Muppets From Space ialah sekumpulan watak boneka ciptaan Jim Henson. Setiap Muppet ialah sebuah boneka yang dihasilkan oleh Jim Henson atau bengkel syarikatnya. Meskipun sering digunakan untuk memaksudkan mana-mana boneka yang menyerupai gaya The Muppet Show, namun istilah Muppet sebenarnya merupakan tanda dagang sah yang dikaitkan dengan watak-watak ciptaan Henson.

Antara rancangan-rancangan terkenal yang dibintangi oleh watak Muppets termasuk Sesame Street, The Muppet Show dan Bear in the Big Blue House.

Menurut Henson, istilah "Muppet" dicipta dengan menggabungkan perkataan "Marionette" dan "puppet"; rupa-rupanya, Henson sekadar mereka-reka cerita "marionette/puppet" agar senang difahami oleh wartawan, sebaliknya tercari nama yang menyenangi telinga untuk watak-wataknya.[1]

Setelah berkali-kali mencuba, The Walt Disney Company akhirnya membeli watak Muppets pada tahun 2004[2], kecuali watak-watak dalam Sesame Street (yang dijual kepada Sesame Workshop terlebih dahulu, tetapi masih membayar The Jim Henson Company untuk mereka watak baru) dan watak-watak Fraggles dalam Fraggle Rock (yang masih dimiliki oleh The Jim Henson Company). Tanda dagang sah pada istilah "Muppet" kini dimiliki oleh The Muppet Holding Co., LLC (sebuah anak syarikat Disney), tetapi Sesame Workshop dan the Jim Henson Company masih diizinkan untuk menggunakan istilah itu untuk watak boneka masing-masing.

[[Fail:Tv ad pizza hut muppets 2005.jpg|thumb|[[Fail:LittleCaesarsBrno.jpg|thumb|

Little Caesars The Muppets 1998

]]|217x217px]]

Penampilan sunting

Sesebuah Muppet biasanya berwajahkan mulut yang amat lebar dan mata bulat yang terjojol. Boneka-boneka ini biasanya diacu atau diukir dari getah berbusa, kemudian disaluti bulu atau bahan seumpamanya. Muppets boleh menyerupai bentuk manusia, haiwan bersifat manusia, haiwan realistik, robot, objek bersifat manusia, makhluk asing, makhluk mitos, raksasa, atau watak abstrak.

Berbeza dengan boneka ventrilokis yang hanya digerakkan kepala dan mukanya, Muppets juga dihidupkan lengan-lengan dan mana-mana anggota badan lain agar menimbulkan penuh perasaan. Muppets biasanya diperbuat daripada bahan-bahan lembut dan dipersembahkan seolah-olah bebas dari kawalan dalangnya yang selalunya tersorok di sebalik set atau di luar gambar kamera. Menjadikan gambar kamera sebagai "pentas" merupakan satu hasil daya inovasi bagi Muppets.[3] Adakalanya, Muppets memperlihatkan seluruh badannya, kerana benang-benang halus digunakan untuk menggerak-gerakkan badannya, kemudian suara dirakamkan selepas penggambaran.

Filmografi sunting

Istimewa TV sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Marionette and Puppet". Muppet Wiki.
  2. ^ "findarticles.com "Disney buys Muppets as bid prospect fades" 2/18/04". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-12. Dicapai pada 2013-01-12.
  3. ^ Christopher Finch Jim Henson: The Works 1993, ISBN 0679412034

Pautan luar sunting