Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari komputer akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hub.

Imej menunjukan gambaran topologi bintang

Topologi bintang ini juga boleh dikembangkan untuk membentuk rangkaian yang dikenali sebagai topologi bintang hibrid iaitu sambungan dengan beberapa hab.

Komunikasi sunting

Setiap komputer di dalam topologi bintang berkomunikasi dengan hab pusat yang akan menghantar utusan sama ada kesemua komputer (dalam rangkaian bintang broadcast) atau hanya kepada destinasi komputer tertentu sahaja (dalam rangkaian bintang switch). Hub dalam rangkaian bintang broadcast terdiri dari dua jenis iaitu jenis aktif atau pasif.

Hub aktif sunting

Hub jenis aktif menjana semula isyarat elektrik dan menghantarnya kesemua komputer dalam rangkaian. Hab ini juga dikenali sebagai multiport repeater. Hub dan switch jenis aktif memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi. sunting

Hub pasif sunting

Hab jenis pasif hanya bertindak sebagai punca penyambungan yang akan menguatkan atau menjana semula sebarang isyarat yang melaluinya. Hab jenis pasif tidak memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.

Kelebihan dan kelemahan topologi bintang sunting

Kelebihan sunting

  • Mudah untuk diubahsuai dan menambah komputer dalam bintang tanpa mengganggu rangkaian.
  • Baik pulih rangkaian mudah dilakukan di pusat bintang.
  • Satu komputer rosak tidak semestinya menjejaskan rangkaian.
  • Boleh menggunakan beberapa jenis kabel dalam rangkaian yang sama, dengan hab yang boleh menerima jenis-jenis kabel yang berlainan.

Kelemahan sunting

  • Rangkaian tidak dapat berfungsi jika hab gagal berfungsi
  • Memerlukan peranti di pusat bintang untuk rebroadcast atau tukarkan(switch) trafik rangkaian.
  • Harga lebih tinggi kerana semua kabel perlu ditarik daripada pusat.