Thomas Benoît Lemar (lahir 12 November 1995) merupakan pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Sepanyol, Atlético Madrid. Beliau dikenali sebagai seorang pemain yang serba boleh dan mampu bermain di posisi sayap dan pemain tengah. Beliau juga menampilkan aksi gelecekan dan kemahiran menghantar bola yang baik dalam permainan.

Thomas Lemar
Lemar bersama skuad Perancis pada tahun 2018.
Maklumat peribadi
Nama penuh Thomas Benoît Lemar[1]
Tarikh lahir (1995-11-12) 12 November 1995 (umur 28)
Tempat lahir Baie-Mahault, Guadeloupe
Ketinggian 1.72 m (5 ka 8 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Atlético Madrid
Nombor 11
Kerjaya remaja
2003–2010 Solidarité Scolaire
2010–2013 Caen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2015 Caen II 55 (4)
2013–2015 Caen 32 (1)
2015–2018 Monaco 90 (16)
2018– Atlético Madrid 133 (8)
Pasukan kebangsaan
2011–2012 Perancis B17 13 (2)
2012–2013 Perancis B18 6 (1)
2013 Perancis B19 8 (1)
2014–2015 Perancis B20 9 (1)
2015–2016 Perancis B21 9 (1)
2016–2021 Perancis 27 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 Ogos 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 1 September 2021 (UTC)

Lemar memulakan kerjaya seniornya di kelab Caen pada tahun 2013. Beliau beraksi dalam 32 perlawanan untuk kelab itu sebelum berpindah ke Monaco dengan perpindahan bernilai £3.4 juta pada tahun 2015. Pada tahun 2018, beliau menyertai kelab Atletico Madrid sebelum menjuarai Piala Super UEFA pada musim sulungnya bersama kelab dari Sepanyol itu.

Beliau telah mewakili Perancis dalam setiap peringkat umur dari pasukan bawah-17 hingga pasukan bawah-21 tahun. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior pada tahun 2016 menentang Ivory Coast.[3] Lemar sebahagian daripada skuad Perancis yang meraih trofi Piala Dunia FIFA 2018.

Kerjaya kelab sunting

Caen sunting

Lemar melakukan penampilan sulungnya dalam pertandingan Ligue 2 pada aksi pembukaan musim 2013-14 pada 2 Ogos 2013. Beliau tampil selepas menggantikan pemain Jérôme Rothen pada minit ke-78 ketika mereka meraih kemenangan 3-1 ke atas Dijon.[4]

Monaco sunting

Musim 2015–16 sunting

Pada 1 Julai 2015, Lemar secara rasminya menyertai Monaco dengan bayaran perpindahan yang tidak didedahkan.[5] Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Monaco pada 22 Ogos 2015 ketika pasukannnya terikat seri 1-1 bertemu Toulouse.[6] Pada 20 September, beliau menghasilkan jaringan gol namunnya pasukannya kecundang 2-3 kepada Lorient di laman sendiri.[7] Empat hari kemudian, Lemar menjaringkan gol dalam perlawanan kemenangan Monaco ke atas Montpellier dengan skor 3-2 di Stade de la Mosson.[8] Pada 17 Januari 2016, Lemar telah menyumbat gol semasa Monaco menentang Lorient yang berkesudahan Monaco menang 2-0 di gelanggang lawan.[9] Pada 4 Mac, Lemar menjaringkan gol pembukaan Monaco sewaktu menentang kelab lamanya, Caen yang berakhir dengan kedudukan seri 2-2.[10][11]

Musim 2016–17 sunting

Pada 14 September 2016, Lemar menyumbat gol sulungnya musim ini semasa Monaco melakar kemenangan 2-1 ke atas kelab Inggeris, Tottenham Hotspur.[12] Tiga hari kemudian, beliau menjaringkan dua gol untuk Monaco bagi membolehkan pasukannya menang selesa 3-0 ke atas Rennes.[13] Pada 1 Oktober 2016, beliau menjaringkan gol pembukaan Monaco untuk membelasah Metz 7-0 di gelanggang lawan.[14] Pada 21 Oktober, beliau menjaringkan gol kelima Monaco dalam pertembungan menentang Montpellier. Pada 18 November, beliau sekali lagi menghasilkan gol untuk Monaco bagi meraih kemenangan 3-0 ke atas Lorient.[15][16] Pada 22 November 2016, Lemar mencetak gol kemenangan pasukannya ke atas Tottenham yang berakhir dengan 2-1 pada minit ke-53 permainan.[17] Pada 3 Disember, beliau menjaringkan gol untuk Monaco ketika pasukannya meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Bastia.[18]

Pada 15 Januari 2017, Lemar meledakkan gol untuk Monaco ketika mereka menewaskan Olympique de Marseille 4-1 sekali gus membolehkan Monaco melonjak ke tangga teratas liga.[19] Pada 1 Februari 2017, Lemar menjaringkan gol bagi membantu Monaco mencapai kemenangan dalam aksi sengit menentang kelab Championnat National, Chambly dengan skor 5-4.[20] Pada 1 Mac 2017, Lemar menghasilkan gol kemenangan Monaco pada masa tambahan semasa menentang Marseille 4-3 pada pusingan 16 Piala Perancis selepas dua minit pemain lawan, Rémy Cabella menyamakan kedudukan pada minit ke-111.[21] Pada 1 April, Lemar membedil gawang lawan pada aksi final Piala Perancis menentang Paris Saint-Germain dengan menyamakan kedudukan perlawanan pada minit ke-27. Namun, Monaco terpaksa akur tewas pada perlawanan itu dengan skor 4–1.[22] Pada 29 April, Lemar menyumbat jaringan gol ketika Monaco memperoleh kemenangan 3-1 ke atas Toulouse. Pada seminggu kemudian iaitu pada 6 Mei, beliau menjaringkan gol ketika menentang Nancy di gelanggang lawan.[23][24]

Lemar menamatkan musim ini dengan 14 jaringan gol dalam semua kejohanan.[25]

Musim 2017–18 sunting

Pada jendela perpindahan musim panas tahun 2017, Lemar dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool dan Arsenal walaupun rundingan antara Monaco dengan kedua-dua kelab itu tidak pernah tercapai. Pada 29 Jun, Monaco dilaporkan menolak tawaran 31 juta euro daripada Arsenal. Pada lewat bulan Ogos, tawaran 65 juta euro daripada Liverpool pula telah ditolak selepas tawaran awal mereka bernilai 55 juta euro ditolak.[26][27] Arsenal telah membuat tawaran akhir bernilai 100 juta euro tetapi akhirnya ditolak oleh pemain itu.

Pada 28 Oktober 2017, Lemar menjaringkan gol sulungnya pada musim itu untuk Monaco semasa aksi menentang Bordeaux.[28] Pada 15 Disember, Lemar menghasilkan gol kedua Monaco semasa mereka meraih kemenangan 4-0 ke atas Saint-Étienne.[29] Pada 9 Januari 2018, Lemar menjaringkan gol semasa Monaco meraih kemenangan 2-1 ke atas Nice yang berlangsung di gelanggang lawan pada aksi suku akhir Piala Liga Perancis.[30]

Atlético Madrid sunting

Pada 18 Jun 2018, kelab La Liga iaitu Atlético Madrid mengesahkan rundingan awal telah dicapai dengan Monaco dalam urusan perpindahan Lemar.[31] Pada 27 Julai 2018, Lemar berjaya melepasi ujian kesihatan dan menyertai Atlético Madrid secara rasmi dengan nilai perpindahan yang dilaporkan sebanyak 70 juta euro.[32]

Pada 22 September 2018, Lemar menjaringkan[33] gol pertamanya di La Liga untuk Atletico Madrid semasa menentang Getafe CF yang berakhir dengan kemenangan 2–0 berpihak kepada Atletico. Dalam perlawanan itu juga, beliau telah melepaskan tendangan yang menghasilkan gol sendiri oleh penjaga gol Getafe, David Soria.

Kerjaya antarabangsa sunting

Lemar telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Perancis untuk menghadapi perlawanan menentang Sweden dan Ivory Coast pada November 2016 selepas Kingsley Coman terpaksa dikeluarkan daripada skuad gara-gara mengalami kecederaan.[34] Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 15 November ketika menentang Ivory Coast selepas beliau menggantikan Adrien Rabiot pada 12 minit terakhir permainan yang berkesudahan kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.[35] Beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya untuk skuad senior ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Belanda. Dalam perlawanan yang sama, beliau turut menjaringkan dua gol yang menyaksikan Perancis menang 4-0.[36]

Pada 17 Mei 2018, beliau telah dipanggil oleh pengurus Didier Deschamps untuk menyertai skuad Perancis yang akan mengambil bahagian dalam Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.[37] Satu-satunya penampilan Lemar dalam kejohanan itu ialah semasa perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Denmark yang tamat dengan keputusan seri 0-0.[38] Pada 15 Julai, Perancis menjuarai Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah mereka selepas menewaskan Croatia pada perlawanan akhir.[39]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 18 Februari 2020.[40]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga[b] Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Caen II 2011–12 11 0 11 0
2012–13 22 0 22 0
2013–14 15 3 15 3
2014–15 7 1 7 1
Jumlah 55 4 55 4
  Caen 2013–14 7 0 1 0 2 0 10 0
2014–15 25 1 0 0 1 0 26 1
Jumlah 32 1 1 0 3 0 36 1
  Monaco 2015–16 26 5 2 0 1 0 5[c] 0 34 5
2016–17 34 9 2 2 3 1 16[d] 2 55 14
2017–18 30 2 1 0 3 1 3[d] 0 1[e] 0 38 3
Jumlah 90 16 5 2 7 2 24 2 1 0 127 22
  Atlético Madrid 2018–19 31 3 4 1 7[d] 0 1[f] 0 43 4
2019–20 17 0 0 0 7[d] 0 0 0 24 0
Jumlah 48 3 4 1 14 0 1 0 67 4
Jumlah kerjaya 225 24 10 3 10 2 38 2 2 0 285 31
  1. ^ Termasuk Coupe de France dan Copa del Rey.
  2. ^ Termasuk Coupe de la Ligue.
  3. ^ Satu penampilan di Liga Juara-Juara UEFA, empat penampilan di Liga Europa UEFA.
  4. ^ a b c d Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  5. ^ Penampilan di Piala Super Perancis.
  6. ^ Penampilan di Piala Super UEFA.

Antarabangsa sunting

Sehingga 14 Oktober 2019.[41]
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2016 1 0
2017 7 2
2018 6 1
2019 7 1
Jumlah 21 4

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
31 Ogos 2017 Saint-Denis, Perancis   Belanda
2–0
4–0
Kelayakan Piala Dunia 2018
2
3–0
3
23 Mac 2018   Colombia
2–0
2–3
Persahabatan
4
2 Jun 2019 Nantes, Perancis   Bolivia
1–0
2–0

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Monaco
Atlético Madrid

Antarabangsa sunting

Perancis

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ "Acta del Partido celebrado el 18 de mayo de 2019, en Valencia" [Minutes of the Match held on 18 May 2019, in Valencia] (dalam bahasa Spanish). Royal Spanish Football Federation. Dicapai pada 17 June 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "FIFA World Cup Russia 2018: List of players: France" (PDF). FIFA. 15 July 2018. m/s. 11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-06-19. Dicapai pada 11 January 2019.
  3. ^ https://www.ligue1.com/autresCompetitions/article/lemar-gets-maiden-france-call.htm
  4. ^ "Caen vs. Dijon FCO – Football Match Line-Ups – August 2, 2013 – ESPN". ESPN. Dicapai pada 29 June 2017.
  5. ^ "AS Monaco and Caen agree deal for Thomas Lemar | News | AS Monaco FC". www.asmonaco.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 June 2018.
  6. ^ "Ligue1.com – French Football League – Ligue 1 Conforama – Season 2015/2016 – Week 3 – Toulouse FC / AS Monaco". Ligue 1. Dicapai pada 15 June 2018.
  7. ^ "Ligue1.com – French Football League – Ligue 1 Conforama – Season 2015/2016 – Week 6 – AS Monaco / FC Lorient". Ligue 1. Dicapai pada 15 June 2018.
  8. ^ "Ligue1.com – French Football League – Ligue 1 Conforama – Season 2015/2016 – Week 7 – Montpellier Hérault SC / AS Monaco". Ligue 1. Dicapai pada 15 June 2018.
  9. ^ "Ligue1.com – French Football League – Ligue 1 Conforama – Season 2015/2016 – Week 21 – FC Lorient / AS Monaco". Ligue 1. Dicapai pada 15 June 2018.
  10. ^ "Ligue1.com – French Football League – Ligue 1 Conforama – Season 2015/2016 – Week 29 – SM Caen / AS Monaco". Ligue 1. Dicapai pada 15 June 2018.
  11. ^ "Ligue1.com – Player profile Thomas LEMAR (AS Monaco)" (dalam bahasa Inggeris). Ligue 1. Dicapai pada 29 June 2017.
  12. ^ "UEFA Champions League – Tottenham-Monaco". UEFA. Dicapai pada 15 June 2018.
  13. ^ "Ligue1.com – French Football League – Ligue 1 Conforama – Season 2016/2017 – Week 5 – AS Monaco / Stade Rennais FC". Ligue 1. Dicapai pada 15 June 2018.
  14. ^ "Ligue1.com – French Football League – Ligue 1 Conforama – Season 2016/2017 – Week 8 – FC Metz / AS Monaco". Ligue 1. Dicapai pada 15 June 2018.
  15. ^ "Ligue1.com – French Football League – Ligue 1 Conforama – Season 2016/2017 – Week 10 – AS Monaco / Montpellier Hérault SC". Ligue 1. Dicapai pada 15 June 2018.
  16. ^ "Ligue1.com – French Football League – Ligue 1 Conforama – Season 2016/2017 – Week 13 – FC Lorient / AS Monaco". Ligue 1. Dicapai pada 15 June 2018.
  17. ^ "UEFA Champions League – Monaco-Tottenham". UEFA. Dicapai pada 15 June 2018.
  18. ^ "Ligue1.com – French Football League – Ligue 1 Conforama – Season 2016/2017 – Week 16 – AS Monaco / SC Bastia". Ligue 1. Dicapai pada 15 June 2018.
  19. ^ "Ligue1.com – French Football League – Ligue 1 Conforama – Season 2016/2017 – Week 20 – Olympique de Marseille / AS Monaco". Ligue 1. Dicapai pada 15 June 2018.
  20. ^ "Chambly vs. Monaco 4–5". Soccerway. Perform Group. Dicapai pada 15 June 2018.
  21. ^ "Big two reach Coupe quarters". Ligue 1. 1 March 2017.
  22. ^ "Ligue1.com – French Football League – Coupe de la Ligue – Season 2016/2017 – Final – AS Monaco / Paris Saint-Germain". Ligue 1. Dicapai pada 15 June 2018.
  23. ^ "Ligue1.com – French Football League – Ligue 1 Conforama – Season 2016/2017 – Week 35 – AS Monaco / Toulouse FC". Ligue 1. Dicapai pada 15 June 2018.
  24. ^ "Ligue1.com – French Football League – Ligue 1 Conforama – Season 2016/2017 – Week 36 – AS Nancy Lorraine / AS Monaco". Ligue 1. Dicapai pada 15 June 2018.
  25. ^ "Thomas Lemar Football Statistics | WhoScored.com". www.whoscored.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 June 2018.
  26. ^ hermesauto (29 June 2017). "Football: Monaco reject £31m Arsenal bid for Thomas Lemar". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 June 2018.
  27. ^ "Liverpool fail with two bids for Monaco's Thomas Lemar" (dalam bahasa Inggeris). Sky Sports. Dicapai pada 15 June 2018.
  28. ^ "Ligue1.com – French Football League – Ligue 1 Conforama – Season 2017/2018 – Week 11 – Girondins de Bordeaux / AS Monaco". Ligue 1. Dicapai pada 15 June 2018.
  29. ^ "Ligue1.com – French Football League – Ligue 1 Conforama – Season 2017/2018 – Week 18 – AS Saint-Etienne / AS Monaco". Ligue 1. Dicapai pada 15 June 2018.
  30. ^ "Ligue1.com – French Football League – Coupe de la Ligue – Season 2017/2018 – Quarter-finals – OGC Nice / AS Monaco". Ligue 1. Dicapai pada 15 June 2018.
  31. ^ "Antoine Griezmann, Thomas Lemar & Lucas Hernandez sign Atletico Madrid deals". BBC Sport. 18 June 2018. Dicapai pada 19 June 2018.
  32. ^ "Thomas Lemar: Atletico Madrid newcomer 'very happy' to complete move". BBC Sport. 30 July 2018. Dicapai pada 30 July 2018.
  33. ^ Walker, Joseph. "Atletico Madrid's Thomas Lemar a 9/10 as new arrival makes his mark". ESPN. Dicapai pada 22 September 2018.
  34. ^ "Coman forfait, Lemar le remplace". sport24.com. 10 November 2016. Dicapai pada 9 November 2016.
  35. ^ "France vs. Côte d'Ivoire 0–0". Soccerway. Perform Group. Dicapai pada 15 June 2018.
  36. ^ "France v. Netherlands". FIFA. 31 August 2017. Dicapai pada 31 August 2017.
  37. ^ Andy Charles (21 May 2018). "Alexandre Lacazette and Anthony Martial on standby for France World Cup squad and Dimitri Payet out". Sky Sports. Dicapai pada 17 July 2018.
  38. ^ "Denmark vs. France 0 - 0". Soccerway. Dicapai pada 17 July 2018.
  39. ^ McNulty, Phil (15 July 2018). "France 4–2 Croatia". BBC Sport. Dicapai pada 22 September 2018.
  40. ^ "T. Lemar: Summary". Soccerway. Perform Group. Dicapai pada 22 September 2018.
  41. ^ (Inggeris) Profil Lemar, Thomas di National-Football-Teams.com
  42. ^ "Monaco end PSG dominance to win Ligue 1 title". Diario AS. Madrid. 17 May 2017. Dicapai pada 15 June 2018.
  43. ^ Sanders, Emma (15 August 2018). "Real Madrid 2–4 Atlético Madrid". BBC Sport. Dicapai pada 17 June 2019.
  44. ^ "France 4–2 Croatia: Line-ups". FIFA. Dicapai pada 17 June 2019.
  45. ^ "Our Champions League breakthrough team of 2016". UEFA. 24 December 2016. Dicapai pada 2 June 2017.
  46. ^ "TJM: Lemar et Douchez au sommet..." UNFP. 13 December 2016. Dicapai pada 11 May 2017.
  47. ^ "Décret du 31 décembre 2018 portant promotion et nomination" [Decree of 31 December 2018 on promotion and appointment]. Journal Officiel de la République Française (dalam bahasa French). 2019 (0001). 1 January 2019. PRER1835394D. Dicapai pada 24 August 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting