The Hunger Games: Mockingjay – Part 1

The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 ialah sebuah filem sains fiksyen distopia perang Amerika Syarikat 2014 diarahkan oleh Francis Lawrence dengan lakon layar oleh Peter Craig dan Danny Strong. Ia merupakan filem pertama daripada dua filem berdasarkan novel Mockingjay, buku terakhir trilogi The Hunger Games, ditulis oleh Suzanne Collins dan filem ketiga dalam siri filem The Hunger Games, diterbitkan oleh Nina Jacobson dan Jon Kilik dan diedarkan oleh Lionsgate. Filem ini menampilkan barisan pelakon yang terdiri daripada Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson, Elizabeth Banks, Julianne Moore, Philip Seymour Hoffman, Jeffrey Wright, Stanley Tucci dan Donald Sutherland. Fotografi utama untuk kedua-dua bahagian filem ini bermula pada 23 September 2013 di Atlanta sebelum berpindah ke Paris selama dua minggu untuk penggambaran dan secara rasminya selesai pada 20 Jun 2014 di Berlin.[6]

The Hunger Games:
Mockingjay – Part 1
PengarahFrancis Lawrence
Lakon layar
  • Danny Strong
  • Peter Craig
BerdasarkanMockingjay oleh
Suzanne Collins
Dihasilkan oleh
  • Nina Jacobson
  • Jon Kilik
Dibintangi
SinematografiJo Willems
Disunting oleh
  • Alan Edward Bell
  • Mark Yoshikawa
Muzik olehJames Newton Howard
Syarikat
penerbitan
  • Lionsgate
  • Color Force
Diedarkan olehLionsgate
Tarikh tayangan
  • 10 November 2014 
    (London)
  • 21 November 2014 
    (Amerika Utara)
[1][2][3]
Masa tayangan
123 minit[4]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$125 juta[5]
Pecah panggung$752.1 juta[5]

Filem ini terus mengikuti Katniss Everdeen; selepas dua kali terselamat dalam The Hunger Games, Katniss dibawa ke Daerah 13. Dibawah pimpinan Presiden Coin dan nasihat daripada rakannya yang dipercayai, Katniss dengan berat hati menjadi simbol pemberontakan besar-besaran terhadap Capitol dan berlawan untuk menyelamatkan Peeta dan negara Panem tergerak dengan keberaniannya. Fotografi utama untuk kedua-dua bahagian filem bermula pada 23 September 2013 di Atlanta sebelum berpindah ke Paris untuk dua minggu pengambaran dan secara rasminya tamat pada 20 Jun 2014 di Berlin.[7] Ia merupakan sekuel kepada The Hunger Games: Catching Fire dan disusuli dengan The Hunger Games: Mockingjay – Part 2.

Part 1 ditayangkan pada 19 November 2014 di Brazil, 20 November 2014 di Malaysia, United Kingdom, Greece dan Indonesia, 21 November 2014 di Amerika Syarikat, 28 November 2014 di India dan 8 Februari 2015 di China. Seperti filem sebelumnya, filem ini mencapai kejayaan komersial dengan mengutip $55 juta semasa hari pembukaan. Filem ini mengutip $752 juta di seluruh dunia, menjadikan ia filem dengan kutipan kedua tertinggi dalam siri The Hunger Games.

Mockingjay – Part 1 menerima ulasan sederhana positif daripada pengkritik yang memuji persembahan lakonan dan subteks politik tetapi menerima kritikan kerana kekurangan babak aksi dan kerana membahagikan novel ini kepada dua adaptasi berasingan. Ia merupakan filem Hunger Games dengan rating kedua terendah menurut laman web Rotten Tomatoes. Filem ini mendapat pencalonan kategori Filem Sains Fiksyen Terbaik di Anugerah Zuhal ke-41. Untuk lakonan beliau, Lawrence menerima beberapa pencalonan anugerah. Lagu "Yellow Flicker Beat" juga menerima pencalonan kategori Lagu Asal Terbaik di Anugerah Golden Globe ke-72 dan Anugerah Critics' Choice.

Plot sunting

Selepas diselamatkan daripada arena yang musnah ketika Hunger Games ke-75, Katniss Everdeen bersama-sama Beetee dan Finnick Odair dibawa ke Daerah 13, sebuah daerah bebas berasingan dari daerah Panem yang lain yang sedang mengetuai pemberontakan. Di sana, Katniss bertemu semula dengan ibunya dan Prim. Dia diperkenalkan kepada Presiden Alma Coin, ketua pemberontak dan diberitahu bahawa tindakannya dalam arena mencetuskan rusuhan dan mogok terhadap Capitol. Coin bertanya kepadanya jika dia akan menjadi "Mockingjay"—simbol pemberontakan—sebagai sebahagian daripada strategi hati dan minda mereka. Katniss menolak dan dengan marah mengingatkannya bahawa mereka meninggalkan Peeta Mellark di arena. Atas cadangan Plutarch Heavensbee, bekas Ketua Gamemaker, dia dibawa untuk melihat runtuhan Daerah 12 yang dibom oleh Capitol (kecuali rumah-rumah di tempat tinggal Pemenang). Selepas melihat Peeta digunakan oleh televisyen Capitol untuk menghentikan pemberontakan, Katniss mengubah fikirannya dan bersetuju untuk menjadi Mockingjay Coin dengan syarat bahawa Peeta dan pemenang-pemenang yang lain akan diselamat dan dimaafkan serta adiknya, Prim, dibenarkan untuk menyimpan kucingnya.

Selepas Haymitch melihat Katniss lebih tenang, dia diperkenalkan kepada pasukan penggambarannya (diketuai pelarian Capitol, Cressida), dipakaikan pakaian rekaan khas dan diberikan Effie Trinket sebagai pereka fesyennya dan kawan rapatnya, Gale sebagai pengawal peribadi. Mereka pergi ke Daerah 8 untuk melawat sebuah hospital tetapi selepas lawatan mereka berakhir, skuadron pengebom Capitol tiba dan mengebom hospital itu, membunuh semua orang di dalamnya. Dalam nada kemarahan, Katniss memberikan ucapan kepada kamera yang disiarkan selepas Beetee merampas siaran berita Capitol. Selepas penyiaran itu, penyerang di Daerah 7 membunuh keseluruhan pasukan penjaga keamanan dengan menggunakan lombong tanah tersembunyi.

Selepas melihat Peeta yang lemah di TV, pasukan itu kembali ke Daerah 12, dimana Gale menceritakan kemusnahan Daerah itu dan Katniss dirakam menyanyikan lagu "The Hanging Tree". Selepas itu, beratus-ratus penunjuk perasaan di Daerah 5, menyanyikan lagu yang sama dan melancarkan serangan gelombang manusia membunuh diri terhadap sebuah empangan hidroelektrik yang merupakan sumber utama elektrik Capitol. Serangan itu berjaya, memaksa Capitol kembali menyandarkan kepada penjana kuasa dan melemahkan keupayaan mereka untuk menyiarkan propaganda mereka.

Pada malam itu, Katniss melihat Peeta ditemu bual oleh Caesar Flickerman, bekas pengacara Permainan itu. Heavensbee dan Coin merampas siaran ke udara itu dengan menyiarkan klip Katniss. Selepas melihatnya, Peeta tiba-tiba menjerit memberi amaran bahawa Capitol akan menyerang Daerah 13. Coin mengarahkan pemindahan besar-besaran ke dalam tempat perlindungan bawah tanah. Walaupun Prim hampir terkunci di luar apabila dia kembali untuk mendapatkan kucingnya, semua orang berjaya masuk ke dalam dengan selamat dan fasiliti itu terselamat daripada serangan tersebut. Selepas keluar, Katniss mendapati kawasan itu dipenuhi dengan mawar putih, menyedari bahawa Presiden Snow telah menghantar ia untuk mengejeknya dan menganggap bahawa dia akan membunuh Peeta. Kerana amaran Peeta yang memberikan Daerah itu lapan minit tambahan untuk pemindahan, Coin menghantar sebuah pasukan tentera elit khas termasuk Gale untuk menyelamatkannya bersama-sama Johanna Mason dan Annie Cresta, baki-baki pemenang lain daripada penjara mereka di pusat tribute Capitol. Mereka berjaya menyelamatkan mereka. Walau bagaimanapun, apabila Katniss pergi untuk menyambut Peeta, dia tiba-tiba menyerang dan mencekiknya sehingga tidak sedarkan diri sebelum dipukul sehingga pengsan oleh Boggs.

Katniss terjaga di fasiliti perubatan dan dimaklumkan bahawa Peeta telah "dirampas" - satu bentuk penyeksaan fizikal / mental dimana mindanya dikawal untuk mahu membunuh Katniss dengan mengaitkan kenangan Katniss dengan keganasan psikologi yang dicipta oleh racun tracker Jacker — perkara itu menjelaskan kenapa Capitol membenarkan pasukan Gale untuk melepaskan diri. Proses untuk membatalkan kesan itu bermula dengan Peeta diletakkan secara berasingan. Coin mengumumkan misi menyelamat pemenang-pemenang berjaya dan objektif mereka yang seterusnya adalah kubu kuat tentera utama Capitol di Daerah 2.

Pelakon sunting

Pengeluaran sunting

Pra-pengeluaran sunting

Pada 10 Julai 2012, Lionsgate mengumumkan siri ketiga dan terakhir, Mockingjay, akan dipecahkan kepada dua bahagian. The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 ditayangkan pada 21 November 2014 dan The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 ditayangkan pada 20 November 2015.[10] Ramai pengarah termasuk Rian Johnson, Francis Lawrence dan Alfonso Cuarón dipertimbangkan untuk jawatan pengarah. Pada 1 November 2012, Lawrence, pengarah Catching Fire mengumumkan bahawa beliau akan kembali untuk mengarah kedua-dua bahagian filem ini.[11]

Pada 6 Disember 2012, Danny Strong mengumumkan bahawa beliau akan menulis skrip untuk filem ketiga dan keempat.[12] Pada 15 Februari 2013, Lionsgate mengesahkan bahawa skrip Part 1 ditulis oleh Strong dan memberinya kebenaran untuk menulis Part 2.[13] Kemudiannya pada bulan Ogos, Hemsworth mengesahkan bahawa penggambaran filem ini akan bermula pada bulan September 2013.[14]

Pengeluaran filem ini bermula pada 16 September 2013 di Boston, Atlanta dan Los Angeles.[15] Pada 13 November 2013, Nina Jacobson mendedahkan bahawa Peter Craig juga dilantik untuk menulis adaptasi ini.

Pemilihan pelakon sunting

Pada 26 Ogos 2013, ia telah diumumkan bahawa Stef Dawson telah menyertai barisan pelakon dan akan melakonkan watak Annie Cresta.[16] Lionsgate mengumumkan pada 13 September 2013 bahawa Julianne Moore telah menyertai barisan pelakon untuk kedua-dua bahagian Mockingjay sebagai Presiden Alma Coin.[8] Pada bulan seterusnya, Patina Miller, Mahershala Ali, Wes Chatham dan Elden Henson menyertai barisan pelakon sebagai Komander Paylor, Boggs, Castor dan Pollux.[17][18][19] Terdapat pemilihan pelakon untuk watak tambahan pada 23 September. Robert Knepper diberi watak Antonius,[20][21] sebuah karakter yang tidak muncul dalam novel tersebut dan merupakan tambahan kepada adaptasi filem.

Penggambaran sunting

Fotografi utama bermula pada 23 September 22013 di Atlanta dan berakhir pada 20 Jun 2014 di Berlin. Part 1 dirakam secara serentak bersama Part 2.[22] Pada pertengahan bulan Oktober, krew-krew dilihat menjalani penggambaran di Rockmart.[23] Krew-krew dan pelakon berehat sementara untuk mempromosi The Hunger Games: Catching Fire dan penggambaran bersambung kembali pada 2 Disember 2013. Pada 14 Disember 2013, penggambaran mengambil tempat di Marriott Marquis, Atlanta.[24] Pada 18 Disember, penggambaran bermula di Caldwell Tanks, Newnan, Georgia.[25]

Philip Seymour Hoffman yang melakonkan watak Plutarch Heavensbee dalam filem ini meninggal dunia pada 2 Februari 2014 di New York. Lionsgate mengeluarkan kenyataan bahawa Hoffman telah melengkapkan kebanyakan babaknya sebelum kematian beliau.[26][27]

Pada 18 April 2014, penerbit, Nina Jacobson mengumumkan bahawa penggambaran di Atlanta telah berakhir,[28] disusuli dengan pengarah, Francis Lawrence mengumumkan pada hari berikutnya mengenai produksi berpindah ke Eropah.[29] Ia telah diumumkan bahawa mereka akan merakam babak pertempuran di Paris dan Lapangan Terbang Tempelhof di Berlin.[30] Mereka memulakan penggambaran di jalan-jalan Paris dan bandar Ivry-sur-Seine pada 7 Mei dimana Lawrence dan Hemsworth dilihat menjalani penggambaran.[31]

Pada 9 Mei, ia telah dilaporkan bahawa penggambaran mengambil tempat di Noisy le Grand, Paris dimana Lawrence, Hemsworth, Hutcherson dan Claflin dilihat berada di set dunia Panem.[32] Ia merupakan lokasi yang sama ketika filem Brazil dirakam pada tahun 1984.[33]

Kostum sunting

Christian Cordella, ilustrator pakaian untuk filem pertama, kembali untuk melakarkan pakaian untuk Daerah 13.[34]

Muzik sunting

Skor muzik sunting

The Hunger Games: Mockingjay - Part 1 Original Motion Picture Score
 
Skor filem oleh
James Newton Howard
Dilancarkan pada24 November 2014
TempatAmerika Syarikat  
GenreRunut bunyi
Panjang123:00  
BahasaBahasa Inggeris  
SyarikatUniversal Republic
PengedarFórum Hungary (en)  , Netflix dan Xfinity Streampix (en)    
PengarahFrancis Lawrence (en)    
PenerbitNina Jacobson dan Jon Kilik (en)    
Kronologi James Newton Howard
The Hunger Games: Catching Fire Original Motion Picture Score The Hunger Games: Mockingjay - Part 1 Original Motion Picture Score 'The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 Original Motion Picture Soundtrack
Single daripada The Hunger Games: Mockingjay - Part 1 Original Motion Picture Score
  1. "The Hanging Tree"
    Dikeluarkan: 09 Disember 2014 (2014-12-09)
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini


No.TajukMasa
1."The Mockingjay"2:39
2."Remind Her Who the Enemy Is"2:29
3."District 12"3:23
4."Snow's Speech"3:32
5."Please Welcome Peeta"3:53
6."Katniss' Nightmare"2:06
7."The Arsenal"3:54
8."Incoming Bombers"4:33
9."Don't Be a Fool Katniss"1:40
10."District 12 Ruins"3:38
11."The Hanging Tree" (feat. Jennifer Lawrence) 3:38
12."Peeta's Broadcast"1:45
13."Air Raid Drill"4:31
14."It's Gonna Be a Long Night"2:26
15."Taunting the Cat"2:08
16."White Roses"3:25
17."District 8 Hospital"2:07
18."The Broadcast"1:11
19."Jamming the Capitol"3:27
20."Inside the Tribute Center"3:44
21."Put Me on the Air"3:10
22."They're Back"2:47
23."Victory"2:54


Pemasaran sunting

Pada 14 Mei 2014, TheHungerGamesExclusive.com telah dilancarkan. Ia mengandungi tiga gambar dari filem ini, memaparkan Woody Harrelson, Julianne Moore, Philip Seymour Hoffman dan Jeffrey Wright dengan tambahan gambar di belakang tabir pengarah, Francis Lawrence dan Mahershala Ali. Laman web ini juga memaparkan kandungan lain, termasuk imej GIF singkat Julianne Moore sebagai Presiden Coin dan video temubual bersama Moore. Terdapat juga temu bual mendalam dengan pengarah Francis Lawrence, penerbit Nina Jacobson dan penulis skrip Peter Craig. Sebuah halaman daripada skrip Part 1 juga dipaparkan dengan tambahan poster gerakan dengan slogan, "Fire burns brighter in the darkness."[35]

Pada 17 Mei 2014, semasa fotografi utama sedang dijalankan di Paris, sesetengah pelakon dan krew termasuk Lawrence, Hutcherson, Hemsworth, Claflin, Moore, Sutherland, Lawrence dan Jacobson menghadiri Festival Filem Cannes 2014 untuk sesi penggambaran dan parti untuk merangsang pelabur antarabangsa.[36] Pengerusi bersama Lionsgate, Rob Friedman berkata sebagai respons kenapa mereka akan menanggung perbelanjaan yang besar walaupun filem ini sebenarnya tidak ditayangkan di festival itu bahawa ia adalah mudah kerana barisan pelakon sudah berada di Eropah dan bahawa "ia adalah satu peluang besar untuk pengedar antarabangsa kami untuk mendengar apa rancangan seluruh dunia untuk filem ini, yang ditayangkan pada bulan November. Cannes adalah peluang publisiti terbaik dari perspektif penembusan antarabangsa."[37]

Kabam mengumumkan perkongsian dengan Lionsgate untuk mencipta permainan mudah alih berdasarkan The Hunger Games: Mockingjay Part 1. Kabam menghasilkan satu koleksi kad permainan mudah alih. Dalam permainan, pemain mengambil alih identiti ahli Daerah dihantar dalam misi untuk membina pakatan mereka, membebaskan Daerah mereka dan membina semula Panem. Permainan ini akan dibangunkan di studio China Kabam.[38]

Filem ini tidak disenaraikan dalam jadual untuk Comic-Con Antarabangsa San Diego 2014 yang menimbulkan persoalan mengenai ketiadaan mereka oleh peminat dan media.[39][40] Lionsgate mengumumkan pada 18 Julai 2014, seminggu sebelum acara itu, bahawa filem ini akan mempunyai kehadiran di konvensyen tersebut. Lionsgate bekerjasama dengan Samsung untuk menunjukkan (termasuk video viral yang dianggap sebagai 'teaser', ketiga) teaser trailer dalam Samsung Galaxy Tab S di sebuah acara istimewa pada hari Jumaat, 25 Julai yang dihoskan di Hard Rock Hotel. Kerjasama itu membenarkan pengguna Samsung untuk melihat trailer itu sebelum ia ditayangkan secara talian, memuat turun dua filem pertama secara percuma dan diberi tiket percuma filem ini.[41] Pada 28 Julai, teaser trailer secara rasmi ditayangkan dalam talian melalui laman rasmi Facebook dan akaun YouTube filem ini.[42][43] Tidak sampai beberapa minit selepas itu, #MockingjayTeaserTrailerToday, #OurLeadertheMockingjay dan #OfficialTeaserTrailer menjadi topik trending seluruh dunia di Twitter. Trailer rasmi penuh pertama ditayangkan pada 15 September.[44] Trailer terakhir ditayangkan pada 29 Oktober sebagai menandakan permulaan tiket pra-jualan.

Pemasaran viral sunting

Kempen pemasaran viral bermula pada 21 Jun 2014 dengan perkembalian TheCapitol.PN[45] sebuah laman web "kerajaan" untuk Panem yang digunakan untuk promosi dua filem sebelumnya. Sempena kerjasama dengan Yahoo dan kerjasama baru dengan Tumblr, mereka mengeluarkan 'District Heroes Collection' yang memaparkan beberapa poster mewakili tujuh daripada tiga belas daerah di Panem. Laman web ini membuka pendaftaran untuk "rakyat Panem" untuk mendaftar menggunakan emel mereka untuk menerima kemas kini dari Capitol TV.

Pada 25 Jun, laman viral TheCapitol.PN mengeluarkan video bertajuk "President Snow's Address - 'Together As One'" memaparkan ucapan dari Donald Sutherland, sebagai Presiden Snow memberi ucapan kepada warga Panem dan memperingatkan mereka bahawa jika mereka memerangi sistem, merekalah yang akan menerima kesan. Video ini juga memaparkan Josh Hutcherson, sebagai Peeta Mellark, dimana ketika peristiwa akhir filem sebelumnya, dia diambil sebagai tahanan Capitol.[46][47][48] Video ini menjadi viral di YouTube menjadikannya trailer paling banyak ditonton pada minggu terakhir bulan Jun di AS manakala ia menjadi trending sebagai "Video paling Popular di YouTube" di Australia dan Kanada.[49]

Dua minggu kemudian pada 9 Julai, Capitol TV mengeluarkan video viral kedua bertajuk 'President Snow's Address - Unity' sekali lagi memaparkan ucapan dari Presiden Snow bersama Peeta Mellark berdiri di sebelahnya tetapi kali ini disertai oleh Jena Malone sebagai Johanna Mason, yang juga ditahan Capitol pada akhir filem sebelumnya dan sekumpulan pasukan penjaga keamanan. Ucapan itu, walau bagaimanapun, telah diganggu oleh Jeffrey Wright, sebagai Beetee Latier, juruteknik dari Daerah 13, mengumumkan bahawa "the Mockingjay lives."[50] Tidak sampai beberapa minit, #TheMockingjayLives dan '#2 - Unity' menjadi topik trending teratas seluruh dunia di Twitter.

Pada 24 Julai, sejurus sebelum tayangan trailer rasmi, sebuah poster teaser filem ini dimuat naik ke akaun Instagram The Capitol, tetapi dengan cepatnya dipadam.[51] Tidak lama selepas pemadaman poster itu, akaun ini memohon maaf "[kerana] masalah teknikal", menyatakan bahawa muat naik poster itu adalah hasil penggodaman dari pemberontakan Daerah 13.

Pada 6 Ogos, selepas beberapa klu diberi oleh laman rasmi Facebook, www.district13.co.in dilancarkan. Laman web itu memperkenalkan poster baru untuk watak Daerah 13 termasuk Beetee, Coin, Plutarch, Finnick, Haymitch dan Effie.[52]

Kesan politik sunting

Pada 20 November 2014, sesetengah tayangan dilapor dibatalkan di Thailand kerana penunjuk perasaan telah menggunakan tabik tiga jari ketika demonstrasi menentang kerajaan tentera negara itu.[53][54][55][56]

Pada 24 November 2014, ia telah dilaporkan akibat Pergolakan Ferguson berkenaan penembakan Michael Brown, seorang penunjuk perasaan telah mencoret grafiti berbunyi "If we burn, you burn" di gerbang St. Louis, Missouri. Dalam filem dan novel itu, watak Katniss Everdeen menggunakan ungkapan ini sebagai cabaran kepada pentadbiran selepas mereka mengebom hospital dan dia membalas dengan menembak jatuh kedua-dua pesawat yang digunakan untuk mengebom.[57]

Pada November 27, 2014, penunjuk perasan Hong Kong menggunakan tabik tiga jari semasa mengambil alih Mong Kok.[58]

Tayangan sunting

The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 ditayangkan pada 19 November 2014 di 9 negara termasuk Perancis, Greece, Scandinavia dan Brazil dan kemudiannya bertambah ke 59 lagi negara pada 20 November 2014 termasuk UK, Jerman, Australia, Itali, Mexico dan Korea Selatan. Dengan 17 lagi tayangan pada 21 November, 2014 termasuk Amerika Syarikat, jumlah tayangan adalah di 85 negara, menjadikannya tayangan terbesar tahun itu dan tayangan Lionsgate paling meluas.[59] Filem ini ditayangkan di China pada 8 Februari 2015 dalam format 2D dan 3D.[60][61]

Video rumah sunting

The Hunger Games: Mockingjay Part 1 dikeluarkan secara Digital HD pada 17 Februari 2015 dan disusuli dengan Blu-ray/DVD pada 6 Mac 2015.[62]

Penerimaan sunting

Box office sunting

The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 mengutip $337.1 juta di Amerika Utara dan $415 juta di negara-negara lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $752.1 juta.[63] Mengira semua perbelanjaan, Deadline.com menganggarkan bahawa filem ini membuat keuntungan sebanyak $211.61 juta.[64] Di peringkat dunia, ia merupakan filem dengan kutipan kelima tertinggi pada tahun 2014.[65] Kutipan pembukaan sedunia filem ini adalah $273.8 juta dan merupakan keenam belas terbesar sepanjang zaman, pembukaan kedua terbesar pada tahun 2014 dibelakang Transformers: Age of Extinction ($302.1 juta) dan terbesar dalam francais The Hunger Games.[66]

Amerika Utara sunting

Di Amerika Syarikat dan Kanada, filem ini ditayangkan di 3,200 teater pada malam Khamis, 20 November 2014 dan diperluaskan kepada 4,151 teater pada hari Jumaat, 20 November 2014 .[67][68] Filem ini mengutip $17 juta daripada tayangan malam Khamis dimana ia merupakan yang terbesar untuk tahun 2014 tetapi kurang daripada dua filem sebelumnya.[69][70][71] Ia mengutip $55 juta pada hari pembukaan yang merupakan kutipan hari pembukaan terbesar untuk tahun 2014 dan keenam terbesar pada bulan November tetapi kurang daripada filem sebelumnnya.[72][73][74] Ia merupakan filem kelima belas untuk membuat tayangan pertama pada hari Jumaat dengan kutipan $50 juta atau lebih dan filem kesembilan belas untuk mengutip $50 juta atau lebih dalam sehari.[75] Filem ini menduduki tempat teratas box office pada hujung minggu pembukaannya dengan $121.9 juta dan menjadi pembukaan terbesar tahun 2014 mengatasi rekod $100 juta oleh Transformers: Age of Extinction[76] serta menjadi filem kelima belas terbesar, filem ke-28 untuk debut di atas $100 juta dan satu-satunya francais yang mempunyai tiga filem mengutip lebih $100 juta dalam satu hujung minggu.[77] Pembukaan hujung minggunya juga merupakan keenam terbesar pada bulan November.[78] Walau bagaimanapun, kutipan pembukaan hujung minggunya masih kurang daripada pembukaan The Hunger Games ($152 juta) dan Catching Fire ($158 juta).[79] Pada hujung minggu keduanya, filem ini kekal di tempat teratas dengan mengutip $56.9 juta dan mencatat rekod ketiga tertinggi untuk kutipan 5 hari Thanksgiving dengan $82.6 juta dibelakang The Hunger Games: Catching Fire ($109.9 juta) dan Frozen ($93.6 juta)[80][81][82] dan kelima tertinggi untuk kutipan 3 hari Thanksgiving dengan $56.9 juta.[83] Filem ini menduduki tempat teratas box office untuk tiga hujung minggu berturut-turut[84] sebelum diambil alih Exodus: Gods and Kings semasa hujung minggu keempatnya.[85] Filem ini mengatasi kutipan $300 juta pada hujung minggu keenam (37 hari kemudian) dan menjadi filem kedua pada tahun 2014 untuk mengutip $300 juta di box office selepas Guardians of the Galaxy.[86] Pada hari Rabu, 21 Januari 2015, 61 hari kemudian selepas tayangan, filem ini mengatasi Guardians of the Galaxy dan menjadi filem dengan kutipan tertinggi pada tahun 2014 di Amerika Utara[87] sebelum diatasi oleh American Sniper.[88]

Ia mengutip $337.1 juta di Amerika Utara dan menjadi filem dengan kutipan terendah dalam francais The Hunger Games,[89] filem dengan kutipan kedua tertinggi pada tahun 2014 (dibelakang American Sniper),[90] filem sains fiksyen berdasarkan novel dengan kutipan keempat tertinggi,[91] adapatasi novel remaja dengan kutipan keempat tertinggi.[92] dan filem dengan kutipan ke ketiga puluh enam tertinggi di Amerika Utara.[93] Ia juga merupakan filem pertama untuk melepasi $300 juta tanpa format 3D atau IMAX sejak Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull (2008) dan juga filem bukan-3D dan IMAX dengan kutipan tertinggi sejak Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest (2006).[94]

Luar Amerika Utara sunting

Di luar Amerika Utara, Mockingjay – Part 1 juga ditayangkan pada hari yang sama di 85 pasaran yang lain, dengan pengecualian China, Jepun dan India, menjadikannya tayangan paling meluas untuk mana-mana filem pada tahun 2014.[67][68] Filem ini mengutip lebih $33 juta dalam masa dua hari (Rabu–Khamis) dan $67.5 juta dalam masa tiga hari (Rabu–Jumaat) dari 17,000 teater di 85 pasaran.[95] Semasa hujung minggu pembukaannya di luar negara, filem ini mengutip $154.3 juta yang merupakan 4% lebih tinggi daripada Catching Fire.[96] Filem ini kekal di nombor satu pada hujung minggu kedua dan ketiga di luar negara dengan mengutip $67 juta dan $32.9 juta.[97][98][99] Pada hujung minggu keempatnya, filem ini jatuh di tempat kedua dan diambil alih The Hobbit: The Battle of the Five Armies.[100][101]

Pembukaan filem terbesar berlaku di United Kingdom, Ireland dan Malta ($19.9 juta), Jerman ($13.7 juta), Mexico ($12.1 juta), Rusia dan CIS ($11.1 juta), Perancis ($10.5 juta), Australia ($10.1 juta), Brazil ($8.8 juta) dan India ($5.1 juta).[102] Di China, dimana filem ini ditayangkan dua bulan setengah kemudian - pada 8 Februari 2015, ia dibuka dengan kutipan $9.87 juta[103] dan mengutip $31.4 juta sepanjang minggu pembukaan, yang lebih banyak daripada Catching Fire dapat sepanjang tayangan mereka.[104] Filem ini gagal dalam pembukaan di Jepun dengan kutipan hanya $500,000.[105]

Ia menjadi filem Hunger Games dengan kutipan tertinggi sepanjang masa di 31 negara termasuk Brazil, Itali, Chile, Venezuela, Amerika Tengah dan Portugal.[100]

Penerimaan kritis sunting

The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 menerima ulasan bercampur ke positif oleh pengkritik-pengkritik,[106][107][108] dengan pujian untuk subteks politiknya dan persembahan lakonan (terutamanya Lawrence) tetapi kritikan untuk kekurangan aksi dan membahagikan sumber kepada dua adaptasi berasingan. Laman web Rotten Tomatoes melaporkan rating kelulusan 65%, berdasarkan 233 ulasan, dengan purata skor 6.3/10. Filem ini mendapat skor Metacritic 64 daripada 100, berdasarkan 44 ulasan, menunjukkan "ulasan umumnya baik".[109]

Kedua-dua The Telegraph[110] dan Los Angeles Times walau bagaimanapun melaporkan penerimaan bercampur ke sederhana.[111] Penonton yang dikaji selidik oleh CinemaScore memberikan filem ini gred "A-".[112]

Cath Clarke dari Time Out memberi filem ini empat daripada lima bintang. Beliau memuji konteks politik dan persembahan lakonan Lawrence sebagai "kuat, bijak, degil, marah dan sepenuh hati" dan berkata bahawa filem telah berkembang "menjadi lebih mendalam dan lebih gelap."[113] Kevin Harley yang mengkaji filem untuk Total Film juga memberikan filem ini empat daripada lima bintang. Robbie Collin memberi filem ini tiga daripada lima bintang. Henry Barnes dari The Guardian juga memberi filem ini tiga daripada lima bintang.

Sekuel sunting

Pada 10 Julai 2012, Lionsgate mengumumkan bahawa bahagian kedua adaptasi Mockingjay dijadual ditayangkan pada 20 November 2015. Francis Lawrence mengumumkan bahawa beliau akan kembali untuk mengarah bahagian terakhir. Ia merupakan filem keempat dan terakhir dalam siri Hunger Games.

Rujukan sunting

  1. ^ "Release Dates 1". Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ Clifford Coonan (18 November 2014). "'Hunger Games: Mockingjay — Part 1' China Release Pushed Back to January 2015". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 20 November 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)[pautan mati kekal]
  3. ^ Michelle FlorCruz (18 November 2014). "'The Hunger Games: Mockingjay -- Part 1' China Premiere Canceled: Rebellion Plot Could Cost Movie Millions In China Market". International Business Times. Dicapai pada 20 November 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  4. ^ "THE HUNGER GAMES: MOCKINGJAY - PART 1 (12A)". Lions Gate UK. British Board of Film Classification. Dicapai pada 3 November 2014.
  5. ^ a b "The Hunger Games: Mockingjay - Part 1 (2014)". Box Office Mojo. Dicapai pada 23 Mac 2015.
  6. ^ Setoodeh, Ramin. "CANNES: Jennifer Lawrence Dances and Sings at 'Hunger Games' Party". Variety.com. Dicapai pada 23 Ogos 2014.
  7. ^ Setoodeh, Ramin. "CANNES: Jennifer Lawrence Dances and Sings at 'Hunger Games' Party". Variety.com. Dicapai pada August 23, 2014.
  8. ^ a b "Julianne Moore Joins 'The Hunger Games'". deadline.com. 13 September 2013. Dicapai pada 21 September 2013.
  9. ^ Highfill, Samantha (22 Ogos 2013). "'Game of Thrones' star Natalie Dormer cast as Cressida in 'The Hunger Games: Mockingjay'". Entertainment Weekly. Dicapai pada 1 Januari 2014.
  10. ^ "'Mockingjay' to be split into two movies, release dates announced". EW.com. 10 Julai 2012. Dicapai pada 27 Oktober 2012.
  11. ^ "Exclusive: Francis Lawrence to Direct Remainder of The Hunger Games Franchise with Two-Part Adaptation of Mockingjay". Collider.com. 1 November 2012.
  12. ^ Busis, Hillary (6 Disember 2012). "Best of 2012 (Behind the Scenes): 'Game Change' (and 'Mockingjay') writer Danny Strong on his biggest year". Entertainment Weekly. Dicapai pada 21 Januari 2013.
  13. ^ Kit, Borys (15 Februari 2013). "'Hunger Games: Mockingjay' Screenwriter Danny Strong to Begin Work on Part 2 (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 2 Mei 2013.
  14. ^ "Liam Hemsworth Talks 'Mockingjay,' Confirms Filming Starts September". Mockingjay.net. 5 Ogos 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-14. Dicapai pada 18 Ogos 2013.
  15. ^ "'Hunger Games: Mockingjay' to begin production in September". digitalspy.co.uk. April 8, 2013. Dicapai pada September 5, 2013.
  16. ^ Ford, Rebecca (26 Ogos 2013). "Australian Actress Stef Dawson Joins 'The Hunger Games: Mockingjay'". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 26 Ogos 2013.
  17. ^ "Broadway's Patina Miller Joins 'Hunger Games: Mockingjay 1 & 2'". Deadline.com. 18 September 2013. Dicapai pada 26 Ogos 2014.
  18. ^ Wilkinson, Amy (20 September 2013). "'Mockingjay' Recruits Mahershala Ali As Boggs". Hollywood Crush. MTV. Dicapai pada 13 Oktober 2013.
  19. ^ "Wes Chatham, Elden Henson Join 'The Hunger Games: Mockingjay' Films". deadline.com. 23 September 2013. Dicapai pada 24 September 2013.
  20. ^ Highfill, Samantha (11 Disember 2013). "'The Hunger Games: Mockingjay': Robert Knepper cast as...Antonius?". Entertainment Weekly. Dicapai pada 1 Januari 2014.
  21. ^ "Robert Knepper Cast As Antonius In 'The Hunger Games: Mockingjay – Parts 1 & 2′". Deadline.com. 11 Disember 2013. Dicapai pada 26 Ogos 2014.
  22. ^ "'Mockingjay' Movie Starts Filming In Atlanta; Jennifer Lawrence, Liam Hemsworth Spotted On 'The Hunger Games' Set". ibtimes.com. 24 September 2013. Dicapai pada 25 September 2013.
  23. ^ "'The Hunger Games: Mockingjay' filming in Rockmart, GA this week". onlocationvacations.com. 23 Oktober 2013. Dicapai pada 25 Oktober 2013.
  24. ^ CHRISTINE (14 Disember 2013). "'The Hunger Games: Mockingjay' seems to be filming at the Marriott Marquis in Atlanta tonight". onlocationvacations.com. Dicapai pada 17 Disember 2013.
  25. ^ Hartsell, Bradley (19 Disember 2013). "'Hunger Games 3' Begins Filming At Caldwell Tanks". times-herald.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-11. Dicapai pada 20 Disember 2013.
  26. ^ Celona, Larry; Bruce Golding (2 Februari 2014). "Philip Seymour Hoffman found dead with needle in arm: cops". New York Post. Dicapai pada 2 Februari 2014.
  27. ^ Sullivan, Kevin P. (2 Februari 2014). "'Hunger Games' Studio Reacts To Philip Seymour Hoffman Death". MTV. Dicapai pada 3 Februari 2014.
  28. ^ "Just wrapped Atlanta tweet by Just wrapped Atlanta". twitter.com. Dicapai pada April 22, 2014.
  29. ^ "Off to Europe! tweet by Francis Lawrence". twitter.com. Dicapai pada 22 April 2014.
  30. ^ CHRISTINE (21 April 2014). "'The Hunger Games: Mockingjay' shoot moves to Europe". onlocationvacations.com. Dicapai pada April 22, 2014.
  31. ^ MALEC, BRETT (7 Mei 2014). "Jennifer Lawrence Starts Filming Mockingjay as Liam Hemsworth Touches Down in Paris: See the Pics!". eonline.com. Dicapai pada 9 Mei 2014.
  32. ^ PROSSER, CAROLINE (10 Mei 2014). "Jennifer Lawrence prepares her bow and arrow as Hunger Games filming continues in Paris". dailymail.co.uk. Dicapai pada 25 Mei 2014.
  33. ^ "Tournage d'Hunger Games 3 à Noisy le Grand". filmgeek.fr. 9 Mei 2014. Dicapai pada 10 Mei 2014.
  34. ^ Bentley, Jean (27 November 2013). "'Hunger Games: Mockingjay, Part 1′: Why You Shouldn't Expect 'Flamboyant' Costumes". MTV News. Viacom International Inc. Dicapai pada 4 December 2014.
  35. ^ Nealey, Joshua (15 Mei 2014). "First Look: 'The Hunger Games: Mockingjay Part 1′ new poster, images". Hypable. Dicapai pada 15 Mei 2014.
  36. ^ "CANNES: 'Hunger Games: Mockingjay – Part 1′ Photocall". Variety. 17 Mei 2014. Dicapai pada 26 Ogos 2014.
  37. ^ McClintock, Pamela (8 Mei 2014). "Lionsgate Chiefs on 'Divergent' Box Office, Marketing Cuts and Cannes Memories (Q&A)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 26 Ogos 2014.
  38. ^ "Kabam and Lionsgate partner to create "The Hunger Games" mobile game". Stockhouse. 30 Mei 2014. Dicapai pada 26 Ogos 2014.
  39. ^ Ellwood, Gregory (14 Julai 2014). "No "Hunger Games: Mockingjay" or "Jurassic World" top Comic-Con schedule surprises". HitFix. Dicapai pada 26 Ogos 2014.
  40. ^ Faraci, Devin (13 Julai 2014). "Disney And MOCKINGJAY Blow Off Comic-Con". Badass Digest. Dicapai pada 26 Ogos 2014.
  41. ^ "Lionsgate and Samsung to debut official The Hunger Games: Mockingjay - Part 1 trailer". Lionsgate Publicity. Dicapai pada 26 Ogos 2014.
  42. ^ Vary, Adam B. "The First Teaser for "Mockingjay" Is Here" BuzzFeed, Diperoleh pada 28 Juai 2014.
  43. ^ Mendelson, Scott. "'Hunger Games: Mockingjay Part 1' Gets Spoiler-Free Teaser Trailer" Forbes, Diperoleh pada 28 Julai.
  44. ^ "Hot Trailer: Jennifer Lawrence In 'The Hunger Games: Mockingjay – Part 1′". deadline.com. 15 September 2014. Dicapai pada 15 September 2014.
  45. ^ Khatchatourian, Maane (21 Jun 2014). "'Hunger Games: Mockingjay – Part 1′ Posters Pay Tribute to District Heroes". Variety. Dicapai pada 26 Ogos 2014.
  46. ^ Prudom, Laura (June 25, 2014). "'The Hunger Games: Mockingjay – Part 1′ Teaser Trailer Features Warning from President Snow". Variety. Dicapai pada August 26, 2014.
  47. ^ Busis, Hillary (June 25, 2014). "President Snow addresses Panem in 'Mockingjay' teaser -- with a surprise guest". Entertainment Weekly. Dicapai pada August 26, 2014.
  48. ^ Lee, Ashley (25 Jun 2014). "First 'The Hunger Games: Mockingjay—Part 1' Teaser Warns Against Panem Resistance". hollywoodreporter.com. Dicapai pada 25 Jun 2014.
  49. ^ Kolman, Rachel (4 Julai 2014). "'Hunger Games: Mockingjay Part 1' Most Viewed Trailer On YouTube Last Week". Inquisitr. Dicapai pada August 26, 2014.
  50. ^ "President Snow's Panem Address #2 - "Unity" (4K)". YouTube. Dicapai pada 4 Oktober 2014.
  51. ^ Denhma, Jess. "Mockingjay Part 1 new poster hints at bloody rebellion" Independent, Diperoleh pada 25 Julai 2014.
  52. ^ "The Hunger Games: Mockingjay Part 1 reveal brace of District 13 character posters" Metro, Diperoleh pada 7 Ogos 2014.
  53. ^ Ben Child (20 November 2014). "Bangkok cinema chain cancels Hunger Games screenings over salute protest". The Guardian.
  54. ^ Anthony Bond (20 November 2014). "The Hunger Games: Wave of protests inspired by hit film sweep across Thailand". Mirror.co.uk. Dicapai pada 20 November 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  55. ^ Charlie Campbell (20 November 2014). "Thai Cinema Chain Pulls New Hunger Games Movie Because of the Three-Finger Salute". Time. Dicapai pada 20 November 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  56. ^ "Thai police arrest three students for using banned 'Hunger Games' gesture". Fox News. 20 November 2014. Dicapai pada 20 November 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  57. ^ Bates, Daniel (November 24, 2014). "Ferguson protesters scrawl Hunger Games slogan on landmark as tense town waits for grand jury decision on indicting officer Darren Wilson over killing of Michael Brown". Daily Mail. Dicapai pada November 27, 2014.
  58. ^ Tseng, Jane (28 November 2014). "HK Protesters Express Aspirations for Freedom With 3 Finger Salute". Vision. The Vision Times. Dicapai pada 11 December 2014.
  59. ^ Nancy Tartaglione (21 November 2014). "'Mockingjay Part I' Preys Upon $33M In 2-Day Overseas Debut: Int'l Box Office". Deadline.com. Dicapai pada 22 November 2014.
  60. ^ Etan Vlessing (6 Januari 2015). "It's Official: 'Hunger Games: Mockingjay — Part 1' Sets China Release Date". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 12 Januari 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  61. ^ Dave McNary (6 Januari 2015). "'Hunger Games: Mockingjay' Set for Feb. 8 Release in China in Over 4,000 Theaters". Variety. Dicapai pada 12 Januari 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  62. ^ "The Hunger Games: Mockingjay - Part 1 Comes to Digital HD, Blu-ray and On Demand - ComingSoon.net". ComingSoon.net.
  63. ^ "The Hunger Games: Mockingjay - Part 1". Dicapai pada March 20, 2015.
  64. ^ Mike Fleming Jr (13 Mac 2015). "No. 4 'Hunger Games: Mockingjay Part 1′ – 2014 Most Valuable Blockbuster Movie Tournament". Deadline.com. Dicapai pada 14 Mac 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  65. ^ "2014 Worldwide Grosses". Box Office Mojo. Dicapai pada 1 Disember 2014.
  66. ^ "Worldwide Openings". Box Office Mojo. Dicapai pada 27 November 2014.
  67. ^ a b Brent Lang (19 November 2014). "Box Office: 'Hunger Games: Mockingjay – Part 1′ On Track For Year's Best Opening". Variety. Dicapai pada 20 November 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  68. ^ a b Anthony D'Alessandro (19 November 2014). "'Hunger Games' Box Office: 2014 Needs More Bread & 'Mockingjay' Might Be Its Meal Ticket". Deadline.com. Dicapai pada 20 November 2014.
  69. ^ Pamela McClintock (21 November 2014). "Box Office: 'Hunger Games: Mockingjay' Blazes to $17M Thursday Night". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 22 November 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)[pautan mati kekal]
  70. ^ Dave McNary (21 November 2014). "Mockingjay' Soars to $17 Million at Thursday Night Box Office". Variety. Dicapai pada 22 November 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  71. ^ Scott Bowles (21 November 2014). "'Hunger Games' Devours $17M To Open Arctic Box Office Weekend". Deadline.com. Dicapai pada 22 November 2014.
  72. ^ Maane Khatchatourian (22 November 2014). "Box Office: 'Mockingjay' Soars to Largest Opening Day of Year, Despite Franchise Low". Variety. Dicapai pada 23 November 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  73. ^ Ray Subers (22 November 2014). "Friday Report: 'Mockingjay' Spreads Its Wings with $55 Million". Box Office Mojo. Dicapai pada 23 November 2014.
  74. ^ Alexander D'Alessandro (22 November 2014). "'Mockingjay' Sings High Abroad, But Why Is Katniss Shooting Low At Stateside B.O.?". Deadline.com. Dicapai pada 23 November 2014.
  75. ^ Scott Mendelson (22 November 2014). "'Hunger Games' Friday Box Office: 'Mockingjay Part 1' Grosses "Only" $55M". Forbes. Dicapai pada 23 November 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  76. ^ E. Alex Jung (23 November 2014). "The Hunger Games: Mockingjay - Part 1 Sets Box-Office Record, But Hits a Franchise Low". Vulture. Dicapai pada 3 Disember 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  77. ^ Scott Mendelson (23 November 2014). "Hunger Games' Weekend Box Office: 'Mockingjay 1' Opens With "Just" $275M Worldwide". Forbes. Dicapai pada 24 November 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  78. ^ "Top Opening Weekends by Month - November". Box Office Mojo. Dicapai pada December 1, 2014.
  79. ^ "Biggest Opening Weekends". Box Office Mojo. Dicapai pada 16 Disember 2014.
  80. ^ Anthony D'Alessandro (30 November 2014). "'Mockingjay,' Holdovers Strong As Turkey Turnstiles Slow: Box Office". Deadline.com. Dicapai pada 1 Disember 2014.
  81. ^ Todd Cunningham (29 November 2014). "'Hunger Games: Mockingjay' Fattens Up With $82 Million Thanksgiving Box Office". 'The Wrap. Dicapai pada 2 Disember 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  82. ^ "Thanksgiving Weekend All Time 5-Day Opening". Box Office Mojo. Dicapai pada December 11, 2014.
  83. ^ "Thanksgiving Weekend All Time 3-Day Opening". Box Office Mojo. Dicapai pada December 11, 2014.
  84. ^ Brent Lang (December 7, 2014). "Box Office: 'Hunger Games' Tops Post-Thanksgiving Dead Zone With $21.6 Million". Variety. Dicapai pada December 7, 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  85. ^ Brent Lang (14 Disember 2015). "Box Office: 'Exodus: Gods & Kings' Tops Charts With $24.5 Million". Variety. Dicapai pada 15 Disember 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  86. ^ Nancy Tartaglione (28 Disember 2014). "'Hobbit' Bags $400M+ Cume; 'Exodus' Muscular In New Markets: Intl Box Office". Deadline.com. Dicapai pada 29 Disember 2014.
  87. ^ Brent Lang (22 Januari 2015). "'Hunger Games: Mockingjay' Becomes Highest-Grossing Film of 2014 in U.S." Variety. Dicapai pada 23 Januari 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  88. ^ Scott Mendelson (8 Mac 2015). "Clint Eastwood's 'American Sniper' Is Now The Biggest Box Office Smash Of 2014". Forbes. Dicapai pada 8 Mac 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  89. ^ "Series: The Hunger Games - Total Grosses". Box Office Mojo. Dicapai pada 5 Disember 2014.
  90. ^ "2014 Domestic Grosses". Box Office Mojo. Dicapai pada 5 Disember 2014.
  91. ^ "Sci-Fi - Based on Book". Box Office Mojo. Dicapai pada December 31, 2014.
  92. ^ "Young-Adult Book Adaptations (Total Grosses)". Dicapai pada 26 September 2014.
  93. ^ "Domestic Grosses". Dicapai pada September 30, 2014.
  94. ^ Scott Mendelson (6 Februari 2015). "Why I Am Sad That 'Hunger Games: Mockingjay Part II' Will Open In IMAX 3D". Forbes. Dicapai pada 7 Februari 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  95. ^ Nancy Tartaglione (November 22, 2014). "'Mockingjay Part I' Wings Way To $67.5M After 3-Days: Int'l Box Office Update". Deadline.com. Dicapai pada November 23, 2014.
  96. ^ Nancy Tartaglione (November 24, 2014). "Katniss Hot With $154.3M, 'Interstellar' Logs $330.6M: Int'l B.O. – Update". Deadline.com. Dicapai pada November 27, 2014.
  97. ^ Brent Lang (30 November 2014). "'Hunger Games' Dominates Foreign Box Office, 'Interstellar' Soars Past $500 Million". Variety. Dicapai pada 1 Disember 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  98. ^ Nancy Tartaglione (30 November 2014). "'Mockingjay', 'Interstellar', 'Penguins' Lead Frame; 'Paddington' Charms UK: Int'l B.O." Dicapai pada 1 Disember 2014.
  99. ^ Nancy Tartaglione (9 Disember 2014). "'Exodus' Commands $23.1M In Overseas Bow As 'Hobbit' Looms: Final Intl B.O." Deadline.com. Dicapai pada 10 Disember 2014.
  100. ^ a b Nancy Tartaglione (14 Disember 2014). "Footloose 'Hobbit' Grows; 'Mockingjay' Tempers 'Fire': Intl Box Office Final". Deadline.com. Dicapai pada 15 Disember 2014.
  101. ^ Brent Lang (14 Disember 2014). "Hobbit: Battle of Five Armies' Rules Foreign Box Office With $117.6 Million". (Penske Media Corporation). Dicapai pada 15 Disember 2014.
  102. ^ Ray Subers (November 23, 2014). "Weekend Report: 'Mockingjay' Can't Catch 'Fire'". Box Office Mojo. Dicapai pada November 24, 2014.
  103. ^ Clifford Coonan (10 Februari 2015). "China Box Office: 'Running Man' Overtakes 'The Hobbit' as 'Hunger Games' Opens Big". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 10 Februari 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  104. ^ Nancy Tartaglione (15 Februari 2015). "'Mockingjay's China Box Office Soars Past Previous 'Hunger Games' Installments". Deadline.com. Dicapai pada 16 Februari 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  105. ^ Gavin J. Blair (8 Jun 2015). "Japan Box Office: 'Tomorrowland' Opens on Top, 'Mockingjay' Struggles". The Hollywood Reporter. (Prometheus Global Media). Dicapai pada 8 Jun 2015.
  106. ^ Kevin Jagernauth (November 11, 2014). "First Reviews For 'The Hunger Games: Mockingjay — Part 1' - The Playlist". The Playlist. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-10. Dicapai pada 2015-08-15.
  107. ^ "'The Hunger Games: Mockingjay - Part 1' Reviews: Best or Worst Installment Yet? - TheWrap". TheWrap.
  108. ^ ""The Hunger Games: Mockingjay - Part 1" reviews: Critics weigh in". cbsnews.com. November 20, 2014.
  109. ^ "The Hunger Games: Mockingjay - Part 1 Reviews". Metacritic. CBS Interactive. Dicapai pada November 21, 2014.
  110. ^ "The Hunger Games Mockingjay Part 1: Everything you need to know". The Telegraph. Dicapai pada 21 November 2014.
  111. ^ "The Hunger Games: Mockingjay - Part 1 poised for biggest 2014 debut". Los Angeles Times. Dicapai pada 21 November 2014.
  112. ^ "Mockingjay Sings High Abroad But Why Is Katniss Shooting Low At Stateside Box Office". Deadline.com. Dicapai pada 22 November 2014.
  113. ^ "The Hunger Games: Mockingjay - Part 1". Time Out. Dicapai pada November 21, 2014.

Pautan luar sunting