The Lunchbox ialah sebuah filem romantik India 2013 yang ditulis dan diarahkan oleh Ritesh Batra, dan diterbitkan oleh Guneet Monga, Anurag Kashyap, dan Arun Rangachari. Filem ini ialah hasil kerjasama dari pelbagai studio termasuk DAR Motion Pictures, UTV Motion Pictures, Dharma Productions, Sikhya Entertainment, NFDC (India), ROH Films (Jerman), ASAP Films (Perancis), dan Cine Mosaic (Amerika Syarikat). Filem ini dibintangi oleh Irrfan Khan, Nimrat Kaur dan Nawazuddin Siddiqui dalam peranan utama. Filem ini ditayangkan pada 20 September 2013 di India.

The Lunchbox
PengarahRitesh Batra
PenulisRitesh Batra
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiMichael Simmonds
Disunting olehJohn F. Lyons
Muzik olehMax Richter
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 19 Mei 2013 (2013-05-19) (Festival Film Cannes)
  • 20 September 2013 (2013-09-20) (India)
Masa tayangan
105 minit[1]
NegaraIndia
Bahasa
Hindi
Bajet22 crore (AS$3.3 juta)
Pecah panggung100.85 crore (US$17.24 juta)

Filem ini merupakan kejayaan pecah panggung.[2] Ia merupakan filem Irfan Khan dengan kutipan tertinggi dalam filem Hindi, sehingga dipecahkan oleh Hindi Medium (2017). The Lunchbox telah dicalonkan dalam kategori Filem Bukan Bahasa Inggeris Terbaik di Anugerah Filem Akademi British 2015.[3] Ia juga didapati di Netflix.[4]

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "The Lunchbox (PG)". British Board of Film Classification. Dicapai pada 24 January 2014.
  2. ^ "The Lunchbox (2014)". Box Office Mojo. Dicapai pada 2 September 2014.
  3. ^ "Film In 2015". BAFTA. Dicapai pada 9 January 2015.
  4. ^ "The Lunchbox". Netflix. Dicapai pada 3 September 2019.

Pautan luar sunting