Tolok landasan atau lebar landasan kereta api[1] merupakan jarak di antara dua rel bagi suatu landasan kereta api. Kesemua kenderaan pada rangkaian rel hendaklah mempunyai set roda yang bersesuaian dengan tolok landasan. Disebabkan pelbagai jenis tolok landasan digunakan di seluruh dunia, perbezaan tersebut menjadi hambatan kepada pengendalian rangkaian kereta api yang lebih meluas. Istilah "tolok" yang digunakan bermaksud untuk memastikan jarak di antara rel adalah betul.

Tolok landasan

Penggunaan istilah sunting

Penggunaan paling umum "tolok landasan" merujuk kepada jarak di antara permukaan dalam bagi dua rel yang menggalas muatan bagi suatu landasan kereta api. Istilah ini berasal daripada "tolok", suatu alat dengan cuping berkedudukan tepat pada setiap hujungnya yang digunakan oleh pekerja landasan untuk memastikan jarak sebenar antara rel terletak berada dalam had terima piawaian yang ditetapkan, contohnya pada selekoh, jaraknya lebih lebar daripada biasa.[2]

Unit sunting

Tolok ditakrifkan dalam unit-unit imperial, metrik atau Sistem Unit Antarabangsa (SI). Unit imperial ditubuhkan di United Kingdom oleh Akta Timbang dan Sukat 1824. Unit lazim Amerika Syarikat untuk panjang berlainan dengan sistem imperial sehinggalah tahun 1959 apabila satu ela antarabangsa ditakrifkan sebagai 0.9144 meter dan sebagai unit terbitan, 1 kaki (=​13 ela) sebagai 0.3048 meter dan 1 inci (=​136 ela) sebagai 25.4 mm.

Senarai di bawah menunjukkan unit-unit imperial dan lain yang digunakan untuk pentakrifan tolok landasan:

Unit Setara dengan SI Contoh tolok landasan
Kaki Imperial 304.8 mm
Kaki Kastilia 278.6 mm
  • 6 kaki Kastilia = 1,672 mm (65.8 in)
  • 2 kaki Kastilia = 558 mm (1 kaki ​9 3132 in)
Kaki Portugal 332.8 mm 5 kaki Portugal = 1,664 mm (65.5 in)
Kaki Sweden 296.904 mm
  • 3 kaki Sweden = 891 mm (35.1 in)
  • 2.7 kaki Sweden = 802 mm (31.6 in)
Kaki Prusia (Rheinfuß) 313.85 mm 2 12 kaki Prusia = 785 mm (30.9 in)
Fatom Austria 1520 mm 12 fatom Austria = 760 mm (30 in)

Rujukan sunting

  1. ^ "carian: railway gauge". prpmv1.dbp.gov.my. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 6 Jun 2022 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ Wilson, John (2021). The train to Oodna-Woop-Woop: a social history of the Afghan Express (dalam bahasa Inggeris). Banksia Park, Australia Selatan: Sarlines Railway Books. m/s. 31. ISBN 9780646842844.

Pautan luar sunting