Three Billboards Outside Ebbing, Missouri

Three Billboards Outside Ebbing, Missouri merupakan filem jenayah dan komedi gelap[5] tahun 2017 yang ditulis, diarah dan diterbitkan oleh Martin McDonagh. Ia dibintangi oleh Frances McDormand, Woody Harrelson, Sam Rockwell, John Hawkes, dan Peter Dinklage. Ia berkisarkan seorang ibu yang membeli tiga buah papan iklan untuk menarik perhatian masyarakat apabila polis di kawasannya gagal mencari suspek yang membunuh anak perempuannya.

Three Billboards Outside Ebbing, Missouri
PengarahMartin McDonagh
PenulisMartin McDonagh
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiBen Davis
Disunting olehJon Gregory
Muzik olehCarter Burwell
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehFox Searchlight Pictures
Tarikh tayangan
  • 4 September 2017 (2017-09-04) (Venice)
  • 10 November 2017 (2017-11-10) (AS)
  • 12 Januari 2018 (2018-01-12) (UK)
Masa tayangan
115 minit[2]
Negara
  • United Kingdom
  • United States
BahasaEnglish
Bajet$12 juta[3]
Pecah panggung$25.4 juta[4]

Filem ini telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-74 pada 24 September 2017.[6] Selain itu, ia turut ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2017,[7] dimana ia memenangi hadiah utama, Anugerah Pilihan Penonton.[8] Filem ini turut dipersembahkan di Festival Filem Antarabangsa Mar del Plata.[9]

Three Billboards Outside Ebbing, Missouri telah ditayangkan di Amerika Syarikat pada 10 November 2017 dan di United Kingdom pada 12 Januari 2018 oleh Fox Searchlight Pictures.[10] Filem ini menerima pujian dari pengkritik filem serta dinamakan sebagai salah satu filem terbaik 2017 oleh American Film Institute.[11] Semasa Anugerah Golden Globe ke-75, filem ini memenangi Filem Terbaik - Drama, Pelakon Wanita Terbaik - Drama (McDormand), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Rockwell) dan Skrip Terbaik selain tercalon untuk Pengarah Terbaik dan Skor Asal Terbaik.[12]

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Film releases". Variety Insight. Dicapai pada July 3, 2017.
  2. ^ "Three Billboards Outside Ebbing, Missouri". tiff. Dicapai pada September 12, 2017.
  3. ^ D'Alessandro, Anthony (December 1, 2017). "Exhibition Rings Up Fox Searchlight To Expand 'Three Billboards' Coast To Coast – Box Office". Deadline.com. Dicapai pada December 1, 2017.
  4. ^ "Three Billboards Outside Ebbing, Missouri (2017)". Box Office Mojo. Dicapai pada January 7, 2018.
  5. ^ Jilani, Zaid (November 26, 2017). ""Three Billboards Outside Ebbing, Missouri" Is the Dark Comedy for the Age of Criminal Justice Reform". The Intercept. Dicapai pada December 5, 2017.
  6. ^ "Venice Competition Includes Films From George Clooney, Guillermo del Toro, Darren Aronofsky". The Hollywood Reporter. Prometheus Global Media, LLC. Dicapai pada 27 July 2017.
  7. ^ "Toronto Film Festival 2017 Unveils Strong Slate". Deadline.com. Dicapai pada 25 July 2017.
  8. ^ Lotito, Thomas (September 17, 2017). "'Three Billboards Outside Ebbing, Missouri' Wins Top Prize at Toronto". The New York Times. ISSN 0362-4331.
  9. ^ Three Billboards Outside Ebbing, Missouri (2017), dicapai pada 2017-11-21
  10. ^ "Death Wish, The Mountain Between Us and More Get Release Changes, Dates". ComingSoon.net. June 8, 2017. Dicapai pada June 9, 2017.
  11. ^ "AFI Awards 2017". AFI. Dicapai pada December 8, 2017.
  12. ^ Rubin, Rebecca (December 11, 2017). "Golden Globe Nominations: Complete List". Variety. Dicapai pada December 11, 2017.

Pautan luar sunting