The Diary of a Young Girl

The Diary of a Young Girl ("Diari Seorang Anak Gadis Muda") atau juga dikenali sebagai The Diary of Anne Frank ("Diari Anne Frank") ialah buku berbahasa Belanda menghimpunkan catatan seharian Anne Frank semasa beliau bersembunyi selama dua tahun bersama keluarganya sewaktu pendudukan Nazi Belanda. Keluarga itu ditangkap pada tahun 1944, dan Anne Frank meninggal akibat tifus di kem tahanan Bergen-Belsen pada tahun 1945. Buku harian itu diambil oleh Miep Gies yang memberikannya kepada bapa Anne, Otto, satu-satunya ahli keluarga yang terselamat, setelah perang berakhir. Buku harian itu telah diterbitkan dalam lebih daripada 60 bahasa.

The Diary of A Young Girl
Het Achterhuis
Edisi pertama 1946
Umum
PengarangAnne Frank
NegaraBelanda
BahasaBelanda
Subjek
GenreAutobiografi
Penerbitan
PenterjemahB. M. Mooyaart-Doubleday
Pelukis kulitHelmut Salden
PenerbitContact Publishing
Tarikh penerbitan
1947
Diterbitkan dalam bahasa Inggeris
1952
Kawalan kewibawaan
OCLC1432483
949.207
LCCDS135.N6
Teks asal
[ The Diary of A Young Girl
Het Achterhuis
] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
di Wikisumber bahasa Belanda

Pertama kali diterbitkan di bawah tajuk Het Achterhuis. Dagboekbrieven 14 Juni 1942 - 1 Augustus 1944 ("Lampiran: Catatan Diari 14 Jun 1942 - 1 Ogos 1944") oleh Contact Publishing di Amsterdam pada 1947, diari menerima perhatian yang kritis dan popular pada penampilan terjemahan bahasa Inggerisnya Anne Frank: The Diary of a Young Girl oleh Doubleday & Company (Amerika Syarikat) dan Vallentine Mitchell (United Kingdom) pada tahun 1952. Popularitinya mengilhamkan sandiwara 1955 The Diary of Anne Frank oleh penulis skrip Frances Goodrich dan Albert Hackett, yang mereka menyesuaikan untuk skrin untuk versi filem 1959 . Buku ini termasuk dalam beberapa senarai buku-buku teratas abad ke-20.[1][2][3][4][5][6]

Hak cipta versi bahasa Belanda diari ini yang terbit pada tahun 1947 dibuka umum tamat tempoh 70 tahun selepas kematian beliau (seiring peraturan umum dalam undang-undang hak cipta Kesatuan Eropah.) pada 1 Januari 2016; versi asal Belanda telah disediakan secara dalam talian sejak itu.[7]

Senarai terjemahan sunting

Dalam bahasa Inggeris sunting

  • Anne Frank: The Diary of a Young Girl, Diterjemahkan oleh B.M. Mooyaart dengan prakata oleh Eleanor Roosevelt. Bantam, 1993. ISBN 0553296981.
  • The Diary of a Young Girl: The Definitive Edition, Diterjemahkan Susan Massotty dengan suntingan oleh Otto H. Frank & Mirjam Pressler. Doubleday, 1991.
  • The Diary of Anne Frank: The Revised Critical Edition. Diterjemahkan Institut Dokumentasi Perang Negara Belanda. New York: Doubleday, 2003 [1989]. ISBN 978-0385508476.

Dalam bahasa Melayu sunting

Edisi baku Malaysia
  • Diari Seorang Gadis. Diterjemahkan oleh Puspawati Rosman. Inisiatif Buku Darul Ehsan. 2020. ISBN 9789670037004.
Edisi baku Indonesia
  • Catatan Harian Anne Frank. Diterjemahkan oleh Anastasia Destiningrum & Eni Purwaningsih. Jogjakarta: Jalasutra. 2003. ISBN 978-979-024-398-9.
  • Dear Kitty. Diterjemahkan oleh Dina Begum. Penerbit Atria. 2016. ISBN 978-979-024-398-9.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting