagai salah satu daripada watak-watak yang terbaik dalam Mahabharata. Watak Mammootty sebagai Deva adalah bersamaan watak Duryodhana. Manakala watak Surya lakonan Rajinikanth bersamaan dengan Karna[1] .Pelakon Kreshna telah dipilih untuk bermain versi muda watak Rajinikanth, namun watak itu kemudiannya dimansuhkan kerana ia menjadikan jalan cerita menjadi panjang.[2] Sinematografi dikendalikan oleh Santosh Sivan, filem pertamanya bersama Mani Ratnam.Mani Ratnam memilih untuk merakam babak permulaan cerita dalam hitam dan putih dan bukannya warna, kerana menurut beliau, "Hitam dan putih memberikan rasa ini menjadi prolog tanpa kita perlu mentakrifkan sebagai prolog".Lagu "Rakkamma" dan "Sundari" telah difilemkan di Rayagopura, Melkote dan Kuil Chennakesava di Karnataka.[3][4]

Runut Bunnyi sunting

Thalapathi:
The Original Motion Picture Soundtrack
Runut bunyi oleh
Dilancarkan pada1991
TempatIndia  
GenreSoundtrack
Panjang32:30
BahasaBahasa Tamil  
SyarikatLahari Music
PengarahMani Ratnam  
PenerbitIlaiyaraaja
Kronologi Ilaiyaraaja
Anjali (1990) Thalapathi (1991) Mannan (1992)
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Skor muzik untuk filem ini telah digubah oleh Ilayaraja, menjadikannya kerjasama terakhir beliau dengan Mani Ratnam. Lahari Muzik memperoleh hak audio dengan membayar ₹ 7.2 juta. Filem ini mempunyai tujuh lagu. Lagu, "Rakkamma Kaiya Thattu" merupakan antara lagu-lagu yang disenaraikan dalam carta sepuluh lagu terbaik Dunia oleh BBC.

Kesemua seni kata ditulis oleh Vaali, kesemua muzik digubah oleh Ilaiyaraaja.

No.TajukArtist(s)Masa
1."Yamunai Aatrile"Mitali Banerjee Bhawmik1:22
2."Rakkama Kaiya Thattu"S. P. Balasubrahmanyam, Swarnalatha7:10
3."Sundari Kannal"S. P. Balasubrahmanyam, S. Janaki7:14
4."Kaattukuyilu"S. P. Balasubrahmanyam, Yesudas5:32
5."Putham Puthu Poo"Yesudas, S. Janaki5:00
6."Chinna Thayaval"S. Janaki3:23
7."Margazhithan"S. P. Balasubrahmanyam, Swarnalatha2:39

Tayangan sunting

Penerimaan Kritikal sunting

Filem ini mendapat pujian pengkritik dari dalam dan luar negara seperti sejarahwan filem, Randor Guy.Randor Guy menyebutnya sebagai "filem yang direka dengan hebat", mengatakan "Walaupun Rajinikanth adalah protagonis utama,jalan cerita filem ini adalah punca kejayaan filem ini".

Anugerah sunting

39th Anugerah Filmfare India Selatan

Legasi sunting

Pengarah Amudhan berkata Thalapathy adalah "benar-benar mendahului masa" dan memanggilnya "Filem intelek yang menghiburkan". Karthik Subbaraj berkata beliau menonton filem semasa zaman kanak-kanak. Beberapa rujukan kepada filem itu dibuat dalam filem blockbuster gangster araham Subaraj,Jigarthanda. Atlee yang mengarahkan Raja Rani (2013) memetik Thalapathi adalah inspirasi utama untuk dia untuk mempertimbangkan industri perfileman sebagai kerjayanya.

Rujukan sunting

Footnotes sunting

  1. ^ "'Raavan', 'Raajneeti': Epic inspirations in Indian cinema". Ibnlive.in.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-29. Dicapai pada 17 July 2015.
  2. ^ "Did You Know?". The Times of India. 20 October 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 February 2018. Dicapai pada 17 July 2015.
  3. ^ "Indian locations provide stunning backdrops for film shoots". The Hindu. 3 July 2010. Dicapai pada 17 July 2015.
  4. ^ "Thalapathi". Where Was It Shot. 21 May 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-21. Dicapai pada 17 July 2015.

Bibliografi sunting

  • Rangan, Baradwaj (2012). Conversations with Mani Ratnam. ISBN 8184756909.CS1 maint: ref=harv (link)