Tosai

(Dilencongkan dari Thosai)

Tosai, tosei atau tose (Tamil: தோசை, rumi: dōsai, Bahasa Malayalam: ദോശ dōśa, Bahasa Kannada: ದೋಸೆ dōse) ialah sejenis makanan seakan lempeng dari India yang dibuat dengan menggunakan adunan yang ditapai beberapa lama.

Tose
Sepinggan tosai
Nama alternatifThosai, tosai, dosa, dosay, dose, dosai, dhosha
JenisPancake Sunting ini di Wikidata
Tempat asalIndia
Kawasan/rantauTamil Nadu, Karnataka, Andhra Pradesh, Kerala,
Bahan utamatepung beras dan kacang urad
Keragaman/variasitose masala, tose rava, tose bawang, tose neer
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tose merupakan hidangan tradisi kaum India dan di sesetengah negeri di India, tose merupakan makanan ruji penduduk tempatan. Lazimnya, tose dihidangkan untuk sarapan bersama dengan aneka jenis kuah (sebagai perasa sampingan); sebagai contoh kuah dal, kari ayam atau kari ikan, serta cutni iaitu sejenis kuah pekat yang diperbuat daripada campuran kelapa yang dikisar serta perencah rempah dan cili.

Tose adalah sejenis serabai yang mempunyai rasa masam dan ranggup. Ia diperbuat daripada beras dan kacang dal hitam (urad dhal) dan boleh juga ditambahkan dengan rempah-ratus untuk menambahkan rasa. Tose ialah makanan yang juga dikenali dan boleh didapati di negara-negara lain seperti Malaysia, Sri Lanka, Singapura, dan Myanmar.

Sejarah sunting

Asal-usul tepat sajian ini sangat dipertikaikan. Menurut sejarawan P. Thankappan Nair, tosai dikatakan berasal tepat dari banar Udupi kini terletak di negeri Karnataka moden.[1][2][3] K. T. Achayapula mengusulkan kewujudan sajian tersebut dipetik dalam persuratan lama Tamilagam sekitar abad pertama Masihi.[4]

Penyediaan dan pemakanan sunting

Tose pada asalnya disediakan dengan mengisar beras yang direndam semalaman atau nasi lama ( diamasak 2 atau 3 hari sebelumnya) serta kacang dal hitam sehingga menjadi adunan yang sederhana pekat. Setelah itu, adunan dileperkan di atas kuali leper yang panas sehingga menjadi kuning keemasan dan terus dihidangkan. Asal usul tose sering dikaitkan sebagai sebuah resipi yang digubah untuk menggunakan nasi yang lama untuk menjadi sebuah hidangan baru supaya nasi tersebut tidak terbazir.

Variasi sunting

Tosai juga boleh disediakan dengan ramuan yang berbeza seperti tepung suji dan tepung gandum dan dicampurkan dengan pelbagai jenis rempah-ratus yang berbeza mengikut citarasa masing-masing. Resipi hidangan ini boleh digubah mengikut kreativiti dan citarasa tersendiri. Pada masa ini, terdapat pelbagai jenis tose yang barangkalinya turut ditambah inti yang unik seperti bawang, minyak sapi, masala, telur dan marjerin, dibentuk beraneka rupa seperti yang ada pada jenis "tose kertas" (paper thosai) dan sebagainya.

Hidangan ini mempunyai keunikannya tersendiri dari segi penyediaannya serta rasa dan teksturnya sendiri. Penyediaan tose hanya memerlukan adunan beras dan kacang dal hitam tersebut serta sedikit minyak. Ia amat mudah untuk disediakan dan dapat dinikmati oleh seiisi keluarga sebagai makanan ruji ataupun sekadar makanan sampingan. Oleh kerana teksturnya yang agak ranggup dan ringan serta senang dikunyah dan dihadam; hidangan ini menjadi kegemaran ramai tanpa mengira golongan umur.

Nilai nutrisi sunting

Tose kaya dengan kabohidrat dan protein serta mempunyai kandungan gula,garam dan minyak yang amat rendah.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Charmaine O' Brien (15 December 2013). The Penguin Food Guide to India. Penguin Books Limited. m/s. 378. ISBN 978-93-5118-575-8.
  2. ^ P. Thankappan Nair (2004). South Indians in Kolkata. Punthi Pustak. m/s. 320. ISBN 81-86791-50-7.
  3. ^ "Tracing origins of idli, dosa and sambar". August 2019.
  4. ^ K. T. Achaya (November 2003). The Story of Our Food. Universities Press. m/s. 80. ISBN 81-7371-293-X.