Tokyo Metro (Jepun: 東京メトロ, Hepburn: Tōkyō Metoro) merupakan salah satu daripada dua sistem transit aliran (sistem kereta api bawah tanah) yang terdapat di Tokyo, Jepun. Ia adalah sistem laluan bawah tanah yang paling banyak digunakan di dunia. Pada tahun 2014, Tokyo Metro mempunyai kadar purata penumpang harian seramai 6.84 juta orang manakala sistem yang lagi satu iaitu Kereta Api Toei (Jepun: 都営地下鉄, Hepburn: Toei chikatetsu) pula mempunyai 2.85 juta penumpang sehari.[2][3]

Tokyo Metro
Umum
LokasiTokyo Raya
Jenis transit
Transit aliran
Jumlah laluan/aliran
9
Jumlah stesen
179[1]
Bil. penumpang harian
6.84 juta (TF2014)[2]
Laman sesawang
www.tokyometro.jp
Operasi
Mula beroperasi
1927 (1941 sebagai Lembaga Transit Aliran Teito; 2004 dibawah nama semasa)
PengendaliTokyo Metro Co., Ltd. (syarikat swasta yang ditubuhkan secara perkongsian bersama antara kerajaan Metropolitan Tokyo dan Kementerian Tanah, Prasarana, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT))
Teknikal
Panjang sistem
203.4 km (126.4 bt)
Tolok landasan
1,067 mm (1,435 mm untuk laluan Ginza & Marunouchi)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Organisasi sunting

Tokyo Metro dikendalikan oleh Tokyo Metro Co., Ltd. (Jepun: 東京地下鉄株式会社, Hepburn: Tōkyō Chikatetsu Kabushiki-gaisha), sebuah syarikat swasta yang dimiliki bersama oleh kerajaan Jepun dan kerajaan Metropolitan Tokyo.

Syarikat ini menggantikan Lembaga Transit aliran Teito (Jepun: 帝都高速度交通営団, Hepburn: Teito Kōsokudo Kōtsū Eidan) atau lebih dikenali sebagai Eidan atau TRTA sejak 1 April 2004. TRTA telah ditadbir oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Jepun. Ia dibiayai bersama oleh kerajaan pusat dan metropolitan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1941 atau seawal 1927.

Pengendali kereta bawah tanah yang lain ialah Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo (Toei), yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Tokyo. Kereta api Metro dan Toei membentuk rangkaian yang berasingan. Pas kereta api prabayar boleh bertukar ganti antara kedua-dua rangkaian. Namun tambang dinilai secara berasingan.

Kemudahan sunting

Banyak usaha dibuat untuk membuat sistem ini dapat memudahkan pengguna yang tidak boleh bertutur Jepun seperti:

  • Pengumuman mengenai perhentian kereta api dalam bahasa Inggeris dan Jepun.
  • Mesin tiket dalam bahasa Inggeris dan Jepun.
  • Stesen keretapi yang ditanda dalam bahasa Inggeris dan Jepun (dalam tulisan kanji dan hiragana). Terdapat juga dalam bahasa Cina dan Korea.
  • Stesen keretapi mengunakan kod warna tanpa perlu mengetahui nama stesen. Sebagai contoh, Stesen Shinjuku di aliran Marunouchi bertanda M-08 dengan bulatan berwarna merah.
  • Banyak stesen juga direka untuk membantu orang-orang yang cacat penglihatan.
  • Stesen Tokyo Metro mula menerima kad prabayar PASMO (RFID) sejak Mac 2007 untuk membayar tambang. Sistem Suica JR Timur untuk tujuan universal. Kedua-dua pas boleh digunakan di sekitar sistem keretapi. Kebanyakan pengguna beralih kepada kad ini kerana ia sangat efisen.

Tokyo Metro sangat cekap kerana mempunyai kereta api tiba kurang dari lima minit. Ia beroperasi pada waktu siang dan malam. Walau bagaimanapun, ia tidak berjalan 24 jam sehari. Kereta api pertama amnya bermula pada 05:00.

Tokyo Metro bersambung dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan Lapangan Terbang Haneda dan Stesen Tokyo. Ia mempunyai pintasan ke aliran Asakusa dan Keisei Oshiage.

Tokyo Metro turut mengekalkan sebuah muzium berhampiran Stesen Nishi-Kasai di aliran Tōzai yang dibuka pada 12 Julai 1986. Di muzium ini, terdapat beberapa buah kereta api lama yang pernah beroperasi di aliran Ginza dan Marunouchi.

Aliran kereta api sunting

Tokyo Metro mempunyai sembilan buah laluan (aliran) kereta api dengan panjang keseluruhannya adalah 195.1 kilometer (121.2 bt).[1]

Senarai aliran sunting

Warna Tanda Nombor aliran Nama aliran Laluan Bilangan stesen Panjang (km)[1] Dibuka Tolok Bekalan semasa
Bahasa Melayu Bahasa Jepun
jingga   3 Aliran Ginza 銀座線 Shibuya ke Asakusa 19 14.3 1927 1,435 mm (4 kaki 8 12 in) 600 V DC,
landasan ketiga
merah   4 Aliran Marunouchi 丸ノ内線 Ogikubo ke Ikebukuro 24 24.2 1954
  Aliran Marunouchi
Aliran Cawangan
丸ノ内線分岐線 Nakano-sakaue ke Hōnanchō 4 3.2 1962
perak   2 Aliran Hibiya 日比谷線 Naka-meguro ke Kita-senju 21 20.3 1961 1,067 mm (3 kaki 6 in) 1,500 V DC,
bekalan overhed
biru langit   5 Aliran Tōzai 東西線 Nakano ke Nishi-funabashi 23 30.8 1964
hijau   9 Aliran Chiyoda 千代田線 Yoyogi-uehara ke Kita-ayase 20 24.0 1969
kuning   8 Aliran Yūrakuchō 有楽町線 Wakōshi ke Shin-kiba 24 28.3 1974
ungu   11 Aliran Hanzōmon 半蔵門線 Shibuya ke Oshiage 14 16.8 1978
akua tua   7 Aliran Namboku 南北線 Meguro ke Akabane-iwabuchi 19 21.3 1991
perang   13 Aliran Fukutoshin 副都心線 Wakōshi ke Shibuya 16 11.9A 2008
Keseluruhan: 179 195.1  

A Catatan: Tidak termasuk jangkauan sepanjang 8.3 kilometer (5.2 bt) di antara Wakoshi dan Kotake-mukaihara, yang berkongsi dengan aliran Yurakucho.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Business Contents - Transportation Services - Business Situation". Tokyo Metro Co., Ltd. Dicapai pada 7 Jun 2014.
  2. ^ a b 営業状況 (dalam bahasa Jepun). 東京地下鉄株式会社 [Tokyo Metro Co., Ltd.] Dicapai pada 24 November 2015. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  3. ^ 東京都交通局ホーム - 経営情報 - 交通局の概要 - 都営地下鉄 (dalam bahasa Jepun). 東京都交通局 [Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo]. Dicapai pada 24 November 2015. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting