Tortellini adalah pasta berbentuk cincin, kadang-kadang juga digambarkan sebagai "berbentuk pusat perut", maka nama alternatif mereka "pusatperut" (ombelico).[1] Mereka biasanya dipenuhi dengan campuran daging (daging babi pinggang, prosciutto) atau keju. Asalnya dari wilayah Emilia Itali (terutamanya Bologna dan Modena), mereka biasanya disaji dalam sup rebusan, sama ada daging lembu, ayam, atau kedua-duanya.[2]

Tortellini
Bentuk tortellini yang tersendiri
Nama alternatifPusat perut
EponimTortelli Sunting ini di Wikidata
JenisPasta, Ladu
Tempat asalItaly
Kawasan/rantauEmilia
Bahan utamaGandum, mortadella, Parmigiano-Reggiano, raw ham, telur, Buah pala, Loin pendek Sunting ini di Wikidata
Keragaman/variasiTortelloni
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dibungkus, disejuk atau dibeku, tortellini dan tortelloni (serupa tetapi lebih besar, dengan inti keju dan/atau sayur-sayuran) terdapat di seluruh dunia, terutamanya jika terdapat komuniti besar Itali. Tortellini dan tortelloni dibuat dalam industri Eropah untuk membekalkan pasaran di Eropah dan lebih jauh. Tortellini "segar" yang dibungkus biasanya mempunyai jangka tahan selama 7 minggu.

Asal usul sunting

Asal bagi tortellini adalah kabur walaupun banyak legenda mendakwa asal-usulnya. Satu tradisi tempatan yang kukuh mengatakan bahawa hidangan ini dicipta di Castelfranco Emilia (wilayah Modena).[3] Satu malam semasa dalam perjalanan, Lucrezia Borgia tinggal di tempat penginapan di bandar kecil dan pada waktu malam tuan rumah menjadi terpesona dengan kecantikan Lucrezia sehingga dia tidak dapat menahan keinginan untuk mengintip ke biliknya melalui lubang kunci. Bilik tidur diterangi hanya beberapa lilin, dan dia hampir tidak dapat melihat pusta beliau. Penglihatan tersebut mengilhami dan mendorong beliau untuk mencipta tortellini malam itu.

 
Tortellini dari Modena.

Satu muasal lain dari zaman Pertengahan menceritakan kononnya bagaimana Venus dan Jupiter tiba di kedai minuman di pinggir Bologna pada satu malam (dalam jelmaan manusia) dan letih dari penglibatan mereka dalam pertempuran antara Modena dan Bologna. [3] Selepas banyak makan dan minum, mereka berkongsi sebuah bilik. Pemilik penginapan, terpesona dengan kedua-duanya, mengikuti mereka dan menjenguk melalui lubang kunci tersebut. Apa yang dapat dilihat adalah pusat Venus itu. Terpesona, dia bergegas ke dapur dan menciptakan tortellini.

 
Tortellini dalam kuah.

Akhirnya penjelasan ketiga mendakwa bahawa tortellini dihasiulkan semula berbentuk penyu dalam usaha untuk meniru ciri-ciri seni bina terkenal di Modena, yang banyak bangunan abad ke-17 menggambarkan motif penyu.[3]

Perbandingan dengan tortelloni sunting

Tortelloni adalah pasta dalam bentuk yang sama, tetapi lebih besar, lazimnya 5 g. vs 2 g. untuk tortellini.[4] Walaupun boleh diisi dengan pelbagai jenis makanan, inti berasaskan daging adalah kurang biasa dalam tortelloni. Tortellini boleh disaji dengan sos atau kuahnya; tortelloni jarang disaji dalam kuah.

Rujukan sunting

  1. ^ The Oxford Companion to Italian Food by Gillian Riley
  2. ^ Official "Order of the Tortellino" Recipe for Tortellini
  3. ^ a b c "Mushroom and Mozzarella Tortellini". Ang Sarap. Dicapai pada 18 February 2012.
  4. ^ Barilla US (manufacturer) FAQ

Pautan luar sunting

Templat:Dumplings