Tokio Hotel merupakan suatu pancaragam pop dibentuk pada 2001 di Magdeburg, Jerman.

Tokio Hotel
2010
Latar belakang
Berasal dariMagdeburg, Jerman
GenreRock
Tahun aktif2001-kini
Syarikat rakaman
Island (Universal)
AhliBill Kaulitz
Tom Kaulitz
Georg Listing
Gustav Schäfer
Tokio Hotel di Cologne (2007).

Sejarah pancaragam sunting

Kembar Tom dan Bill Kaulitz sudah mula membuat persembahan pada umur yang kecil. Kemudian, mereka bertemu dengan Georg Listing dan Gustav Schäfer membentuk pancaragam bernama "Devilish" pada usia 12 tahun. Sejak 2001, mereka membuat persembahan di rancangan-rancangan bakat dan konsert-konsert yang kecil. Pada 2001, mereka berjumpa dengan Peter Hoffman, seorang eksekutif muzik, dan mengikat kontrak dengan label Universal Records. Pada tempoh ini, mereka menukarkan nama mereka kepada "Tokio Hotel" ("Tokio", sebab bandar raya yang besar dan cergas iaitu Tokyo di Jepun dan "Hotel", kerana mereka sering melawat dan tidur di hotel).

Ahli sunting

Tokio hotel telah menjual sekitar 975,000 album. (+600,000 untuk Schrei and +375.000 untuk Zimmer 483)

 
Bill Kaulitz (2006)

Kejayaan sunting

Rekod sulung mereka, "Durch den Monsun" ("Melawan Tengkujuh"), menjadi popular dengan cepat setelah ia dilepaskan dan muncul di carta Muzik Jerman di #15 pada 20 Ogos 2005 dan mencapai #1 pada 26 Ogos 2005; ia mencapai #1 di carta Muzik Austria juga. Rekod single kedua mereka ialah "Schrei" ("Jerit") yang mencapai #5 di carta Jerman. Mereka mengeluarkan album pertama, Schrei, pada 19 September 2005; penyanyi utama mereka, Bill Kaulitz, menulis kebanyakan lagu-lagu mereka. Pada awal 2006, single ketiga mereka, "Rette mich" ("Selamatkan aku") telah dilepaskan; ia mencapai #1.

Single sulung mereka dari album Zimmer 483 (Bilik 483), bernama "Übers Ende der Welt" ("Pada Penghujung Dunia"), dilepaskan pada 26 Januari 2007. Ia mencapai #1. Album Zimmer 483 dilepaskan 23 Februari 2007. Edisi "deluxe" album mereka juga ada. Lawatan Zimmer 483 dijadualkan untuk bermula pada Mac 2007, tetapi ia ditangguhkan selama dua minggu kerana anggota pancaragamnya ingin menggunakan pentas yang baharu. Malah, semua tiket yang sudah dibeli masih sah untuk digunakan.

Video rekod single terkini ialah "Spring Nicht" ("Jangan Lompat") yang pertama dipersembahkan di VIVA Live pada 12 Mac 2007 dan dilepaskan pada 7 April 2007.

Sebuah album dalam bahasa Inggeris dijangkakan untuk dilepaskan pada 28 Mei 2007 dan pancaragam dijangka menjalankan lawatan ke Amerika Syarikat pada musim luruh 2007 (berdasarkan kejayaan album Inggeris mereka).

Jörg Koshorst, A&R pancaragam ini di Universal mencapai kedudukan no.15 di carta A&R "World Top 100" di HitQuarters, kerana memperkenalkan Tokio Hotel kepada banyak negara.

Single sulung dari "Zimmer 483", "Übers Ende der Welt" baru-baru dilepaskan dengan nama "Ready, Set, Go!" ("Ke garisan, Bersedia, Mula!") dalam bahasa Inggeris.

 
Tom Kaulitz (2006)

Anugerah yang dimenangi sunting

  • 6 Oktober 2005: Anugerah Pendatang Baru Terbaik dan anugerah Super Comet di anugerah tahunan Comet Awards.
  • 24 November 2005: Anugerah Eins Live Krone
  • 1 Disember 2005: Anugerah Bambi
  • 12 Mac 2006: Anugerah Pendatang Baru Terbaik di anugerah Echo Awards[1].
  • 25 Mac 2006: Anugerah Pendatang Baru Terbaik di anugerah Steiger-Award
  • 6 Mai 2006: Anugerah Goldener Otto di persembahan Bravo Otto
  • 22 Mai 2006: Anugerah muzik di Bild Osgar
  • 1 Jun 2006: Anugerah Pancaragam Asing Terbaik dan anugerah Pendatang Baru Asing Terbaik di Bravo Otto Hungary.
  • 24 September 2006: Pancaragam Pop Jerman Terbaik di Goldene Stimmgabel
  • 15 November 2006: Anugerah Persembahan Jualan Terlaris di WMAs 2006 di London
  • 7 Disember 2006: Anugerah Persembahan Secara Langsung Yang Terbaik di Eins Live Krone
  • 21 Januari 2007: European Border Breakers Award, untuk Schrei dan Island/Universal DEU
  • 23 Junuari 2007: Anugerah BZ-Kulturpreis dalam muzik rok
  • 25 Mac 2007: Klip Video Terbaik di Echo Awards

Album sunting

Album sunting

Tahun Album dalam bahasa Jerman Kedudukan di carta Jualan
Jerman Austria Switzerland Poland Hungary Republik Czech Perancis Belanda Carta United World
2005 Schrei
2006 Schrei—so laut du kannst 1 1 3 4 4 2 12 ? 600,000
2007 Zimmer 483 1 2 2 1 1 1 2 23 5 375,000+

DVD sunting

Tahun Lagu Kedudukan di carta
Jerman Austria Switzerland Poland
2005 Leb die Sekunde—Di Balik Tabir 13 1 39
2006 Schrei Live

Single sunting

Tahun Single Kedudukan di carta Album
Jerman Perancis Austria Switzerland Poland Denmark Republik Czech
2005 "Durch den Monsun" 1 8 1 5 1 8 Schrei
2005 "Schrei" 5 3 18 Schrei
2006 "Rette mich" 1 1 6 1 Schrei—so laut du kannst
2006 "Der letzte Tag"/"Wir schließen uns ein" (klip yang tak dijangkakan) 1 1 7 1 Schrei
2007 Übers Ende der Welt 1 2 1 2 29 3 91 Zimmer 483
2007 Spring nicht 3 - 7 21 - - - Zimmer 483

Pautan luar sunting