Theresa May

Perdana Menteri United Kingdom dari 2016 hingga 2019

Theresa Mary May, Lady May (Brasier; lahir 1 Oktober 1956) merupakan Perdana Menteri United Kingdom dan Ketua Parti Konservatif dari tahun 2016 hingga tahun 2019. Beliau merupakan Ahli Parlimen (MP) untuk Maidenhead sejak 1997. May menganut fahaman One-Nation Conservative dan disifatkan sebagai konservatif liberal.


Theresa May

Potret rasmi, 2016
Perdana Menteri United Kingdom
Dalam jawatan
13 Julai 2016 – 24 Julai 2019
RajaRatu Elizabeth II
Didahului olehDavid Cameron
Digantikan olehBoris Johnson
Ketua Parti Konservatif
Dalam jawatan
11 Julai 2016 – 7 Jun 2019
PengerusiSir Patrick McLoughlin
Brandon Lewis
Didahului olehDavid Cameron
Digantikan olehBoris Johnson
Setiausaha Dalam Negeri
Dalam jawatan
12 Mei 2010 – 13 Julai 2016
Perdana MenteriDavid Cameron
Didahului olehAlan Johnson
Digantikan olehAmber Rudd
Menteri Wanita dan Kesaksamaan
Dalam jawatan
12 Mei 2010 – 4 September 2012
Perdana MenteriDavid Cameron
Didahului olehHarriet Harman
Digantikan olehMaria Miller
Pengerusi Parti Konservatif
Dalam jawatan
23 Julai 2002 – 6 November 2003
PemimpinIain Duncan Smith
Didahului olehDavid Davis
Digantikan olehLiam Fox
The Lord Saatchi
Ahli Parlimen Maidenhead
Memegang jawatan
1 Mei 1997
Didahului olehKawasan parlimen ditubuhkan
Majoriti29,059 (54.0%)
Setiausaha Negeri Bayangan untuk Kerja dan Pencen
Dalam jawatan
19 Januari 2009 – 11 Mei 2010
PemimpinDavid Cameron
Didahului olehChris Grayling
Digantikan olehYvette Cooper
Setiausaha Negeri Bayangan untuk Wanita dan Kesaksamaan
Dalam jawatan
2 Julai 2007 – 11 Mei 2010
PemimpinDavid Cameron
Didahului olehEleanor Laing
Digantikan olehYvette Cooper
Dalam jawatan
15 Jun 1999 – 18 September 2001
Menteri Wanita Bayangan
PemimpinWilliam Hague
Didahului olehGillian Shephard
Digantikan olehCaroline Spelman
Ketua Bayangan House of Commons
Dalam jawatan
6 Disember 2005 – 19 Januari 2009
PemimpinDavid Cameron
Didahului olehChris Grayling
Digantikan olehAlan Duncan
Setiausaha Negeri Bayangan untuk Kebudayaan, Media dan Sukan
Dalam jawatan
6 Mei 2005 – 8 Disember 2005
PemimpinMichael Howard
Didahului olehJohn Whittingdale
Digantikan olehHugo Swire
Setiausaha Negeri Bayangan untuk Kekeluargaan
Dalam jawatan
15 Jun 2004 – 8 Disember 2005
PemimpinMichael Howard
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehJawatan mansuh
Setiausaha Negeri Bayangan untuk Alam Sekitar dan Pengangkutan
Dalam jawatan
6 November 2003 – 14 Jun 2004
PemimpinMichael Howard
Didahului olehDavid Lidington (Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar)
Tim Collins (Pengangkutan)
Digantikan olehTim Yeo
Setiausaha Negeri Bayangan untuk Pengangkutan
Dalam jawatan
6 June 2002 – 23 Julai 2002
PemimpinIain Duncan Smith
Didahului olehDiri beliau (Pengangkutan, Kerajaan Tempatan dan Wilayah)
Digantikan olehTim Collins
Setiausaha Negeri Bayangan untuk Pengangkutan, Kerajaan Tempatan dan Wilayah
Dalam jawatan
18 September 2001 – 6 Jun 2002
PemimpinIain Duncan Smith
Didahului olehArchie Norman (Alam Sekitar, Pengangkutan dan Wilayah)
Digantikan olehDiri beliau (Pengangkutan)
Eric Pickles (Kerajaan Tempatan dan Wilayah)
Setiausaha Negeri Bayangan untuk Pendidikan dan Tenaga Kerja
Dalam jawatan
15 Jun 1999 – 18 September 2001
PemimpinWilliam Hague
Didahului olehDavid Willetts
Digantikan olehDamian Green (Pendidikan dan Kemahiran)
David Willetts Kerja dan Pencen)
Butiran peribadi
LahirTheresa Mary Brasier
(1956-10-01) 1 Oktober 1956 (umur 67)
Eastbourne, England, UK
Parti politikKonservatif
PasanganPhilip May (k. 1980)
Kediaman10 Downing Street
Alma materSt Hugh's College, Oxford
Tandatangan
Laman web rasmiLaman web kerajaan

May merupakan seorang anak kepada vikar yang pernah membesar di Oxfordshire. Dari 1977 hingga 1983, beliau bertugas untuk Bank of England, dan dari 1985 hingga 1997 di Association for Payment Clearing Services, dan juga berkhidmat sebagai ahli majlis Durnsford Ward, Daerah Merton, London. Setelah berkali-kali gagal dipilih untuk ke House of Commons pada 1992 dan 1994, beliau terpilih sebagai wakil rakyat untuk Maidenhead pada pilihan raya umum 1997. May pernah memegang beberapa jawatan dalam kabinet-kabinet bayangan William Hague, Iain Duncan Smith, Michael Howard, dan David Cameron, termasuk Ketua Dewan Rakyat Bayangan dan Setiausaha Kerja dan Pencen Bayangan. Beliau juga Pengerusi Parti Konservatif dari 2002 hingga 2003.

Setelah terbentuknya kerajaan campuran ekoran pilihan raya 2010, May dilantik sebagai Setiausaha Dalam Negeri, dan Menteri Wanita dan Kesaksamaan yang disandangnya hingga 2012. Dilantik semula selepas kemenangan Konservatif pada pilihan raya 2015, beliau menjadi Setiausaha Dalam Negeri paling lama berkhidmat semenjak James Chuter Ede dari lebih 60 tahun dahulu, mengusahakan pembaharuan polis, memperketat dasar kawalan dadah dan mengenakan sekatan terhadap kemasukan penghijrah.[3]

Ekoran peletakan jawatan David Cameron pada 24 Jun 2016, May mengumumkan pencalonannya untuk kepimpinan  Parti Konervatif lalu tampil sebagai pendahulu. Beliau menang besar undian pertama AP Konservatif pada 5 Julai, dan dua hari kemudian memenangi undian 199 AP, lalu berentap dengan Andrea Leadsom untuk merebut sokongan ahli-ahli Parti Konservatif. Leadsom menarik diri daripada pemilihan pada 11 Julai, maka May dilantik sebagai ketua pada hari yang sama. Dua hari kemudian, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pada pilihan raya umum 2017, Parti Konservatif pimpinannya kehilangan majoriti untuk menubuhkan kerajaan. Parti Konservatif mencatatkan kehilangan 13 kerusi kebanyakan kerusi dari para menteri. Banyak pihak terutamanya dari Parti Buruh mendesak agar Theresa May meletakkan jawatan tetapi beliau berjaya membuat pakatan baharu untuk menubuhkan kerajaan campuran bersama Parti Kesatuan Demokratik (DUP). Dengan penggabungan ini, beliau dipilih semula sebagai Perdana Menteri United Kingdom. Kekalahan Parti Konservatif ini dilihat apabila Theresa May mempercepatkan pembubaran parlimen bagi membolehkan kerajaan pimpinannya menyertai semula ke dalam Kesatuan Eropah berikutan peristiwa Brexit ketika pimpinan dari rakan sejawatnya, David Cameron.

Kehidupan awal sunting

Kerjaya sunting

Pencapaian sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Gimson, Andrew (20 Oktober 2012). "Theresa May: minister with a mind of her own". The Observer. London. May said: 'I am a practising member of the Church of England, a vicar's daughter.'
  2. ^ Howse, Christopher (29 November 2014). "Theresa May's Desert Island hymn". The Daily Telegraph. London. The Home Secretary declared that she was a 'regular communicant' in the Church of England
  3. ^ "Boring and competent Theresa May is what the nation needs after shock Brexit vote". The Independent. 1 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-13. Dicapai pada 11 Julai 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.