The Town (filem 2010)

The Town ialah filem drama jenayah thriler Amerika Syarikat 2010 arahan Ben Affleck dan diterbitkan oleh Graham King dan Basil Iwanyk. Skrip filem ini ditulis oleh Peter Craig, Ben Affleck dan Aaron Stockard berdasarkan novel Prince of Thieves karya Chuck Hogan. Filem ini dibintangi oleh Affleck, Rebecca Hall, Jon Hamm, Jeremy Renner, Blake Lively, Chris Cooper dan Pete Postlethwaite.

The Town
PengarahBen Affleck
Lakon layarPeter Craig
Ben Affleck
Aaron Stockard
BerdasarkanPrince of Thieves oleh
Chuck Hogan
Dihasilkan olehGraham King
Basil Iwanyk
DibintangiBen Affleck
Rebecca Hall
Jon Hamm
Jeremy Renner
Blake Lively
Chris Cooper
Pete Postlethwaite
SinematografiRobert Elswit
Disunting olehDylan Tichenor
Muzik olehHarry Gregson-Williams
David Buckley
Syarikat
penerbitan
Legendary Pictures
GK Films
Thunder Road Pictures
Diedarkan olehWarner Bros. Pictures
Tarikh tayangan
  • 8 September 2010 (2010-09-08) (Festival Filem Venice)
  • 17 September 2010 (2010-09-17) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
124 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$37 juta[2]
Pecah panggung$154.026.136[2]

Filem ini ditayangkan secara perdana di Festival Filem Venice pada 8 September 2010[3] dan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 17 September 2010.[4] Filem ini menerima ulasan positif dari para pengkritik.

Pelakon sunting

  • Ben Affleck sebagai Douglas "Doug" MacRay
  • Rebecca Hall sebagai Claire Keesey
  • Jon Hamm sebagai agen khusus FBI Adam Frawley
  • Jeremy Renner sebagai James "Jem" Coughlin
  • Blake Lively sebagai Krista "Kris" Coughlin
  • Chris Cooper sebagai Stephen MacRay
  • Pete Postlethwaite sebagai Fergus "Fergie" Colm
  • Slaine sebagai Albert "Gloansy" MacGloan
  • Owen Burke sebagai Desmond "Dez" Elden
  • Titus Welliver sebagai petugas Dino Ciampa
  • Dennis McLaughlin sebagai Rusty
  • Brian Scannell sebagai Henry
  • Isaac Bordoy sebagai Alex Colazzo
  • Jack Neary sebagai Arnold Washton
  • Edward O'Keefe sebagai Morton Previt
  • Victor Garber sebagai David

Keluaran dan sambutan sunting

Ulasan kritis sunting

The Town mendapat ulasan positif dari pengkritik. Berdasarkan Rotten Tomatoes, filem ini memiliki penarafan 93%, berdasarkan 218 ulasan, dengan penarafan rata-rata 7,7/10.[5] Berdasarkan Metacritic, filem ini mendapat skor 74 dari 100, berdasarkan 42 kritikan, menunjukkan "ulasan yang baik".[6] Berdasarkan CinemaScore, filem ini mendapat nilai "B+" dari penonton filem untuk skala A+ hingga F.[7]

Kutipan pecah panggung sunting

Filem ini meraih $92.186.262 di Amerika Utara dan $61.839.874 di negara lain. Jumlah pendapatan yang dihasilkan oleh filem ini mencapai $154.026.136, melebihi anggaran penerbitan filem $37 juta.[2]

Pada pembukaan hujung minggu, filem ini mendapat kutipan $23.808.032, menempati kedudukan teratas di pecah panggung.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "The Town (15)". British Board of Film Classification. August 13, 2010. Dicapai pada September 7, 2013.
  2. ^ a b c d "The Town (2010)". Box Office Mojo. Dicapai pada February 7, 2018.
  3. ^ Macnab, Geoffrey (September 8, 2010). "The Town, Venice Film Festival". The Independent. Dicapai pada March 10, 2018.
  4. ^ Shone, Tom (September 13, 2010). "Ben Affleck interview for The Town". The Daily Telegraph. Dicapai pada March 10, 2018.
  5. ^ "The Town (2010)". Rotten Tomatoes. Dicapai pada February 7, 2018.
  6. ^ "The Town reviews". Metacritic. Dicapai pada February 7, 2018.
  7. ^ "CinemaScore". cinemascore.com.

Pautan luar sunting