The Old Man and the Sea

The Old Man and the Sea ("Lelaki Tua dan Laut") ialah sebuah novel pendek yang ditulis oleh Ernest Hemingway di Cuba pada tahun 1951 dan diterbitkan pada tahun 1952. Karya ini yang merupakan salah satu daripada karyanya yang termasyhur adalah fiksyen utama Hemingway yang terakhir yang diterbitkan dalam hidupnya. Lelaki Tua dan Laut tertumpu pada seorang nelayan Cuba yang tua yang berjuang dengan seekor ikan mersuji raksasa jauh di Anak Sungai Teluk. Walaupun karya ini merupakan tajuk kritikan yang begitu berbeza, karya ini telah diberi perhatian dalam fiksyen abad ke-20 serta dalam daftar karya Hemingway. Ia menegaskan semula keunggulan kesusasteraan sejagat Hemingway serta pentingnya dalam pemilihan untuk Hadiah Nobel Kesusasteraan pada tahun 1954.

The Old Man and the Sea
Kulit buku asal
Umum
PengarangErnest Hemingway
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
GenreNovel
Penerbitan
PenerbitCharles Scribner dan Anak-anak
Tarikh penerbitan
8 September 1952
Jenis media
Bercetak (kulit tebal dan kulit lembut)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN ISBN 978-0-684-80122-3 Invalid ISBN

Jalan cerita sunting

Templat:Spoiler Kisah ini menceritakan perjuangan epik antara seorang nelayan tua yang berpengalaman dengan seekor ikan mersuji raksasa yang dikatakan merupakan tangkapan terbesar dalam hidupnya.

Novel itu bermula dengan menerangkan bahawa nelayan itu yang bernama Santiago (tetapi hanya dirujuk secara tidak langsung di luar dialog sebagai "si orang tua") telah tidak menangkap sebarang ikan selama 84 hari. Dia kelihatan bernasib malang dan Manolin, perantisnya yang muda, telah dilarang oleh ibu bapanya untuk belayar dengan orang tua itu dan diarahkan untuk menangkap ikan dengan nelayan-nelayan yang lebih berjaya. Masih bertaat setia kepada si orang tua itu, budak itu melawat teratak Santiago pada setiap malam untuk menarik peralatan menangkap ikan, memberi makanan kepadanya, serta untuk membincangkan besbol Amerika — khususnya tentang Joe DiMaggio, pemain pujaan Santiago. Santiago memberitahu Manolin bahawa pada hari berikut, dia akan pergi jauh ke Teluk untuk menangkap ikan dan yakin bahawa nasib malangnya akan berakhir.

Oleh itu pada hari ke-85, Santiago pergi seorang jauh ke Teluk dengan sampannya. Dia menurunkan tali kail dan menjelang tengah hari pada hari pertama, seekor ikan besar yang dia yakin adalah seekor ikan mersuji memakan umpannya. Tidak berupaya menarik ikan mersuji yang besar itu, Santiago mendapati bahawa ikan itu sebaliknya menarik sampannya. Dua hari dan dua malam berlalu dengan orang tua itu menahan tegangan tali kail dengan badannya. Walaupun dia dicederakan oleh perjuangan dan dalam keadaan sakit, Santiago mengungkapkan penghargaan yang penuh belas kasihan kepada lawannya, dan sering merujuk kepada ikan itu sebagai adik lelakinya.

Pada hari ketiga pengalaman pahit itu, ikan mersuji itu mula mengelilingi sampannya dan menandakan keletihannya kepada si orang tua itu. Santiago yang kini amat letih dan hampir dalam keadaan racauan, mencari kekuatan untuk menempuling ikan mersuji itu dan membunuh ikan itu ketika ikan itu menerpa keluar daripada air.

Santiago mengikat ikan mersuji itu pada sampan dan semasa menuju balik ke rumah, dia berfikir tentang harga tinggi yang akan diterimanya di dalam pasar, dan berapa banyak orang yang dapat diberikan makanan. Orang tua itu memutuskan bahawa disebabkan oleh kemuliaan ikan itu yang agung, tiada sesiapa yang berlayak memakan ikan itu.

Semasa Santiago meneruskan perjalanannya balik ke pantai, ikan-ikan yu tertarik kepada jejak darah yang ditinggalkan oleh ikan mersuji di dalam air. Yang pertama ialah seekor yu mako yang dibunuh oleh Santiago dengan tempulingnya, tetapi senjata itu hilang dalam proses pembunuhan itu. Santiago mencipta tempuling yang baru dengan mengikat pisau pada hujung dayungnya untuk menghalau barisan ikan yu yang berikut; pada keseluruhannya, tujuh ekor ikan yu dibunuh. Tetapi menjelang malam, ikan-ikan yu telah makan seluruh ikan mersuji dan hanya meninggalkan rangka. Orang tua itu mengecam diri kerana mengorbankan ikan mersuji itu. Apabila akhirnya tiba di pantai sebelum waktu subur, dia berjalan balik ke teratak dengan susah payah semasa memikul tiang sampan pada bahunya. Ketika tiba di rumah, dia rebah ke katil dan tidur dengan lena.

Tidak tahu tentang perjalanan orang tua itu, sekumpulan nelayan berkumpul pada hari keesokannya di sekeliling sampan yang rangka ikan masih diikat padanya. Pelancong-pelancong di kedai kopi yang berhampiran salah menganggap ikan itu sebagai ikan yu. Manolin yang berasa risau tentang usaha orang tua itu menangis ketika mendapati bahawa orang tua itu sedang tidur dengan selamat. Budak itu membawa surat khabar dan kopi kepadanya. Apabila orang tua itu bangun daripada tidurnya, mereka berjanji akan menangkap ikan bersama-sama semula lagi. Ketika Santiago tidur semula, dia bermimpi tentang singa-singa di pantai Afrika.

Templat:Endspoiler

Anugerah dan pencalonan sunting

Lelaki Tua dan Laut menerima banyak sanjungan untuk Hemingway, termasuk Hadiah Pulitzer untuk Fiksyen pada tahun 1953. Hemingway juga menerima Anugerah Pingat Merit untuk Novel daripada Akademi Persuratan Amerika pada tahun yang sama. Yang paling berprestij ialah Hadiah Nobel Kesusasteraan yang diterimanya pada tahun 1954 untuk "kepakarannya dalam seni naratif yang baru-baru ini ditunjukkan oleh Lelaki Tua dan Laut, serta pengaruhnya pada gaya sezaman."