Trakoma, juga dikenali sebagai konjunktiva bergranul, Oftalmia Mesir,[1] dan trakoma pembutaan adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Chlamydia trachomatis.[2] Jangkitan ini menyebabkan bahagian permukaan kelopak mata menjadi kasar. Kulit yang menjadi kasar ini boleh menyebabkan kesakitan pada mata, permukaan luar atau kornea mata tidak dapat berfungsi, dan mungkin menyebabkan kebutaan.[2]

Trakoma
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10A71
ICD-9076
P. Data Penyakit29100
MedlinePlus001486
eMedicineoph/118
MeSHD014141
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Penyebab sunting

Bakteria yang menyebabkan penyakit ini boleh tersebar melalui sentuhan langsung atau tidak langsung melalui mata atau hidung orang yang dijangkiti.[2] Sentuhan tidak langsung termasuklah pakaian atau lalat yang mungkin tersentuh mata atau hidung orang yang dijangkiti itu.[2] Jangkitan yang kerap diperlukan dalam tempoh beberapa tahun sebelum kelopak mata mengalami parut yang teruk yang menyebabkan bulu mata bergesel dengan mata.[2] Kanak-kanak menyebar penyakit ini lebih kerap daripada orang dewasa.[2] Sanitasi yang teruk, tempat tinggal sempit, dan keadaan air dan tandas yang tidak bersih juga meningkatkan jangkitan.[2]

Pencegahan dan rawatan sunting

Usaha-usaha untuk mengelakkan penyakit tersebut termasuklah menambahbaik akses kepada air bersih dan menggurangkan jumlah orang yang dijangkiti melalui rawatan antibiotiks.[2] Ini mungkin termasuk merawat, semua sekali, kumpulan-kumpulan orang yang biasa dijangkiti penyakit ini.[3] Membilasnya tidak berkesan untuk mengelakkan penyakit tersebut tetapi mungkin berkesan dengan langkah-langkah.[4] Rawatan termasuklah azithromycin oral atau tetracycline topikal.[3] Azithromycin adalah lebih dipilih kerana ia boleh digunakan sebagai satu dos.[5] Selepas parut terhasil pada kelopak mata, pembedahan diperlukan untuk membetulkan kedudukan bulu mata dan untuk mengelakkan kebutaan.[2]

Epidemiologi sunting

Secara global, dalam 80 juta orang mempunyai jangkitan yang aktif.[6] Dalam beberapa keadaan, jangkitan mungkin terjadi di kalangan 60 sehingga 90% kanak-kanak dan biasanya dihidapi oleh para wanita berbanding dengan lelaki mungkin kerana mereka lebih banyak menyentuh kanak-kanak.[2] Penyakit tersebut adalah penyebab kemerosotan dalam kemampuan untuk melihat di kalangan 2.2 juta orang di mana 1.2 juta orang adalah buta sepenuhnya.[2] Ia biasanya berlaku di 53 buah negara di Afrika, Asia, Amerika Tengah dan Selatan yang memberi risiko kepada 230 juta orang.[2] Ia mengakibatkan kerugian ekonomi sebanyak USD 8 bilion setiap tahun.[2] Ia dikelaskan dalam kumpulan penyakit yang dikenali sebagai penyakit-penyakit tropika terabai.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Swanner, Yann A. Meunier; dengan sumbangan daripada Michael Hole, Takudzwa Shumba & B.J. (2014). Tropical diseases : a practical guide for medical practitioners and students. Oxford: Oxford University Press, USA. m/s. 199. ISBN 9780199997909.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m "Blinding Trachoma Fact sheet N°382". World Health Organization. November 2013. Dicapai pada 14 March 2014.
  3. ^ a b Evans JR1, Solomon AW (March 2011). "Antibiotics for trachoma". Cochrane Database Syst Rev. 16 (3): CD001860. doi:10.1002/14651858.CD001860.pub3. PMID 21412875.
  4. ^ Ejere, HO; Alhassan, MB; Rabiu, M (Apr 18, 2012). "Face washing promotion for preventing active trachoma". The Cochrane database of systematic reviews. 4: CD003659. doi:10.1002/14651858.CD003659.pub3. PMID 22513915.
  5. ^ Mariotti SP (November 2004). "New steps toward eliminating blinding trachoma". N. Engl. J. Med. 351 (19): 2004–7. doi:10.1056/NEJMe048205. PMID 15525727.
  6. ^ a b Fenwick, A (Mar 2012). "The global burden of neglected tropical diseases". Public health. 126 (3): 233–6. doi:10.1016/j.puhe.2011.11.015. PMID 22325616.